Isnin, 30 April 2012

contoh hasil kajian--- bahulu Nur Fatihatul Namirah



 
HASIL KAJIAN

A. Maklumat asas produk
i) Nama Produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan contoh bahan yang dihasilkan oleh pengusaha ini.
 
ii) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.

iii) Nama Pengusaha
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini.

iv) Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200, Felcra Bukit Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Labis . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar.Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian.
 
B. Latar Belakang
i) Sejarah Kewujudan
Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah.   Perusahaan ini dilakukan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak. Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa , sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat.

ii) Punca dan Jumlah Modal
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Muar pada tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 30,000

iii) Pendaftaran Perniagaan
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada 25 Januari 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis. Nombor pendaftaran beliau ialah XXXXX

iv) Tujuan / Kepentingan Produk
Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar daerah Muar dan juga beberapa pasar raya di bandar Segamat seperti di Pasaraya KipMart dan Nirwana. Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Segamat. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felcra Bukit Kepong  dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.


C. Kaedah / Cara Penghasilan

i. Tenaga Pekerja
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bun Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan  produk mereka.

ii) Senarai Bahan Yang Digunakan
Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung  - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji
 
iii) Senarai Peralatan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
 
Pemanas tepung                                               Mesin pemukul telur
                      Acuan bahulu                                                            Ketuhar

 
iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang
Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji  dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.
Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak .

D. Perkembangan Produk
i) Kemajuan yang Dicapai
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di Felcra Bukit Kepong sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Muar dan Segamat dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Segamat dan Muar. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.

*ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.

iii) Potensi Produk
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perkahwinan.

iv) Perancangan Masa Hadapan
Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

63 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu.produk yang saya kaji ialah kek.Jadi bahagian kategori tu nak tulis macam mana ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya boleh tuliskan
      produk pengeluaran makanan - kek
      tulis macam tu aja

      Padam
    2. assalamualaikum cikgu..
      jika pengusaha itu belum membuat no pendaftaran nak buat macam mana?

      Padam
  2. salam. cikgu, bilangan muka surat memang kena 15 ke? Kalau 14 atau lebih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya siap lampiran/ rujukan dapat 15. rasanya 14 pun ok

      Padam
    2. CIKGU KALO LEBIH 33 PON BOLEH KAN ?

      Padam
  3. cikgu,kalau kek.tujuan dan kepentingan produk dia nak tulis ape ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memnuhi permintaan masyarakat setempat . contohnya untuk majlis hari jadi , pertunangan dan hantaran perkahwinan

      Padam
  4. cikgu, kalau melawat ke tempat kajian, nama tempat tu tulis nama perusahaan ker alamat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama tempat produk itu dihasilkan

      Padam
  5. Terima kasih! Saya buat kajian Bahulu Classiq di Hulu Langat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asslamualaikum haliemah, boleh kongsi bahan dgn auntie tak? anak auntie pun buat Bahulu Classiq Hulu Langat juga, tapi dia tak sempat nak pergi buat lawatan sbb kena chicken pox hari tu.kalau haliemah sudi kongsi terima kasih.

      Padam
    2. Waalaikumsalam. Sori...saya tak ada. Saya cuma ambik dekat sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_04.htm
      P

      Padam
  6. terima kasih cikgu ! cikgu banyak membantu calon2 pmr 2012 untuk melaksanakan kerja kursus sj ini . sye banyak merujuk blog cikgu :)

    BalasPadam
  7. Cikguu .. masukkan yg pakaian pulakk :)

    BalasPadam
  8. tak dapat..... sibuk nak menanda kertas periksa tengah tahun ni.....

    BalasPadam
  9. assalamualaikum cikgu, kalau pengusaha ni hanya menjalankan perniagaan beliau sewaktu bulan puasa dan hari raya untuk memenuhi permintaan semasa hari raya dan beliau tidak mempunyai lesen dan anak saya tidak ada salinan lesen perusahaan beliau adakah kajian anak saya ini dianggap tidak lengkap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya tak ada masalah sebab dia dianggap sebagai pengusaha bermusim. dalam istilah biasa dia juga dianggap pengusaha.

      tuliskan sahaja dia mengeluarkan produk apa dan catatkan pengeluaran semasa musim perayaan tu. tak ada masalah.

      - tak ada lesen tak apa
      tuliskan sahaja pengusaha tiada lesen . beliau beranggapan bahawa perniagaannya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.

      hasil kajian anak akak dikira lengkap.
      tak ada masalah.

      Padam
  10. terima kasih cikgu atas segala panduan dan bantuan dalam blog cikgu ni.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. cikgu boleh tak tolong bagi contoh kerja khusus batik....susah sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat balas

      boleh rujuk dalam internet tentang batik . daripada situ awak buatkan cara pembuatan/ proses kerja dengan lebih baik sebab dah ada internet untuk download gambar .awak buat huraian macam saya buat tu . tapi adjust sikit yang ada kaitan dengan batik.
      saya tak dapat tolong sebab saya cuma buat contoh sahaja. ianya sebagai garis panduan sahaja

      Padam
  13. cikgu tolonglah masukkan batik pulaak..harap cikgu dapat bantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya tulis kat atas. rujuk saya punya hasil kajian untuk jadi garis panduan cara penghasilannya. awak adjustan sendiri

      Padam
  14. cikgu.. macam mana kalau xcukup 15 muka surat? susah r.. ape lagi yg perlu ditambah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang 15 muka surat tu untuk hasil kajian sahaja termasuk dengan lampiran. kebanyakan yang buat boleh dapat 15muka.

      dah double spacing ke belum
      dah masukkan lampiran - gambar/ peta/ lesen /

      kalaumasih lum cukup 15 bahagia huraian kena panjang sikit terutama bahagian proses pembuatan/ proses kera. kat situ boleh tambah huraian .
      nasihat sayaialah gunakan ayat yang lengkap.
      pada gambar proses kerja boeh huraikan lagi

      Padam
    2. kalau masukkan lampiran, ckup2 15.. hehe.. mekaseh cikgu.. sgt membantu saye..

      Padam
  15. ckgu..klau sy buat psal pakaian pgntin boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.
      cepat sikit ....
      ini dah bulan enam
      penilaian dibuat pada bulan julai.
      takut tak sempat

      Padam
  16. klu no pendaftaran kite reka je boley tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh...
      sebab kena ada photostatnya atau gambar dia.

      Padam
  17. assalamualaikum cikgu ..
    saya buat pasal kraftangan pakaian batik .. tapi saya taktau la nak buat macamana cikgu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. mua -mula cari orang sumber/ orang yang kita nak kaji yang buat batiktu.

      cari maklumat tentang orang tu
      - macam mana dia mulakan perniagaan
      - modal awal
      - jualandi mana
      - tempahan macam mana
      - pekerja berapa orang
      - peralatan apa yang diguna
      - cara buat batik tu macam mana
      - rancangan masa depan dia macam mana

      dah temubual tu baru buat
      elemen 1
      - elemen 2
      ambil gambar proses pembuatan
      kalau tak dapat ambil sahaja dari intenet / emej
      dah boleh mula menulis

      Padam
  18. assalamualaikum, cikgu kalau lambang/identiti setempat tu nak buat mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau awak buat tentang pakaian misalnya mungkin kita boleh kata ..
      pakaian yang dihasilkan oleh beliau / encik x ini kerap digunakan oleh pengantin kerana berkualiti tinggi. jenama xxx ini disukai ramai kerana ianya bermutu tinggi ...

      kalau orang muar
      - mi bandung - jenama kebanggan orang muar/ makanan paling popular / tidak terdapat ditempat lain / rasanya yang sedap/ enak

      kalau batik
      - terkenal di terengganu
      - dihasilkan dengan corak yang pelbagai/ cantik/ bermutu tinggi/ menjadi kebanggan negara ini


      lebih kurang macam tu
      awak buat apa ?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Saya buat pasal kek.. cikgu lagi satu, kita punya rujukan kena ada kaitan dengan elemen 1 ke?

      Padam
    4. ye betul
      rujukan kita ada kaitan dengan elemen satu

      Padam
    5. kalau kek mungkin kita boleh kaitkan kek ini telah dikenali oleh penduduk setempat buat sekian lama. setakat tu pun tak apa.

      Padam
  19. cikgu, boleh ke kita kaji produk luar kuala lumpur?

    BalasPadam
  20. cikgu tolong jelaskan lebih lanjut tentang perbezaan elemen1,2,3.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak dapat terangkan dengan teliti di sini. tapi kalau awak ikut saya daripada awal posting mesti boleh faham. semak balik posting awal saya.
      pergi kat kerja kursus sej 2012 pada sebelah kanan blog ini kemudian ikut satu-satu teryutama yang awal saya keluarkan.

      Padam
  21. assalamualaikm, cikgu kalau saya just cari semua sumber kat dlm internet pstu saye xbuat lawatan tu blh x ?lgipn dh ksuntukan mse sgt...terima ksih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh.
      kena ada pengusaha
      kalau tak ada macam mana nak huraikan elemen 2?

      Padam
  22. ckgu , mcm mna kalau kita tidak ada nama produk or tkde buat lawatan ?

    BalasPadam
  23. cikgu,klau buat makanan-kek blh x??

    BalasPadam
  24. cikgu, kalau pengusaha yang saya jumpa tu tak mendaftar lesen perniagaan mcm mana? kalau takde lesen tak boleh lah kan? lesen tu wajib ke?

    BalasPadam
  25. cikgu boleh tk kalau saya cuma tukarkan name je , saya copy dari cikgu punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara buat hampir sama. cuba gunakan sebagai panduan. kalau boleh buat sendiri lagi baik

      Padam
  26. Salam cikgu,sye dri melaka, sye ingin bertnye,,, saya pilih kraftangan iaitu batik,yng sye tak fhm,,, "pihak yang mengusahakan/indiVidu/kelompok masyarakat yang mengusahakan",hrp cikgu dpt membantu sye..

    BalasPadam
  27. kalau sy copy dari internet then tukar sikit2 je, pemeriksa perasan ke yang kita bnyk copy dr internet?

    BalasPadam
  28. salam. Cikgu . adakah hasil kajian ini lengkap termasuk prospek. sye konfius !

    BalasPadam
  29. cikgu hasil kajian ny dah lengkap kew ?

    BalasPadam
  30. assalamualaikum cikgu , saya nak tnya , tujuan bahulu dijalankan nak kata mcm mna yer ? cikgu tlong bagi idea =)

    BalasPadam
  31. terima kasih atas panduan ni cikgu. :D

    BalasPadam
  32. cikgu. boleh ke buat pasal air. maksudnya gerai minuman tepi jalan tu je

    BalasPadam
  33. Assalammualaikum , cikgu . saya membuat pengusahaan inang2 , kalau xde lesen dan ic orng tersebut , adakah folio saya lengkap ? dan , ada tak cara lain , utk memnambahkan markah sy kalau xde lesen dan ic ni ?

    BalasPadam
  34. cikgu, hasil kajian ni semua mesti buat dalam satu pernggan ke?

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum CG , petaa kan nak letak dekat mana yaa ? Bawah lokasi kaa ?

    BalasPadam
  36. asasalamuailaikum cikgu....hasil kajian untuk kegiatan ekonomi tradisional mcm mna???

    BalasPadam
  37. salam cikgu, nak tnya bagaimana nak buat kajian tentang organisasian swasta dan cara menghasilkan berdasarkan cartA Organisasi.

    BalasPadam