CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 4 September 2015

HARI HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN ... CALON PT 3 BM



TINGKATAN 2
DI SEBALIK WAJAH
ABANG SAIFUDDIN ABANG BOHARI
CIKGU SAIFUL
Bersikap penyayang
Cikgu Saiful sangat menyayangi isterinya Puan Halipah. Hal ini demikian terbukti ketika isterinya mengandung dan mengidamkan daging rusa, dia telah mencari di seluruh bandar Kota Kinabalu, di beberapa hotel terkemuka seperti di Hotel Tanjung Aru dan di Hotel Hyatt Saujana untuk memastikannya tidak kecewa.  
 
Bersyukur menerima ketentuan Ilahi 
Pada mulanya Cikgu Saiful tidak menerima kenyataan bahawa anak tunggalnya lahir dalam keadaan tidak sempurna dengan berkulit balar, namun akhirnya dia menerima kenyataan itu dengan perasaan syukur.
Bijak 
Cikgu Saiful bijak menjaga perasaan anaknya. Setiap tindakan yang melibatkan Doktor Fikri akan difikirkan sedalam-dalamnya agar tidak membuatkan anaknya berasa rendah diri kelak
Bertimbang rasa 
Cikgu Saiful merupakan seorang bapa yang bertimbang rasa kerana membenarkan Doktor Fikri memenuhi impiannya untuk mendaki Gunung Kinabalu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan