Cara Pemeriksaan
1. Pemeriksaan biasanya dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.
2. masalah
a. Kurang daripada 350 perkataan,karangan akan diperiksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – akan diperiksa seperti biasa hingga ke akhir karangan. Masalahnya ialah ia akan menyebabkan masa menjawab soalan tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. Kadang-kadang pelajar tak sempat menulis penutup kerana masa dah tamat.
Karangan terlalu panjang tidak membolehkan anda mendapat markah cemerlang secara automatik . ianya juga bukan suatu kelebihan yang diambi kira dalam pemberian markah oleh pemeriksa.
3. Kesalahan format biasanya ditolak maksimum 2 markah. Sekarang ini soalan tidak menjurus kepada soalan berformat. Tapi pelajar dinasihatkan tidak mengambil mudah apa yang telah dipelajari selama ini berkaitan dengan format karangan.
4. Kesalahan ejaan biasanya ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3
markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
• Tanda baca- biasanya kerap berlaku jika anda cuai
- bagi mengelakkan anda terlibat dengan kesalahan bahasa atau tata bahasa anda digalakkan membaca semula karangan anda. Sekurang-kurangnya sekali sebelum menghantar kertas jawapan. Pada masa ini merupakan peluang terakhir anda membetulkan sebarang kesalahan seperti ayat tergantung , ayat majmuk pancangan atau gabungan yang terlalu panjang , kesalahan tiada subjek dll
• Ejaan – kuasai cara penulisan ejaan terbaru , lihat perkataan dengan kata ganda , kata majmuk
- simpulan bahasa , pepatah – tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata.
2. LARAS
(Dinamis)
• Pemilihan kosa kata
3. IDEA (ISI) • Tema
• Isi utama
• Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)
• Kerelevenan
4. PENGOLAHAN •
Wacana
• Logik
• Pemerengganan
• Format
5. GAYA BAHASA • Keindahan bahasa
• Ungkapan
• Peribahasa
KRITERIA PENSKORAN
CEMERLANG 80 – 100
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
• Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
• Ejaan dan tanda baca betul
• Laras bahasa sesuai dengan tugasan
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat
• Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
• Penggunaan unsur bahasa bervariasi
• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
KEPUJIAN 66 – 79
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
• Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
• Ejaan dan tanda baca betul
• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat
• Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.
• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
BAIK 51 - 65
Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
• Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
• Ejaan dan tanda baca masih betul.
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
• Penggunaan kosa kata umum.
• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
• Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
• Wacana masih lengkap
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
• Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
kurang berkesan.
MEMUASKAN 36 – 50
• Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
• Ayat kurang gramatis.
• Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
• Laras bahasa kurang sesuai.
• Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang
sesuai.
• Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.
• Wacana masih / kurang lengkap
• Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
• Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
kurang berkesan.
KURANG MEMUASKAN
• Penggunaan kata kurang tepat.
• Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
• Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
• Pengolahan tidak menarik.
• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
• Unsur bahasa tidak bervariasi.
• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.
PENCAPAIAN MINIMUM
• Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
• Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
• Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak
sesuai.
• Pengolahan tidak menarik.
• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak
menarik.
• Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.
Assalamualikum cikgu,spt cikgu katekan td ,Kadang-kadang pelajar tak sempat menulis penutup kerana masa dah tamat, tetapi pengenalan dan isinya bagus,pelajar sebegini boleh dikategorikan sbg kriteria ape?
BalasPadamtq