CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 7 April 2017

BM SPM K1 L



SOALAN RAMALAN 13

 (KBAT)

Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan
ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan
membaca dalam kalangan murid sekolah.

[100 markah]

PENDAHULUAN

“Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang
meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan
pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga
yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk
membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana



ISI PENTING

1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah –
menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang
berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka
membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu



2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber
– menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan
membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan



3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid
mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas –
memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu
murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri



4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui
kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah –
menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi
tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca



PENUTUP

Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita
berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan
– menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca
mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina
jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan
berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu! 


SOALAN RAMALAN 14

 (KBAT)

Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.

Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai
– hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama –
menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan
bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu

PERKEMBANGAN

Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim,
dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak
dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat
menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga

KONFLIK

Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar
kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam
perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak
cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir



Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat
perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang
kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan
menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan

KLIMAKS

Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan
masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan
kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk
harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong



Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama
mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam
kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang
bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras

PELERAIAN

Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja
pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang
bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu –
Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa
perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh –
Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan