Tema
Ketabahan hati seorang saudara baru yang mencari asal usul dirinya
Contoh
Fuad kehilangan ibu semenjak kecil / bayi dan menjalani kehidupan sebagai Joshua dan berhadapan dengan bapa dan bapa saudaranya. Setelah menjalani kehidupan baru , Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya , Fuad mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya. Kerinduannya terubat apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya semula yang disangkakan telah meninggal dunia
Persoalan
1. ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama
- Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah.
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )
2. sikap mengenang budi
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh
3. ikatan kasih sayang dalam isntitusi keluarga
- Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )
-
4. sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas
5. keikhlasan dalam memberikan pertolongan
- Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau
6. redha menerima ketentuan takdir
- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.
7. sikap tidak amanah
- Cikgu Zamani sering ponteng kelas
- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran
salam cikgu..
BalasPadamsaya ingin bertanya.
Apakah sebenarnya tema novel melunas rindu?
ketabahan Fuad ataupun kasih sayang fuad?
bagi saya tempoh lepas naik sekolah ini untuk confirmkan dengan cikgu lain.
BalasPadamsalam cikgu
BalasPadamapa huraian utk persoalan kesungguhan mencari ibu kandung dan asal usul dirinya sendiri? :)