CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 7 April 2017

BM SPM K1 H



SOALAN RAMALAN 8

 (KBAT)

Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu
puncak.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Jalan raya yang sesak – menggusarkan nadi dan membimbangkan jiwa
– lewat tiba ke suatu destinasi – hati mula memberontak untuk
memprotes kesesakan jalan raya – sikap ini salah – harus sedar
bahawa semua pihak berperanan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas
pada waktu puncak

ISI PENTING

1. Kerajaan – memperlebar jalan yang sesak – jumlah kenderaan
meningkat – pemilikan lesen semakin meningkat – jalan perlu lebar
untuk mengatasi kesesakan pada awal pagi dan lewat petang –
mengurangkan tekanan hidup penghuni kota konkrit



2. Ibu bapa – menggalakkan anak-anak mereka berbasikal ke sekolah
– sesuai untuk jarak sekolah yang dekat – mengurangkan kesesakan –
mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada waktu puncak
– menjamin kelancaran jalan raya – usaha yang sesuai dan pragmatik



3. Pihak swasta – menarik minat pelabur asing ke negara kita –
membina jaringan trend dan sistem aliran ringan (LRT) –
meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan LRT –
mengurangkan kesesakan jalan raya – masa dapat dijimatkan



4. Pihak sekolah – mengadakan seminar tentang kempen di atas jalan
raya – menyeru murid dan guru berkongsi kereta jika berjiran –
mengurangkan kesesakan di jalan raya – mengurangkan tempat letak
kereta di sekolah – mengurangkan pencemaran udara dan bunyi



5. Media massa – menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan
kesesakan jalan raya – menyedarkan rakyat agar tidak memandu
kenderaan jika tidak perlu – mengurangkan kesan rumah hijau –
menghijaukan bumi di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas

PENUTUP

Penduduk Malaysia – dapat memainkan peranan masing-masing –
memastikan perjalanan kita lancar – kesesakan lintas hanya
menjejaskan kualiti kehidupan dan mengancam kesejahteraan bumi –
mula memainkan peranan masing-masing – mengurangkan kesesakan
lalu lintas pada waktu puncak – pergi dan pulang ke rumah tanpa stres

Tiada ulasan:

Catat Ulasan