CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - MUTU SUKAN BOLA SEPAK



Karangan Wawancara.
Soalan,
Sebagai pemberita anda diminta mewawancara seorang pengkritik sukan tentang mutu permainan bola sepak di Malaysia sejak kebelakangan ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya.

Pendahuluan:
-          Mutu bola sepak secara umum
-          Memperkenalkan diri dan tokoh wawancara
-          Tujuan wawancara

Isi-isi


1.       Punca kemerosotan mutu bola sepak sekarang
-          Atlet memikirkan ganjaran wang
-          Tidak bersemangat kebangsaan
-          Tidak serius menjadikan sukan sebagai satu kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

2.       Punca-punca lain
-          Ahli sukan tidak berdisiplin
-          Para pegawai dan jurulatih tidak berwibawa
-          Latihan yang tidak sistematik

3.       Rasuah bola sepak punca kemerosotan
-          Mutu bola sepak turun naik kerana wang sogokan
-          Mereka tidak dapat mempamerkan permainan sebenar ketika pemain mahu pasukan mereka tewas.
-          Mutu permainan mereka meningkat ketika ingin memastikan pasukannya menang

4.       Cara meningkatkan mutu sukan negara
-          Mencari pegawai dan jurulatih yang berwibawa
-          Hubungan pegawai, pemain dan jurulatih hendaklah baik.
-          Pemain harus mengubah sikap

5.       Pandangan tentang Liga Semi Pro dan Liga Perdana
-          Pemain import tidak bermutu
-          Mutu permain tidak berubah jika dibandingkan mutu bola sepak Korea.
-          Mengurangkan pemain import merupakan langkah yang baik

Penutup.
-          Harapan kejayaan pada masa hadapan / mutu sukan berubah
-          Ucapan terima kasih kepada tokoh yang diwawancara kerana sudi diwawancara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan