CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 November 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 16. DIA PERGI JUA

  1. Hartini berasa kepenatan setelah berada di dalam lokap selama 3 hari. Dia tidak dapat pergi ke rumah Satiah bersama-sama. Satiah pulang ke rumahnya seorang diri.
  2. Ayah Hartini ingin membuat majlis kenduri doa selamat setelah apa yang dilalui oleh Hartini dan Satiah. Ibu bapa Satiah turut berada di rumah Hartini.
  3. Pada petangnya Hartini ke rumah Satiah. Hartini mencari-cari di mana Satiah . Hartini duduk sahaja di situ hampir setengah jam
  4. Mereka ( Akob ) menjumpai Satiah sduah terlentang di tepi perigi dalam keadaan berdarah.
  5. Hartini memangku kepala Satiah dan cuba mengejutkannya. Satiah tidak memberi sebarang reaksi.
  6. Hartini meminta Akob menyampaikan berita / keadaan Satiah kepada ibu bapa mereka.
  7. Tidak berapa lama selepas itu kedua ibu bapa mereka sampai. Bapa Aton membantu Hartini mengangkat Satiah masuk ke dalam rumah.
  8. Satiah dihantar ke hospital oleh Papa. Dan dimasukkan ke dalam wad ICU
  9. Pada malamnya mereka ke hospital untuk melawat Satiah.
  10. Pak Morit membritahu bahawa keadaan Satiah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia semakin tenat.
  11. Hartini melihat Satiah yang ditempatkan di sebuah bilik. Dia mengetahui bahawa Satiah sedang berjuang dengan maut. Mama membacakan surah Yassin untuk Satiah.
  12. Mak Sukin masuk ke bilik lalu mendakap tubuh Satiah beberapa kali diikuti dengan Pak Morit dan Papa.
  13. Orang terakhir masuk ke bilik itu ialah Hartini. Walaupun enggan melihat keadaan Sataih sepeerti itu Hartini menguatkan semangatnya. Dia mensedekahkan bacaan al Fatihah di telinganya , membisikkan kalimah syahadah dan mengharapkan Satiah meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman dan tenteram. Dia memohon maaf atas kesalahannya selama ini. Hartini meredhakan pemergian Satiah walaupun berat hati.
  14. Selang beberapa ketika doktor masuk dan mengesahkan bahawa Satiah telah meninggal dunia.
  15. Hartini pengsan.
  16. Apabila sedar Hartini melihat ramai orang berada di rumahnya. Hartini masih separuh sedar dengan peristiwa yang terjadi sebelum itu. Dia bertanyakan kepada mamanya di manakah Satiah.
  17. Ustaz Amin yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah mereka meminta Hartini menerima ketentuan takdir. Hartini diminta bersabar dan bertawakal.
  18. Hartini kemudiannya mendapatkan jenazah Satiah. Dia mencium jenazah Satiah dengan linangan air mata.
  19. Bagi Hartini pemergian Satiah sumpama pegi membawa penderitaan Satiah dan segala keriangannya. Satiah telah mengambil segala keriangan Hartini.
  20. Sebenarnya Pak Morit sengaja melambatkan jenazah dikebumikan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Jenazah hanya dikebumikan selepas pukul 11.00. Pak Morit mahu supaya Hartini menyaksikan urusan jenazah Satiah dijalankan kerana dia khuatir Hartini tidak dapat menerima kenyataan.
  21. Setelah jenazah Satiah dikebumikan Hartini duduk di tepi kubur dengan penuh kesyahduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan