CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 7 April 2017

BM SPM K1 M



SOALAN RAMALAN 15

 (KBAT)

Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat. [100 markah]

PENDAHULUAN

Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki
makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan
– dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi –
diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus
memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa

ISI PENTING

1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman
hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan
peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin
rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur

2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak –
memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak
kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat
rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang

3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan
peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di
sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat
dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar

4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa –
mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan
pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan
menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita

5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku
tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa –
mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan
rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu

PENUTUP

Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk
mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan
peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat
Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya –
tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa
Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan
budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan