BAB 13. DEMI CITA-CITA DAN HARAPAN
- Kenduri kesyukuran yang dirancang dapat dilakukan . Hampir semua rakan dan guru sekolah Menengah Kuala Batu hadir.
- Keadaan kesihatan Satiah dikatakan semakin positif.
- Hubungan Pak Morit dan Papa pulih semula.
- Mama menjahitkana baju yang sedondon untuk Hartini dan Satiah. Mereka seakan saudara kembar. Ia menunjukkan keakraban mereka.
- Keesokkan harinya Hartini demam . Dia dirawat doktor. Seharian Satiah menjaga dan menemani Hartini
- Satiah menulis sesuatu dalam buku yang masih menjadi misteri kepada Hartini
- Mama membelikan semua keperluan Hartini dan Satiah untuk persiapan ke sekolah baru mereka berdua.
- Satiah bersekolah di Kuantan. Mereka bersama –sama menghantarnya ke sekolah baru dan tinggal di asrama.
- Hartini kemudiannya dihantar ke sekolah barunya.
BAB 14. KESABARAN JUGA ADA BATASNYA
- Hartini belajar berdikari kerana tinggal di asrama. Kehidupan di asrama melatih mereka berdidiplin. Walaupun baharu tetapi Hartini tidak menghadapi masalah.
- Dalam masa tiga bulan Hartini mendapat empat helai surat daripada Satiah. Dalam suratnya Satiah menyelitkan sekuntum bunga
- Hartini menulis surat kepada Satiah hampir setiap hari.Seminggu sekali dia akan mengeposkannya.
- Perbuatan Hartini menghairankan tema seasramanya Nora.
- Hubungan Hartini dan Satiah tidak menjadi sesuatu yang unik bagi Junaidah. Junaidah memperlekehkan tindakan Hartini yang berhubungan dengan orang asli. Hartini menganggap Junaidah cuba menghina Satiah rakan baiknya dan seolah-olah menghinanya.
- Junainah sengaja menguatkan bunyi radio. Hartini dan Nora meminta Junainah bertimbang rasa kerana mereka ingin belajar. Berlaku pertengkaran dan Hartini menutup radio. Ini menyebabkan Junainah meludah muka Hartini. Hartini menampar muka Junainah. Darah keluar daripada mulut Junainah.
- Junainah dan Hartini perlu menghadap pengetua. Hartini tidak mahu memperbesarakn kes itu. Dia rela meminta maaf.
- Hartini menceritakan hal ini kepada Satiah kerana tidak dapat tidur.Dia sudah buntu untuk memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
- Nora dan Najmi menceritakan hal pergaduhan itu kepada pengetua.
- Pengetua tidak mengambil tindakan keras. Kedua-dua mereka diberikan amaran keras sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan