BANJIR KILAT : PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGATASINYA.
Pada hari ini dapat kita perhatikan bahawa
pembangunan yang rencam kian mendominasi segenap bumi Malaysia. Namun, tanpa kita sedari di sebalik kemajuan
dan kecanggihan mekanisme yang dicapai telah mengundang bencana khususnya
berkaitan pelestarian alam sekitar.
Salah satu daripada bencana alam tersebut ialah banjir kilat yang kini
kian menjadi isu nasional dan sering diperdebatkan dalam kalangan ahli politik
malah rakyat negara ini. Justeru, terdapat
beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini dan langkah-langkah
yang drastik dan komrehensif perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut ini
menjadi bertambah kronik.
Punca dominan berlakunya banjir
kilat ialah sikap segelintir manusia yang lebih mengutamakan kemajuan
modenisasi berbanding pengekalan kualit alam sekitar yang bertindak sebagai
nadi kelangsungan hidup. Kejadian
penebangan kawasan hutan untuk pembangunan dan residensi sehingga tidak
terkawal hampir memusnahkan Taman Pertanian Bukit Cerakah baru-baru ini
menunjukkan kejahilan dan begitu halobanya manusia membangunkan alam
sekitar. Aktiviti penggondolan hutan
dara ini bukan sahaja mengakibatkan banjir kilat malah memusnahkan kawasan
tadahan hujan di Malaysia.
Selain itu, kaedah pertanian yang tidak sistematik dan
pelaksanaan projek pembangunan di kawasan bukit berpotensi sebagai punca
berlakunya kejadian banjir kilat. Bukit
bukau yang diratakan menyebabkan tiada pokok yang dapat mencengkam tanah
seterusnya menyumbang kepada masalah lain seperti kejadian tanah runtuh
sebagaimana yang berlaku di Tanah Tinggi Cameron baru-baru ini. Hal ini secara tidak langsung boleh
membahayakan nyawa orang awam malah ekosistem di bumi turut terancam. Justeru,
janganlah seperti sudah terhantuk baru nak terngadah, sebelum masalah
ini menjadi bertambah kritikal.
Pepatah Melayu, ombak yang kecil
jangan disangka anak, jelas menunjukkan sikap segelintir masyarakat pada hari
ini yang memandang enteng terhadap isu pembuangan sampah sarap yang tidak
terkawal. Mereka mengambil jalan mudah
dengan membuang sampah sarap tersebut ke dalam sungai dan berpendapat arus
sungai akan membawa sampah-sampah tersebut ke tempat yang lebih jauh. Sikap sebeginilah yang menyebabkan pengaliran
air sungai tidak berjalan lancar dan apabila hujan lebat, sudah tentu sungai tidak dapat menampung isi
padu air yang berlebihan seterusnya akan melimpahi dan membanjiri kawasan
berhampiran. Situasi ini bertepatan
dengan peribahasa, lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang.
Punca seterusnya ialah sistem
pengaliran air yang tidak berfungsi dengan baik turut menyumbang kepada
kejadian banjir kilat. Sikap tidak
bertanggungjawab masyarakat khususnya mereka yang tingal di kawasan perumahan menyebabkan
sistem perparitan tersumbat dan gagal berfungsi. Namun begitu,
sikap manusia yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, tidak cuba mengambil inisiatif untuk
membersihkan longkang tersebut dan hanya mengharapkan pihak majlis perbandaran
untuk bertindak membersihkannya.
Ekoran daripada masalah banjir kilat
ini, langkah-langkah yang efisien perlu
digarap dan diaplikasikan bagi mengatasi kesulitan ini ibarat kata pepatah,
kusut di hujung balik ke pangkal. Dalam
hal ini, kesedaran semua pihak merupakan
indikator utama penentu kelestarian alam sekitar. Masyarakat perlu berfikiran terbuka dan bijak
menilai dengan rasional betapa pentingnyabmenjaga alam sekitar. Anak-anak perlu dididik sedari kecil lagi
dengan nilai-nilai murni bagi meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi
ini, bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini
bertepatan dengan ungkapan hikmat Betrend Russel, ”manusia yang bahagia ialah
manusia yang hidupnya untuk alam bukan untuk diri sendiri”.
Selain itu, kerja-kerja pendalaman sungai perlu dilakukan
di samping pembersihan sistem pengaliran air agar dapat berfungsi dengan baik
dan berkesan. Namun begitu, masyarakat juga perlu mengubah perspektif
negatif mereka dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai sebaliknya
membuang sampah-sarap tersebut di tempat yang telah disediakan. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam sanubari mereka seterusnya membuktikan kejayaan kempen
yang dianjurkan kerajaan seperti kempen cintai sungai kita.
Bagi mengatasi masalah penyahhutanan
seperti pembalakan, kerajaannperlu
mengehadkan kawasan hutan yang digunakan bagi tujuan pembalakan di samping
mengurangkan pemberian lesen pembalakan kepada syarikat pembalakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan hutan yang
bertindak sebagai pelengkap ekosistem di bumi tidak dieksploitasi secara
haram. Sehubungan dengan itu, pengekalan hutan ini juga membantu menyerap
air khususnya ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat. Selain itu, denda yang setimpal serta menarik
balik lesen syarikat pembalakan haram wajar dilaksanakan untuk menjamin
kelestarian alam sekitar. Tambahan lagi,
pokok-pokok yang telah ditebang wajar ditanam dengan pokok-pokok yang baru bagi
memastikan banjir kilat tidak berlaku.
Langkah seterusnya ialah mengamalkan
kaedah pertanian yang sistematik dan tidak menjejaskan kualiti alam
sekitar. Antara amalan pertanian yang
berkesan mengurangkan resiko banjir kilat ialah tanaman bergilir, tanaman
berteres, tanaman berjalur dan membajak kontur.
Hal ini, terbukti apabila Indonesia mengamalkan tanaman berteres
menerusi penanaman padi di Bali.
Jelas di sini bahawa, implikasi
daripada kejadian banjir kilat sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang
besar. Tuntasnya, kerjasama semua pihak perlu bagi menjamin
kualiti hidup seterusnya menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar
ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Terima kasih byk2 cikgu. Amat membantu.
BalasPadamThanks a lot, It really help.
BalasPadamTerima kasih
PadamTerima kasih
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDiam
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTq very much...very very very fulfilled!
BalasPadamKarangan yg pdt dan honestly mmg terbaikkkkkk....its help me a lot!
PadamTerima kasih cikgu.... Ia sangat membantu.
BalasPadamthank u cikgu..... its so good.... helps me alot too much....
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamterima kasih cikgu sangat membantukan saya lain kali jika saya memerlukan bantuan atas karangan bolehkah saya tanya cikgu?
BalasPadamtq teacher ^_^
BalasPadamhope my writing will improve>_<
BalasPadamtq teacher
BalasPadamTERIMA KASIH byk2 membantu sangat..halalkan ye ilmu ini disebarkan...terima kasih sekali lagi diucapkan semoga Allah murahkan rezeki..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
BalasPadamKarangan macam ni hanya boleh dapat dalam 10 markah sahaja kerana pengolahan isi yang kurang.
BalasPadamTerima banyak ii sangat membantu halalkan ye ilmu ini.
BalasPadamThank you. Its very useful
BalasPadamthank you so much it very useful to us
BalasPadam🥰🥰