Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah keracunan makanan di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
(Sumber : Keracunan Makanan di Malaysia
Dewan Siswa, Oktober 2007).
CARTA PUNCA KERACUNAN MAKANAN
MANUSIA- 70.5%
SERANGGA DAN HAIWAN-11.8%
SISA DAN BAHAN BUANGAN-11.8%
BEKALAN AIR-5.9%
PERATURAN PEMARKAHAN
KERTAS 1
Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
[30 markah]
- Penandaan karangan bahan ransangan akan membaca dan meletakkan karangan tersebut kepada beberapa bahagian iaitu bahagian cemerlang , kepujian , memuaskan , kurang memuaskan dan pencapaian minimum.
Peringkat Cemerlang
- markah antara 26 – 30
- antara ciri karangan jenis ini seharusnya :
Karangan menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem
Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
Kepujian
- Markah yang diberikan ialah antara 20 – 25
- Ciri bagi karangan peringkat ini biasanya
- Karangan menepati tema bahan rangsangan.
- Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
- Tanda baca betul dan tepat.
- Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
- Penggunaan kosa kata luas.
- Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
- Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
Memuaskan
Markah yang diberikan biasanya 15 – 19
- ciri karangan
Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.
Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata umum.
Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian idea masih jelas.
Kurang memuaskan
Markah : 10 – 14
Ciri
Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.
• Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.
Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
Penggunaan kosa kata terhad.
Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.
Pencapaian Minimun
Markah antara 01 – 09
Cirri
- Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
- Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
- Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan