CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 7 April 2017

BM SPM K1 G



SOALAN RAMALAN 7

 (KBAT)

Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang
maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam
kalangan rakyat di sesebuah negara.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Sebatang kayu – mudah dipatahkan – seberkas kayu – sukar
dipatahkan – analogi ini membuktikan kepentingan semangat bersatu
padu – rakyat dan negara saling memerlukan – memahami tugas
membina negara yang maju dan moden dengan semangat bersatu padu

ISI PENTING

1. Semangat bersatu padu – mengelakkan tragedi hitam negara
berulang – peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana perpecahan kaum –
rakyat berbilang kaum harus bersatu – membina kefahaman bawah
perlindungan payung kedaulatan – menjamin keamanan dan kemajuan



2. rakyat yang bersatu padu – membangunkan negara – tidak akan
menyalurkan khidmat dan jaga di negara orang lain – pulang ke tanah
air dan bersatu dengan tenaga muda tempatan – sama-sama
membangunkan negara – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing



3. penduduk yang bersatu hati – mengelakkan persengketaan dan
konflik – memahami kebudayaan dan adat resam – tidak menghina
agama orang lain sebaliknya menghormati kebudayaan masing-
masing – membina mentaliti yang unik demi membangunkan bangsa



4. penduduk mesti bersatu hati – membanteras jenayah di dalam
negara – menangkap anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan
negara – melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa –
mengamalkan konsep rukun tetangga demi keamanan dan keselesaan



5. penduduk Malaysia – harus berpegang pada prinsip bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh – rakyat berpecah jika tidak bersatu – rakyat
memiliki jati diri kukuh juga bersatu hati – mementingkan agenda
pembangunan negara daripada agenda peribadi – cinta akan negara

PENUTUP

Negara – perlu didiami rakyat yang bersatu hati – tidak mudah
dipatahkan oleh pengaruh luar – terus kukuh berdiri dan teguh
berjalan di alur cabaran kehidupan – mendepani masalah dengan hati
yang tabah – membina bangsa yang bersatu demi negara tercinta –
negara kita akan terus makmur dan maju demi mencapai kejayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan