CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 18 Julai 2010

melunas rindu - watak Fuad

Perwatakan

FUAD / JOSHUA / ABDUL HALIM
- berusia 27 tahun
- tinggi / segak dan berwajah Melayu
- anak kepada Robert Lim / Roslan dan Mariana
- dilahirkan dengan anama Abdul Halim
- dibesarkan delam keluarga Cina dengan nama Joshua dan kemudian kembali kepada Islam dengan nama Fuad
- guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
- berpendidikan tinggi
- memiliki ijazah pentadbiran perniagaan dari Amerika Syarikat

watak
1. saudara baru yang taat pada perintah agama / suka sembahyang jemaah / masih belajar mengaji
2. patuh kepada orang tua dan baik budinya / selalu mendapatkan pandangan ibu bapa angkatnya iaitu Pak Islami dan Mak Salmah sebelum membuat sebarang tindakan
3. bertanggungjawab melaksankan tugas / sanggup pulang lewat untuk mengajar pelajar-pelajarnya
4. seorang yang gigih berusaha menawan hati ibu angkatnya / Fuad cuba menggembirakan hati ibu bapa angkatnya dengan membawa Farhana pulang ke rumah. Dia berbuat demikian bagi mengubati kesunyian dan perasaan rindu Mak Salmah terhadap Sofia
5. tabah menghadapi dugaan hidup / walaupun menerima kemarahan Mak Salmah kerana menyebabkan kematian Sofia dan cemuhan orang kampung , namun dia tetap berusaha memperbaiki keadaan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan