CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 19 April 2012


RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan berfaedah. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan . Melalui kajian yang saya lakukan , sangat sesuai  jika kita  berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini  adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada  pengusaha  dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni  seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri  seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang memiliki sikap penuh  bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan  yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah  menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

18 ulasan:

  1. carta kerja untuk lampiran tuh mcm mana? kalau takde lesen perniagaan mcm mana? ada option lain tak, selain tangkap gambar dengan pengusaha tu? setiap sub tajuk hasil kajian wajib ada gambar ke? kalau temu ramah tu .... kena tulis dalam bentuk esei ataupun dialog mcm biasa jee? kalau elemen satu org sumber kena buat transkripsi perbualan, kiranya sama dgn kaedah kajian lah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. cara kerja - ambil gambar sahaja masa orang tu buat kerja-kerja pengeluaran dia. kalau awak buat tentang dodol miasalnya ambil gambar masa sebelum , semasa dan sesudah pengeluaran dilakukan( packing ). contoh gambar boleh cari di internet taipkan dodol sahaja kemudian pilih imej
      2. lesen perniagaan kalau tak ada tuliskan pengusaha tidak memiliki lesen perniagaan.
      kalau ada ambil gambar pun boleh

      3. ambil gambar dengan pengusaha untuk elemen satu sahaja ruangan orang sumber tapi kena buat transkrip temu ramah.

      4. temu ramah buat macam biasa karangan wawancara. bahasa kena standard walaupun pengusaha itu cakap pendek atau ringkas sahaja. kita boleh cantikkan bahasa dia. tak salah

      5. kaedah kajian ada dalam huraian elemen 2 . itu tulis biasa sahaja contoh
      - kaedah kajian seterusnya ialah orang sumber . Orang sumber saya ialah encik X bin Y. Beliau berumur 45 tahun dan beralamat di kg x bandar y

      Padam
    2. *cikgu kalo lesen perniagaan xde xpew ke...

      *kalo x amil gmbr dgn pengusaha xpew ke

      and cikgu ples explain yg no 3 tu , sya kurang faham la

      Padam
  2. terima kasih..usaha saudara sangat adalah satu sumbangan yang teramat besar..

    saya merujuk blog ini untuk membantu anak saya..

    sekali lagi..terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu Razak...ada sedikit kemusykilan tapi bukan berkaitan dengan Folio Sejarah...tapi berkaitan dengan PBS sejarah untuk TIngkatan 1 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi..Saya perlukan contoh modul/Instrumen bagi perlaksanaan PBS Ting 1 daripada PPD Muar sekiranya cikgu tidak keberatan untuk kongsikannya bersama dengan saya demi untuk kemajuan anak bangsa kita bersama...Terima Kasih..Sekiranya cikgu mempunyai masa atau ruang boleh lah sekiranya cikgu emel kan pada saya di
    (poknik81@gmail.com)boleh jugak kita berkongsi2 modul PBS ting 1 nanti..Saya yang berharap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tidak terlibat dengan pbs sejarah tingkatan satu. nnti saya akan masukkan beberapa contoh daripada kawan cikgu sekolah ini. tapi mungkin lambat sikit sebab saya tengah sibuk dengan kerja kursus ii

      Padam
    2. cikgu..sy pun mahu mnta jasa baik ckgu emailkan cntoh instrumen pbs ting.1..sy masih pening2 dgn pbs..hrp ckgu dpt membntu.azyasny@gmail.com

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. terima kasih cikgu ! cikgu dah banyak tolong saye nanti saya akan tanya beberapa soalan lagi, Terima Kasih sangat2 !!!

    BalasPadam
  6. time kasih cikgu sbb bnyk mmberikan tunjuk ajr...bnyk yang diperlukan disini...

    sye nk tnye..kalau yang orang sumber di elemen 1,kene ade dialog nk bkti temu ramah kan cikgu??..boley x sye letak i/c shje??..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ic untuk lampiran sahaja

      orang sumber mesti ada transkrip

      kalau tak ada awak boleh buat melawat tempat kajian sahaja
      ambil gambar kat lokasi perusahaan dijalankan

      Padam
  7. Cikgu..saya pun mahu minta jasa baik cikgu tolong emailkan contoh instrumen pbs sejarah ting.1. Harap cikgu dapat membantu saya.email saya awekzguitar89@yahoo.com.my

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tidak terlibat dengan pbs tingkatan satu. lebih elok cari sumber yang sahih.

      Padam
  8. cikgu.bole x saye nk minte bantuan cikgu utk mndptkan no phone pengusaha kuih bahulu ini
    krn saye pon sdg mmbuat kajian ttg kuih bahulu ini

    BalasPadam