CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 November 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 15. PECAHNYA TEMBELANG

  1. Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Hartini membayangkan kegembiraan akan bertemu dengan keluarganya dan Satiah
  2. Hartini mendapati Junainah dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus. Mukanya cengkung dan matanya kemerah-merahan.
  3. Nora , Hartini dan Najmi diminta ke asrama. Sudah menunggu di situ pengetua, Puan Norjihan , Encik Kancho Tamang ( pengawal keselamatan sekolah ) dan dua orang pegawai polis.
  4. Ada aduan mereka menyimpan barang yang tidak dibenarkan di almari mereka
  5. Semasa memeriksa almari Hartini , Puan Norjihan menjumpai banyak pil esctacy ( hampir do biji )
  6. Hartini menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang pili esctacy tersebut.Nora mengakui bahawa pada hari semalam mereka mengemas baju bersama –sama tetapi tiada bungkusan seperti bungkusan tersebut.
  7. Polis meminta Hartini untuk ke balai polis.
  8. Kejadian Hartini dibawa ke balai polis menghairankan pelajar lain.
  9. Papa dan mama datang ke balai polis. Emak Hartini menangis manakala bapanya mendiamkan diri sahaja.
  10. Hartini menjelaskan dia tidak terlibat dalam hal itu kepada bapanya.
  11. Bapanya melahirkan kebimbangan kerana bahan bukti dijumpai pada almari Hartini .
  12. Bapa hartini meminta pihak polis memeriksa air kencing penghuni bilik tersebut termasuk Junainah.
  13. Papa menjelaskan bahawa pihak polis mensyaki ada sindiket menjual pil tersebut di sekolah.
  14. Hartini masih tidak boleh dibawa keluar daripada lokap polis ( Hartini berada di lokap selama 3 hari )
  15. Berada di dalam lokap menjadi satu perkara baru dalam hidup Hartini.
  16. Hari keempat barulah Hartini dapat dibebaskan kerana pesalah sebenar dapat diketahui hasil usaha ayah Hartini.
  17. Pengetua memohon maaf kepada Hartini.
  18. Papa memberitahu bahawa Junainah yang menggunakan pil tersebut bersama rakan di bilik sebelah asrama mereka.Ia juga didalangi oleh Encik Kancho iaitu pengawal keselamatan di sekolah mereka.
  19. Papa menjelaskan bahawa dia mencadangkan suatu pemeriksaan mengejut dilakukan di semua bilik asrama ketika semua pelajar sedang belajar.
  20. Mereka menemukan pil estacy itu di bawah kawalan Encik Kancho. Namun membiarkan sahaja Encik Kancho melepaskan diri bagi menyiasat sendiket itu seterusnya.
  21. Encik Kancho akhirnya ditangkap ketika menyerahkan bahan itu kepada pelanggannya di sebuah restoran di bandar Kuantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan