CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 3 Mei 2012

Hasil Kajian- perusahaan logam/ gril ( Norzakiah Salleh )


Hasil Kajian
a. maklumat asas produk
i.          nama produk

produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah barangan berasaskan logam. Pengusaha ini mengeluarkan besi , aluminium dan zink. 
                 


ii.         kategori
kimpalan membuat kerja-kerja besi.

iii.        nama pengusaha / syarikat / status hak milik

produk logam ini telah diusahakan oleh encik azli bin baharom. Beliau telah menubuhkan perusahaan ini mulai tahun 2008 sehingga sekarang. Encik azli bin baharom merupakan pemilik tunggal perusahaan logam ini.
iv.        Lokasi
tempat kajian yang dilakukan oleh  saya beralamat di nombor 16 kampung bukit bendar, bukit kepong muar. Ianya terletak kira-kira 26 kilometer daripada Bandar muar. Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar Bandar.

b. latar belakang
             i. sejarah kewujudan
 perusahaan logam ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Ianya dilakukan   oleh Encik Azli bin Baharom bersama ayahnya iaitu Encik Baharom bin Jamal. Logam ini dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu permintaan daripada penduduk kampung dan juga dari permintaan ramai.

ii.         punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
pada awal perniagaan barangan berasaskan logam ini, Encik  Azli bin Baharom meneruskan legasi keluarga iaitu ayahnya Encik Baharom bin Jamal. Kini, perusahaannya dimiliki secara sendiri. Beliau menyatakan bahawa modal permulaan perniagaan logamnya ini hasil dari simpanan sendiri yang berjumlah RM20 ribu ringgit.
iii.        tujuan / kepentingan produk
produk dijual  kerana ingin memenuhi keperluan setempat dan juga kerana hasil permintaan umum yang banyak. Setiap hasil jualan setiap reka bentuk , ia dapat meraih harga jualan yang tinggi. Natijahnya di sini, semakin cantik dan menarik hasil reka bentuk, semakin banyak keuntungan yang dapat diperoleh oleh encik azli bin baharom.


c. kaedah atau cara penghasilan
i.          tenaga kerja
tenaga kerja bagi perusahaan logam ini seramai 2 orang. Gaji bagi setiap pekerja ialah rm50 untuk setiap hari. Umur para pekerja ialah 27 tahun dan 66 tahun. Mereka dari golongan orang tempatan. Pengalaman bekerja sudah hampir 6 tahun. Mereka bekerja sepenuh masa.

ii.         senarai bahan yang digunakan
menurut encik azli bin baharom, bahan utama adalah besi. Selain itu, barang-barang hiasan bagi menghias hasil reka bentuk.
                                
  •   Besi                                                              
  •  power weld
  • Paku                                                                       
  • cat

iii.        senarai peralatan
antara senarai peralatannya ialah widing set, mig, pemotong besi, grender, lori, bengkel, oxy cutter, sit drill, walding
                                
  •  MIG weld                                    
  • widing set                                  grender                                                                                                        
  • oxy cutter                                 
  • gergaji                                           
  •   sit drill                                                           
  • Lori                                                              
  •  walding



iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan
Proses pembuatan
                                                                       
1        Dalam pemprosesan pemotongan                          
2. peyanbungan rod-rod besi
 3 .  Proses meyembur cat                                       
 4 .  proses pengeringan
       5 . Pemasangan                                               
      6 . pemasangan selesai

v. spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran
menurut Encik Azli bin Baharom, sebanyak 4 atau 5 buah grill dapat disiapkan dalam sebulan.  Ianya bergantung kepada permintaan dan tempahan orang ramai.

d. perkembangan produk
i. rangkaian pemasaran
Pada masa ini pengusaha mengeluarkan barangannya mengikut tempahan dan permintaan orang ramai . Ia memasarkan barangannya mengikut  nama perniagaan  AZLI BB ENTERPRISE. Beliau menerima tempahan daripada penduduk setempat dan kawasan persekitaran iaitu di Labis dan Bukit Kepong.

ii. pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan

Sambutan dari para pelanggan amat menggalakkan. Mengikut kajian saya perniagaan berasaskan logam encik azli bin baharom ini sudah semakin berkembang. Permintaan terhadap barangan juga semakin meningkat. Menurut encik azli bin baharom, kadang-kala kerana terlalu banyak permintaan dalam satu masa membuatkan beliau dan para pekerja terpaksa bekerja lebih pantas untuk mengimbangkan masa bagi menyiapkan semua hasil tempahan pada waktu yang sudah diatur dan untuk memuaskan hati para pelanggan.

iii. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi keuntungan yang diperoleh
perniagaan ini telah berkembang dan telah dipasarkan sehingga ke sime darby plantation di kuala Selangor dan bandaraya Melaka. Keuntungan yang diperoleh dalam perniagaan ini telah mencecah RM100 hingga RM200 untuk sebuah grill dan RM1000 hingga RM1500 untuk sebuah garaj.

iv.        cabaran / masalah yang dihadapi
antara cabaran yang dihadapi ialah wang pusingan modal tidak mencukupi. Selain itu, beliau juga menghadapi masalah pelanggan yang lewat membayar bil yang diserahkan setelah penghantaran barangan dilakukan . Keadaan ini menjejaskan perniagaannya kerana akan menyebabkan modal pusiangannya akan berkurangan.Terdapat juga beberapa masalah sampingan seperti peralatan yang ingin digunakan mengalami kerosakan. hal ini menyebabkan beliau susah untuk melicinkan perjalanan perniagaannya.

v.         potensi produk
pada masa ini beliau menjangkakan produk buatannya akan berterusan daripada segi permintaan. Ini adalah kerana bilangan taman perumahan mula bertambah dengan pesat di bandar Labis dan Segaman. Jarak
perniagaan ini berpotensi untuk ke luar Negara seperti di singapura dan Indonesia. Beliau telah menerima tawaran untuk membuat kerja-kerja kimpalan di sana. Namun begitu, beliau masih belum terfikir untuk melangkah sejauh itu. Namun, itulah peluang yang ada baginya untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.

vi.        perancangan masa hadapan
menurut encik azli bin baharom, beliau ingin mempelbagaikan lagi hasil rekaan beserta memperluaskan kawasan perniagaan. Beliau juga berharap agar orang ramai dapat menempah rekaan beliau dengan lebih banyak lagi. Beliau juga terfikir untuk mengupah beberapa orang untuk bekerja dengan beliau di bangsal.

2 ulasan:

  1. Cikgu,, mcm mana nak buat Langkah Kawalan Mutu utk kerepek pisang ye ?

    BalasPadam
  2. cikgu macam mana kalau pertukangan kayu?

    BalasPadam