Senarai Peribahasa dalam Buku
teks Tingkatan 1-5
BIL
|
PERIBAHASA
|
MAKNA
|
1
|
Air
beriak tanda tak dalam
|
|
2
|
Alang-alang
berminyak biar licin
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
3
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
|
Kalau
sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
|
4
|
Ayam di
kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
|
Sangat
menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
5
|
Bagai
air mencari jenisnya
|
Berusaha
untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.
|
6
|
Bagai
ayam disambar helang
|
Mati
tanpa sakit.
|
7
|
Bagai
cendawan tumbuh selepas hujan
|
Terlalu
banyak pada sesuatu masa.
|
8
|
Bagai
cincin dengan permata
|
Pasangan
pengantin yang sepadan.
Contoh
ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
|
9
|
Bagai
kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
|
Hidup
dalam kemelaratan.
Kerakap
sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.
|
10
|
Bagai
layang-layang putus tali
|
Tiada
berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
|
11
|
Bagai
menatang minyak yang penuh
|
Memelihara
anak dengan penuh kasih sayang.
|
12
|
Bagai
minyak dengan air
|
Orang
baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
|
13
|
Bagai
murai dicabut ekor
|
Orang
yang suka bercakap.
Perempuan
yang suka bercakap banyak.
Contoh
ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai
murai di-
cabut
ekor.
|
14
|
Bagai
pucuk dilancarkan
|
Amat
cepat.
|
15
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
|
Perangai
anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
|
16
|
Baik
membawa resmi padi daripada resmi lalang
|
Tidak
sombong; rendah diri.
|
17
|
Belayar
sambil memapan, merapat sambil belayar
|
Sesekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
18
|
Belum
duduk sudah berlunjur
|
Belum
memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.
|
19
|
Berat
mata memandang berat lagi bahu memikul
|
Betapa
berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
|
20
|
Berjagung-jagung
dahulu sementara padi masak
|
Sementara
menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
21
|
Biar
jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
|
Lebih
baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak
terhormat.
|
22
|
Biar mati
anak jangan mati adat
|
Adat
yang tidak boleh dilanggar.
|
23
|
Biar
putih tulang jangan putih mata
|
Lebih
baik mati daripada menanggung malu.
|
24
|
Carik-carik
bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
|
Perselisihan
faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.
|
25
|
Diam-diam
ubi berisi; diam-diam besi berkarat
|
Orang
berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak
berilmu.
|
26
|
Diibaratkan
sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
|
Memberi
pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
|
27
|
Dimana
ada kemahuan, disitu ada jalan
|
Seseorang
yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
|
28
|
Genggam
bara api biar sampai jadi arang
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
29
|
Harimau
mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
|
Orang
baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap
manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa
hidupnya.
|
30
|
Hendak
belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak
mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
|
31
|
Hendak
seribu daya tak hendak seribu dalih
|
Setiap
yang berkemahuan, tentu ada jalan.
|
32
|
Ibarat
burung, mata terlepas badan terkurung
|
Tidak
ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh
ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.
|
33
|
Jika
ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja.
|
34
|
Kalau
tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
|
Tentu
ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian
meninggalkan kesan.
|
35
|
Kalau
tiada rotan akar pun berguna
|
Sesuatu
perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
|
36
|
Kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
Kita
tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
|
37
|
Kalau
tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
|
Kalau
terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
38
|
Perempuan
serasan, lelaki pemalu
|
Pegangan
hidup yang tidak serupa.
|
39
|
Sebagai
gembala diberi keris
|
Orang
yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
|
40
|
Sekali
membuka pura, dua tiga hilang berbayar
|
Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
41
|
Semacam
besar pacak daripada tiang
|
Belanja
lebih besar daripada pendapatan.
|
42
|
Seperti
air dalam dulang
|
Negeri
yang aman sentosa.
|
43
|
Seperti
api di dalam sekam
|
Kejahatan
yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
|
44
|
Seperti
aur dengan tebing
|
Dua
orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat
: Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing.
|
45
|
Seperti
aur ditarik songsang
|
Pekerjaan
atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
|
46
|
Seperti
embun dihujung rumput
|
Tidak
kekal
|
47
|
Seperti
harimau menyembunyikan kukunya
|
Orang
yang menyembunyikan kelebihannya.
|
48
|
Seperti
hujan jatuh ke pasir
|
Nasihat
yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh
ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke
pasir kerana kedegilannya.
|
49
|
Seperti
lintah menghisap darah
|
Meletakkan
faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
|
50
|
Seperti
lipas kudung
|
Selalu
bergerak dengan cepat.
|
51
|
Ular
menyusur akar tidak akan hilang bisanya
|
Orang
besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh
ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai
ular menyusur akal takkan hilang bisanya.
|
52
|
Yang
dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
|
Terlalu
tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
sudah dimiliki.
|
53
|
Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Maksud
: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
|
54
|
Darah
daging
|
Maksud
: Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
|
55
|
Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
|
Maksud
: mengalami susah senang bersama-sama.
|
56
|
meninggi
diri
|
Maksud
: Sombong
|
57
|
bermuka
dua
|
Maksud
: Tidak jujur.
|
58
|
baik
hati
|
Maksud
: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong)
|
59
|
tulang
belakang
|
Maksud
: Punca kekuatan/ orang harapan
|
60
|
bara
yang digenggam biar sampai jadi arang
|
Maksud
: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
|
61
|
bagai
kaca terhempas ke batu
|
Maksud
: Sangat sedih atau kecewa.
|
62
|
melentur
buluh biarlah dari rebungnya
|
Maksud
: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
|
63
|
duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi
|
Maksud
: dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
|
64
|
seperti
lembu dicucuk hidung
|
Maksud
: Orang yang selalu menurut kemahuan orang
|
65
|
yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
|
Maksud
: Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
|
66
|
dayung
sudah di tangan, perahu sudah di air
|
Maksud
: segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
|
67
|
terang
hati
|
Maksud
: Lekas pandai.
|
68
|
rendah
hati
|
Maksud
: Tidak sombong
|
69
|
murah
hati
|
Maksud
: Pemurah.
|
70
|
tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
Maksud
: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
|
71
|
Tangan
kosong
|
Maksud
: Hampa.
|
72
|
lintah
darat
|
Maksud
: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
|
73
|
bagai
aur dengan tebing
|
Maksud
: Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
|
74
|
anak
dagang
|
Maksud
: Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
|
75
|
Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
|
Maksud
: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih
baik lagi.
|
76
|
kalau
takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
|
Maksud
: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah
|
77
|
indah
khabar daripada rupa
|
Maksud
: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
|
78
|
hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
|
Maksud
: Pengagihan yang sama banyak.
|
79
|
bukit
sama didaki, lurah sama dituruni
|
Maksud
: Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
|
80
|
kacang
lupakan kulit
|
Maksud
: Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.
|
81
|
Di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung
|
Maksud
: Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
|
82
|
masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
|
Maksud
: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
|
83
|
ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
|
Maksud
: kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya.
|
84
|
memerah
otak
|
Maksud
: Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
|
85
|
kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
|
Maksud
: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
|
86
|
berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Maksud
: Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian
hari.
|
87
|
yang
bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
|
Maksud
: Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
|
88
|
sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit
|
Maksud
: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
|
89
|
bak
cendawan tumbuh selepas hujan
|
Maksud
: Terlalu banyak pada sesuatu masa.
|
90
|
bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
|
Maksud
: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
|
91
|
yang
kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
|
Maksud
: Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di
tangan hilang pula.
|
92
|
mencari
jalan
|
Maksud
: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
|
93
|
biar
mati anak, jangan mati adat
|
Maksud
: orang yang kuat perpegang pada adat.
|
94
|
sediakan
payung sebelum hujan
|
Maksud
: Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
|
95
|
berbesar
hati
|
Maksud
: Gembira.
|
96
|
anak
buah
|
Maksud
: a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
|
97
|
tuan
rumah
|
Maksud
: tempat berlangsungnya sesuatu acara
|
98
|
yang
lama dikelek, yang baharu didukung
|
Maksud
: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
|
99
|
batu
penghalang
|
Maksud
: Halangan
|
100
|
untung
anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
|
Maksud
: orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
|
101
|
bagai
ikan pulang ke lubuk
|
Maksud
: a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan