Pada 28 Mei
2003, kabinet telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program LatihanKhidmat Negara ( PLKN ) bagi pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM
). Oleh itu, semua pelajar yang berusia
18 tahun diwajibkan mengikuti program tersebut.
Sebagai seorang pelajar,
bincangkan kebaikan yang
diperoleh semasa mengikuti
program ini.
---------------------------------------------------------------
Karangan tidak
berformat.
(a) Pendahuluan
Dilaksanakan
pada 16 Februari 2004 – golongan remaja berusia 18 tahun. Terdapat empat modul
iaitu modul fizikal, kenegaraan, pembinaan watak, dan khidmat masyarakat.
(b) Isi-isi.
(i) Dapat
melahirkan golongan remaja yang mampu mempertahan negara jika negara ini
menghadapi ancaman dan serangan daripada
pihak musuh. Hal
ini demikian kerana, melalui modul fizikal akan dapat
membina kekuatan fizikal dan mental yang memperkasa semangat juang anak-anak
muda untuk menghadapi apa-apa jua cabaran dan rintangan.
(ii) Dapat
menanam semangat cinta akan negara dan membentuk jati diri yang mantap sebagai rakyat Malaysia. Matlamat
ini dapat dibentuk melalui modul kenegaraan.
(iii) Dapat
membentuk watak remaja yang sempurna, berakhlak
mulia dan bersopan santun. Matlamat ini selaras dengan
hasrat kerajaan untuk
melahirkan generasi muda
yang berkualiti serta mampu mendukung
wawasan 2020 sebagai
sebuah negara maju.
Harapan murni ini dapat dicapai melalui modul pembinaan watak.
(iv) Dapat
melahirkan golongan remaja yang peka dan
prihatin dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka,
contohnya golongan kurang
upaya, orang miskin, orang tua dan lain-lain lagi.Kesedaran ini
dapat dibentuk melalui modul
khidmat masyarakat.
(v) Perpaduan
kaum dan semangat bekerjasama dapat dipupuk apabila anak-anak muda daripada pelbagai kaum, kebudayaan
dan agama hidup bersama-sama selama tiga
bulan. Di samping itu masalah sosial dapat dikurangkan apabila
para remaja tidak melepak dan menghabiskan masa dengan
aktiviti yang berfaedah.
(c) Penutup
Semua pihak harus memberi sokongan agar
program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan serta mampu
membangunkan negara ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan