CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 Julai 2010

melunas rindu - sinopsis bab 11 - 19

Bab 11
1. Cikgu Abas rasa marah kerana Cikgu Zamani tidak masuk ke kelas
2. Semasa mesyuarat cikgu Abas melepaskan kemarahannya
3. Fuad terfikir-fikir sama ada dia yang dimarahi oleh Cikgu Abas


Bab 12
1. Farhana menerima sekeping kad hari jadi daripada Fuad
2. Fuad membawa Farhana makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar
3. Fuad mula menyukai Farhana
4. Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah
5. kedatangan Farhana disambut mesra
6. Fuad menghantar Farhana pulang selepas solat Isyak

Bab 13
1. Fuad pergi ke rumah Cikgu Zamani
2. Jamuan makan itu dihadiri oleh Cikgu Armin Cikgu Azlin dan Cikgu Rosli
3. Cikgu Zamani menasihati Fuad agar mencari perempuan yang baik sebagai isteri
4. Akhirnya Fuad dapat mengagak bahawa Cikgu Zamani menyertai parti politik

Bab 14
1. Perwatakan Robert Lim berubah ( seorang yang berwibawa kepada seorang yang pemarah )
2. Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad
3. Fuad tiada di rumah Pak Ismail . Fuad telah ke Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit
4. Robert Lim , Chin dan Pak Ismail ke Kuantan mencari Fuad

Bab 15
1. Fuad gelisah kerana Farhana sering bertengkat dengan Cikgu Zamani
2. Fuad menelefon Farhana untuk memberi sokongan kepadanya tetapi Farhana tiada di rumah
3. Rakan Farhana memberitahu bahawa Farhana ke Kuantan melawat ibunya yang sakit lelah
4. Fuad mengambil keputusan mengejut untuk ke Kuantan menuruti Farhana

Bab 16
1. Fuad tia di Hsopital Tengku Ampuan Afzan . Farhana membawa Fuad melawat ibunya di tingkat 4
2. Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana
3. Farhana agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana Binti Osman.
4. Robert Lim dan Pak Ismail pun tiba di hospital
5. Robert Lim mengesahkan bahawa Mariah , ibu Farhana adalah juga ibu Fuad. Kini mereka berdua adalah adik –beradik.

Bab 17
1. Fuad dn Farhana berpakat menyimpan rahsia sehingga Mariana sembuh
2. Fuad bercadang membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang
3. CCCikgu Zamani ditukarkan ke sekolah lain , manakala Fuad ke Maktab Perguruan untuk mengambil Kursus Bahasa Inggeris

Bab 18
1. Mariana mengimbas kembali ( teringat semula ) kisah silamnya iaitu
a. Ditinggalkan oleh Roslan ( Robert Lim )
b. Mariana gila meroyan
c. Anaknya ( Abdul Halim / Fuad ) dilarikan orang
d. Puluh daripada penyakit dan berkahwin dengan Fakhruddin ( baba Farhana )
e. Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya

Bab 19
1. Fuad membawa Pak Ismail , Mak Salmah dan Mariana ke Mekah mengerjakan umrah
2. Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya
3. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka berempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan