CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 22 April 2012

Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012


Cara tulis hasil kajian

  1. Tajuk kajian

Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang

  1. Senarai kandungan

Bil
Perkara
1
Tajuk kajian
2
Senarai kandungan
3
Penghargaan
4
Objektif kajian
5
Kaedah kajian
6
Hasil kajian
6.1. maklumat asas produk
6.2. latar belakang
6.3.kaedah / cara penghasilan
6.4. perkembangan produk

7
Rumusan
8
Lampiran
9
Rujukan



  1. Penghargaan

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bin Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu Bin Harun dan Khamis Bin Syawal kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini.  Sekian terima kasih.



  1. Objektif kajian
1.      Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
2.      Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
3.      Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
4.      Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

  1. Kaedah kajian


Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .
3.                  Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada pukul 2.30 petang di lokasi XXXX.
4.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

  1. Hasil kajian

    1. maklumat asas produk tempatan

  i.    nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah dan pisang lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
-         contoh barang keluaran lain ( kalau ada )

 ii.    kategori 

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan  iaitu kerepek pisang.

iii.    nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat ABC ini  mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal ( tuan punya ) perusahaan kerepek pisang ini.

iv.    Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.

- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu tapi detail sikit .

    1. latar belakang
  i.    sejarah kewujudan

(penerangan saya -  bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )

Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
-         kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

 ii.    punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunakan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi

Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii.    pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

-         phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
-         kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja
-         kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan
-         lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
-         nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

iv.    tujuan / kepentingan produk

-         ( penerangan saya ) kenapa produk dijual
-         kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan / syarikat pemaju/ kilang

Contoh huraian
Kerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di beberapa kawasan di sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart dan Nirwana. Pengusaha membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu. Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan harga RM 4.00.
Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam jumlah pesanan yang agak sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.
( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )

    1. kaedah / cara penghasilan

  i.    tenaga kerja
-         berapa tenaga kerja diperlukan
-         adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM 600 ke RM 900 )
-         bilangan pekerja/ umur / jantina
-         sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )
-         kemahiran yang ada pada pekerja
-         kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman berapa tahun bekerja
-         pekerja sepenuh masa / separuh masa
contoh
- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu dalam  penghasilan kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu kerja –kerja pengeluaran daripada awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat dan berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan bekerja daripada pukul 8.00 hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik A bin B tidak bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam kesemua proses pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkannya. Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang mentah.

 ii.    senarai bahan yang digunakan

-         bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.
Contoh

-         Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut bagi menyiapkan satu pengeluaran / sehari
-         Pisang tanduk – 50 kg
-         Minyak masak  – 5  kg
-         Garam – 200 gm
-         Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu
-         Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan
-         Tak perlu detail

iii.    senarai peralatan
-         bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
-         Kuali -
-         Tong gas – 1 unit
-         Alat Tapisan – 2 unit
-         Dulang – 10 unit
-         Plastik –
-         Mesin pemotong pisang

-         ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua

iv.    proses kerja / peringkat penghasilan bahan

-         pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses iaitu
-         aktiviti a
-         aktiviti b
-         aktiviti c
-         aktiviti d
-         buat gambar proses pengeluaran dijalankan
-   sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran

Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan dibuang kulit luarnya dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit luar dibuang pisang tersebut akan direndam dengan air untuk membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-nipis. Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam lubang pada mesin pemotong pisang. Hasilanya akan mengeluarkan satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah kira-kira setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak dan garam . Tujuan  garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah bagi menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam yang sesuai hendaklah dibuat supaya minyak bercampur  garam tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin pelanggan tidak akan membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang seragam.

    1. perkembangan produk
  i.    kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh

sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

 ii.    cabaran / masalah yang dihadapi

Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah  beliau pernah berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang. Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga  belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah permintaan dikurangkan oleh pembeli.
Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

iii.    potensi produk
Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

-          
iv.    perancangan masa hadapan

Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang panjang.

Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.

  1. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah  kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan  beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita  berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.


Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini  adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada  pengusaha  dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni  seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh  bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah  menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

  1. lampiran
    1. gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )
    2. peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas sahaja
    3. dokumen – lesen / photostat/ gambar lesen
    4. bahan lain yang berkaitan
  2. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

buku
Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbit
Contoh
Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

Jurnal
Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbit
Contoh
Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

Ensiklopedia
Tajuk, jilid, tahun terbit

Akhbar
Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

Orang sumber
Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

Melawat tempat kajian
Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

Majalah
Nama majalah, tarikh , tahun

Internet
http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )





220 ulasan:

  1. Lengkap!

    Soalan 1 : cume gambo2 die je saye pening.
    dekat saye, saye ade gambo

    1) Saya depan tempat kajian
    2) Saya dengan pengusaha
    3) Saya sedang melakukan kajian
    4) gambo IC penemu-bual

    cikgu... empat2 gambo tu lekat dalam lampiran ke?

    Soalan 2: untuk elemen 1 tu yang buku tu saye amik dri buku rujukan KHB sebab kajian saye ade kene-mengene dengan kajian saye and saye x cukup untuk elemen 1 sebab saye cume boleh buat untuk

    1) Sumber internet
    2) Transkrip ( Temubual )
    3) Buku ( yang baru saye jelaskan tadi )
    4) Akhbar ( x boleh amik dri internet? )

    Kalo cikgu ade cadangan untuk elemen 1 saye cikgu kasi je, insyaALLAH saye dapat menyiapkan kerja kursus ini secepat mungkin, penghujung bulan 4 ni kene hantar dh.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak dah ada
      1. internet
      2. orang sumber/ trasnskrip
      3. melawat tempat kajian ( gambar awak depan tempat kajian )

      cari satu lagi aja

      gambar ikut mana yang sesuai
      - boleh masuk semua dalam lampiran
      - masukkan ikut huraian hasil kajian
      - tengok macam saya tuliskan pada hasil kajian tu yang tanda biru

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. nama produk,lokasi,kategori,dan nama pengusaha kena letak dalam perenggan yang sama atau berlainan

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu satu

      ikut macam saya buat kat atas tu

      Padam
    2. cikgu contoh kalo sye letak nama produk satu kertas,lokasi satu kertas, kategori satu kertas yg berlainan .. boleh x???

      Padam
  4. assalam cg. saya tk pham nk buat transkrip temu bual cam ne... boleh tlg tk??

    BalasPadam
  5. lol.. rabu bin harun dgn khamis bin syawal.. mesti dah xde idea nak letak nama ape.. hahaha... sy amek sikit yg pnghargaan tu :)

    BalasPadam
  6. assalam,, nk tanya.
    untuk rujukan bg bahan buku,, tempat diterbitkan tu nak tulis negeri sahaja ke atau alamat penuh. sbb buku saya ada alamat penuh.

    BalasPadam
  7. cikgu , yang tenaga kerja tu wajib ada gaji pekerja , jantina dan masa bekerja ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja saya masukkan. tak perlu sangat. kalau ada lagi nampak real.
      buat anggaran saja untuk gaji. untuk pekerja kadang-kadang dia laki bini saja kerja. tulislah pengusaha melakukan kerja dengan bantuan isterinya tanpa mengupah pekerja. tengok tempat awak buat kajian.

      Padam
  8. saya nak tanya bagaimana dengan
    benda ini . ianya kene buat karangan. cuba cikgu terangkan kat saya.
    iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

    - phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
    - kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja
    - kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan
    - lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
    - nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perniagaan ini didaftarkan atas nama Ali Bin ABu yang beralamat di no 5 Kampung Sudah Maju, 84040 Muar, Johor. Beliau memiliki lesen perniagaan dengan SSM dengan nombor pendaftaran 1234567890

      Padam
  9. cikgu nie elemen 2 kan ... elemen 2 kena ada 15 halaman keatas kan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. hasil kajian sahaja biasanya 15 muka surat termasuk gambar/ lesen/ lampiran lain macam peta dll

      Padam
    2. oooo campur ngan semua tu.. risau gak tak cukup tulisan shj 15 muka surat

      Padam
  10. lokasi kajian tulis alamat tempat berniaga atau alamat rumah dia?

    BalasPadam
  11. Thanks cikgu.... Cikgu is so helpful... :)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. nak tnya, benda ni kena ada bukti dkt lmpiran/elemen 1 ke ? kalau info tu takde dkt elemn1 atau lmpiran mksudnye tak leh terima la erk ? bru igt nak tipu skit.. hehe

    BalasPadam
  14. ckgu..cmne nk wt soalan2 temubual?

    BalasPadam
  15. cikgu macam mana menulis pendaftaran lesen??

    BalasPadam
    Balasan
    1. huraian
      - ada atau tidak
      - ada
      - didaftarkan atas nama apa/ nama perniagaan / nama orang / tarikh perniagaan dimulakan
      - photostat
      - kalau dia tak bagi ambil gambar sahaja
      jadikan lampiran


      kalau tak ada
      - tuliskan aja pengusaha tiada lesen

      Padam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Roti tu dikategorikan sebagai makanan ape ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. makanan aja
      sebab makanan tradisional tak boleh
      , kalau makanan moden lagi tak boleh

      Padam
    2. Spesifikasi produk tu macam mane ye ? x faham lah. Tolong terangkan .

      Padam
    3. coklat lak?? diketegorikan sbgai ape?? :/

      Padam
    4. kalau Nasi Lemak makanan tradisi ka??

      Padam
  18. salam cikgu razak,
    kaedah kajian televisyen bolehkan??
    lpastu nak tulis ape erk??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh

      pastikan rancangan/ siaran tv tu
      1. ada
      2. ada tarikh
      ada masa siaran
      tv berapa
      pukul berapa sampai pukul berapa

      nak bagus
      kalau ada jadual rancangan siaran itu dipancarkan


      agak susah sikit

      Padam
  19. Salam cg. 1 soalan je ni nak tnye. camane nk buat objektif kajian utk tajuk pakaian - batik terima kasih :D dan sy juga x beberapa paham camane nak buat lampiran...lampiran ni mcm dia nak logo, peta dimana letaknya kilang batik tu kan? Yg lain dah settle Alhamdulilah. Tlg ye cg. sekali lg terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorrrry lambat balas

      objektif kajian dia tak ikut apa yang kita buat
      objektif kajian boleh sama tak kira kita buat bahulu ke , baju ke , keris ke dll

      macam saya punya objektif tu semua boleh pakai/ kalau nak kaitkan dengan pakaian masukkan sahaja pakian dalam objektif tu.

      lampiran mesti ada 3 sahaja
      - gambar proses buat batik
      - peta lokasi ke tempat batik tu dihasilkan
      - lesen pengusaha/ photostat atau gambar lesen
      - dll yang sesuai macam pamplet syarikat/ majalah syarikat

      Padam
  20. saya buat kraftangan pasal crystal , saya tak faham lah macam mana nak buat :) ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu nak cakap apa dah!
      dah banyak saya tuliskan
      masih tak faham
      ............

      Padam
  21. salam cikgu , saya nak tanya langkah-langkah kawalan mutu macam mna ?

    BalasPadam
  22. salam cikgu. Bagaimana mahu menulis tentang proses kerja bagi pakaian???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanyakan kat pengusaha tu macam ana prosesnya daripada awal sampai habis

      kita tak boleh karang-karang gitu gitu aja...

      Padam
  23. Cikgu saya nak tanya saya membuat kajian tentang kerepek pisang.....saya tak jumpa maklumat di internet mengenai elemen 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana-mana enjin carian boleh dirujuk
      google/ yahoo/ altavista

      Padam
    2. http://www.teknologimakanan.com/2009/12/cara-nak-buat-kerepek-pisang.html

      Padam
  24. salam cikgu.
    saya buat kajian pertukangan kayu.ianya sedikit susah kerana orang yang dikaji berada di kelantan.boleh tak saya hanya reka mengenai dia:))

    BalasPadam
  25. cikgu, saya ada masalah dengan elemen 1, saya buat pertukangan logam,. saya dah cuba cari buku pasal pertukangan logam tapi takde. tapi kalau katalog produk daripada pengusaha pertukangan logam tu boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya boleh.....
      pelajar saya cari buku pasal pertukangan logam pun tak jumpa.
      tanya cikgu awak boleh tak.
      kalau dia setuju masukkan sebagai elemen 1

      Padam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Cikgu, objektif kajian dan kaedah kajian perlu dibuat dalam bentuk karangan atau pointform?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana-mana boleh
      saya guna pointform aja lagi senang

      Padam
  28. Assalammualaikum cikgu...sy nak tnya nih..
    maklumat asas produk tempatan tuu kena buat semua dalam satu esei ke?? ataupun kena buat pecahan macam
    i. nama produk (satu esei)
    ii. kategori (satu esei)
    iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik (satu esei)
    iv. lokasi (satu esei)

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu-satu
      esei kat sini cuma huraian sahaja
      bukannya panjang
      semua tu i,ii,iii dan iv rasanya tak sampai 2 muka pun
      masuk peta lokasi kajian pun ada 3 helai sahaja.

      rasanya awak faham esei tu huraian panjang ... tak .. pendek aja.

      Padam
  29. Hi cikgu , bolehkah risalah dikira sbg salah satu kaedah kajian ? Bagaimana nak tulis rujukan nya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh
      kalau jadi lampiran boleh

      rujukan ikut macam contoh saya buat

      Padam
  30. Hi, Cikgu. Bolehkah cikgu ajar saya tulis keistimewaan/kelebihan/keunikan tentang batik tak ? Terima kasih~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak boleh cari dalam internet
      kelebihan batik malaysia
      cari
      dapat
      ambil point dia
      masukkan dalam huraian awak

      Padam
  31. assalam cikgu ? sya nk tnya skit , hasil kajian mklumat asas produk tempatan tu , kna buat satu2 ke ?

    1 - nama produk
    2 - kategori
    3 - nama pengusaha / syarikat / status hak milik
    4 - Lokasi

    BalasPadam
  32. Bolehkah saya menggunakan kertas hiasan untuk menulis tajuk kajian ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh
      bebas
      kertas a4 biasa pun boleh
      yang colour-colour pun boleh
      yang ada bunga-bunga
      yang ada kartun pun boleh

      budak sekolah saya macam-macam ada

      Padam
  33. salam...cikgu kalau buat transkrip je boleh ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk trasnkrip ialah untuk elemen satu sahaja

      Padam
  34. blog ni banyak sangat membantu . terima kasih :)

    BalasPadam
  35. cikgu. lokasi tu boleh letak gambar google maps tak ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah
      buat peta ringkas sahaja
      macam peta orang kawin tu tapi detail sikit
      ada nama jalan
      ada nama lorong atau bangunan
      buat sendiri pun boleh

      kalau boleh print daripada google map lagi baguus.
      pandai ke ?
      kalau pandai guna google map lagi cantik

      Padam
  36. cikgu saya nak tanya.. Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu
    - Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan
    - Tak perlu detail......nk cari kat mna??

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak buat apa hafiz?

      contoh bahulu
      pergi kat yahoo/ google search proses buat bahulu.
      dah dapat
      printkan
      ikut susunan proses daripada mula sampai habis/ packing
      masukkan dalam elemen dua

      Padam
  37. salam,, cikgu,, kalau objektif kajian tu bwat dalam karangan tak pe ke?

    BalasPadam
  38. asalammualaikum cikgu.
    cigu, yang objektif kajian dalam bentuk karangan kew atau point?
    sebab guru sekolah saya cakap dalm karangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cikgu awak cakap macam karangan buat ikut cikgu awak cakap. kalau nak gunakan saya punya buangkan nombor dia dan huraikan sedikit berkaitan dengan objektif kajian tu. tak ada masalah

      Padam
  39. kalau nak buat temu bual camne ?boleh cikgu bgi link nyer ,sy nak tgk contoh jee
    Btw, thank a lot

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sempat buat temubualnya
      tapi kalau awak ikut hurian hasil kajian saya/ elemen 2 awak akan tahu macam mana nak buat trasnsripnya.
      sorry tak dapat tolong.

      Padam
  40. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. saya punya orang muar .... takkan awak orang muar
      2. pengusaha saya orang muar ... pengusaha awak orang mana , nama apa, berapa pekerja , berapa gaji pekerja , sejarah perushaaan dia macam mana, proses kerja macam mana ,

      saya punya untuk garis panduan sahaja. jangan copy paste nnti cikgu awak tanya ni kat muar johor...

      Padam
    2. kalau esei elemen 3 tak ada masalah
      copy paste aja.....

      Padam
  41. saya nak tanya ni tentang senarai bahan dan senarai peralatan.Saya buat tentang Adabi tp x de maklumatnye cmne...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pilih satu aja keluaran adabi. nak senang pilih rempah sahaja. pilih satu. maklumat kena cari kat pengusaha adabi tu. kilang besar dia kat mana saya tak tahu. serch kat internet cari alamat. baru pergi.
      kat sana tanyakan tentang maklumat berkaitan dengan pengusaha dan pengeluarannya ( elemen 2 )
      proses macam biasa , ambil gambar ... baru tulis huraian

      Padam
    2. senarai bahan boleh dapatkan daripada pengusaha itu. untuk gambar boleh ambil daripada internet, search imej sahaja kemudian masukkan dalam elemen dua/ bahagian huraiannya

      Padam
  42. Cikgu, Sesi temubual tu tulis tak? Kalau letak, letak dekat bahagian mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. elemen 1
      bahagian orang sumber

      pada rujukan
      buat orang sumber
      nama/ umur/ alamat tempat tinggal

      Padam
  43. assalamualaikum ckgu mcm mna kalau hasil kajian tuu kita tak buat lawatan .. nak ganti dengan apa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pilihan lain bagi elemen 1

      - buku
      - majalah
      - internet
      - akhbar
      - jurnal
      - orang sumber

      Padam
  44. Assalamualaikum,
    Bahan drpd blog cikgu byk memberi manfaat dan informasi buat sy membantu anak sy menyiapkan tugasannya. Syukran ya mu`alim. Allah sahajalah yg membalas budi baik cikgu.

    BalasPadam
  45. tapy klau saya buat sikit pada yang cikgu buat bleh x
    ???

    BalasPadam
  46. Alhamdulillah, saya dapat banyak informasi dari blog cikgu.. Terima kasih cikgu sebab kongsikan maklumat tentang kerja kursus sejarah ini. Jasa cikgu amat dihargai.

    BalasPadam
  47. Salam cikgu, saya buat pasal makanan (kerepek). Kalau dia ada perusahaan kerepek di rumah dan menjual di pasar tani. Yang mana satu patut saya pilih sebagai kawasan kajian? Perusahaan di rumahnya atau di pasar tani?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah
      sebab kat situ ada papan tanda perniagaan
      lagi senang

      Padam
    2. kalau nak masukkan gambar masa berniaga kat pasar malam atau tempat lain pun boleh.
      masukkan dalam elemen dua bahagian huraiannya

      Padam
  48. salam...saya xdak gmbaq bersama pengusaha..saya cuma ada gmbaq pengusaha ,gmbaq pekerja membasuh kerepek pisang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh
      tak ada masalah

      boleh jadikan dia orang sumber
      tapi mesti ada wawancara

      satu lagi boleh jadikan melawat tempaat kajian dalam elemen 1

      Padam
  49. Salam, Cikgu.. saya tak suka buat folio,knp kite kene buat folio ??? penat tangan jer buat folio..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tiga tahun saya buat benda ni
      awak baru dua tiga bulan dah penat

      komitmen !

      Padam
  50. salam,kalau buat tajuk bangunan sultan abdul samad,boleh ke cikgu.?

    BalasPadam
  51. This is very helpful. Thank you.

    BalasPadam
  52. Assalammualaikum cikgu, nasib baik sya terjumpa blog cikgu niy.contoh contoh niy banyak membantu sya cikgu. Tq. Cikgu, boleh tak kalau cikgu postkan cotoh Keistemewaan/ kelebihan/keunikan.

    BalasPadam
  53. Cikguuuuu , thanks byk2 ! sgt membantu, saya dah siap elemen 2 and 3. cuma elemen 1 tu kan.. saya buat sumber internet, orang sumber.. kalau yg melawat tmpat kajian tu just kena letak gmbar, masa dgn tempat je ke? dan saya kurang satu sumber.. kalau sumber majalah gabung skali dgn buku teks boleh tak? klu x boleh dkat sumber majalah tu letak satu jenis majalah je boleh? sbb saya tgk kwn2 saya buat elemen 1 tebal2.. harap cikgu dpat balas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. majalah satu sumber
      buku teks tak boleh jadi sumber
      buku rujukan pmr / spm / stpm tak boleh

      ensaiklopedia - boleh
      jurnal - boleh

      Padam
    2. untuk majalah
      photostat muka depan ( tengok tajuk / nama majalah/ tarikh / edisi

      potostat muka dalam yang ada cerita pasal kajian kita
      berapa helai tak kisah
      kalau banyak dan lengkap lagi bagus

      tak perlu dua tiga majalah
      satu cukup

      Padam
    3. kalau surat khbar dlm internet x boleh kan?

      Padam
  54. cikgu hasil kajian kene bwat dlam bntuk point eh?saya ingat dlam bntuk karangan

    BalasPadam
  55. terime kasih cikgu...jasa guru akan dikenang sampai bila2 :D

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum , cikgu . Nak tanya . Kalau rujukan melalui akhbar , kena buad tentang berita mengenai produk yang kita buad jugak ke ? Boleh tak buad mengenai berita produk lain tapi masih dalam tajuk yang sama ?

    BalasPadam
  57. cikgu ketas kuning ngan biru semuanya ada bapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak faham apa makna awak. warna kertas tak mempengaruhi kerja kursus . bilangan muka surat hasil kajian aja yang mesti 15 / elemen 2

      Padam
  58. Assalamualaikum cikgu.
    Saya nak tumpang tanya dengan cikgu untuk bahagian 'senarai bahan yang digunakan' dengan 'senarai peralatan' tu kena ada unit dia ke? contohnya mcm kg , 1 unit

    BalasPadam
  59. cikgu smua gambar letakkn di lampiran ke?
    termasuk gmbar cara pembuatan,contoh pek besar,bahan-bahan dan peralatan?

    BalasPadam
  60. cikgu macam mana nak huraikan objektif kajian.
    boleh tlg masukkan :P

    BalasPadam
  61. slm hi ckg saya ada soalan,yg hasil kajian tk payah buat dlm bentuk essay ke?

    BalasPadam
  62. it help me so much~~ thanks o a lot~^^

    BalasPadam
  63. ckgu, klu cth esei ilmiah utk seni dan kebudayaan. sy amik tjuk trompah. mcm mne nk create tjuknye ye?bole bg briefing x? ngee~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semstinya berkaitan dengan tajuk kita seratus peratus. boleh ambil secara keseluruhan sahaja. tak perlu fokus tajuk kita.

      Padam
  64. as'salam cikgu blh sy minta tlg... blh x uat borng soal selidik ttg tema 4: perubatan moden (kesihatan ibu dan anak) tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak ada masa sekarang. saya sedang sibuk dengan tajuk kerja kursus sejarah tingkatan 3 buat masa ini. harap awak memahami saya. maaf.

      Padam
  65. Assalamu'alaikum Cikgu Razak. Saya tengah buat Kerja Kursus Ting.3 yang bertajuk Ekonomi Tradisional. Saya nak buat tentang ternakan lembu .Boleh tak cikgu tolong sediakan soalan yang perlu ditanya kepada pihak yang mengusahakannya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya masih belum mengambil sebarang tindakan untuk membuat kerja kursus sejarah tahun ini disebabkan oleh keadaan tajuk tahun ini yang sedikit mengelirukan kepada saya untuk membuatnya. tunggu sehingga saya mendengar taklimat daripada ketua penyelia kerja kursus dari ppd muar. mungkin persediaan awal akan saya buat dalam seminggu dua ini. tunggu ye.

      Padam
  66. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  67. Subjek matapelajaran Sejarah, soalan tentang Ekonomi, dan rumusan pula berunsur Patriotisme..Memang keliru dibuatnya..

    BalasPadam
  68. heheheboleh tak tolong masukkan gambar cover depan and page utk setiap sumber tu?

    BalasPadam
  69. cekgu,kalau hasil kajian kurang lima belas m\s takpeke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh 15 muka surat. sebab kita guna huraian untuk membuatnya. pada saya perlu 15 muka surat bagi hasil kajian. kalau cikgu awak cakap tak apa ikut dia aja

      Padam
  70. cikgu kalo tajuk yg diberi ialah kegiatan ekonomi tradisional di malaysia,camne plak.... saye nk wat tentang perikanan... tp x de idea nk wat.... tolong cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fokus nelayan kat satu satu kawasan. jadikan nelayan tempat awak sebagi orang sumber. tankan dia latarbelakang/ penglibatan / cara bekerja/ hasil dia dapat/ masalah dll mcam tajuk yang lain jugak

      Padam
  71. Cikgu, macam mana nak temubual orang tu? nak mulakan macam mana? dan apa yang nak ditemubualkan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mulakan ngn bismillah dulu la.....

      Padam
    2. temu ramah paling susah......

      Padam
    3. sorrry lambat balas terlepas pandang
      betul macam kata zack antebellum. ikut dia

      Padam
  72. nur ain : awk rujuk kertas soalan kerja kursus .
    page 3 . hasil kajian
    no satu (maklumat asas) tanya semua .
    no dua (latar elakang) pilih empat .
    no tiga (sumngn / pengaruh kpd keluarga / masyarakat) pilih empat.
    no empat (prospek) semua

    BalasPadam
  73. kerja folio thn ni memang susah dan mengelirukan.....!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tiru semua yg cikgu berikan........ dan ubah skit boleh x..?

      Padam
    2. yang saya buat sebagai panduan. baca macam mana huraian ini dilakukan dan ditulis. adjustkan dengan tajuk masing-masing

      Padam
  74. kalau nk wt maklumat asas tu,, satu mke surat ke.?
    1-nama produk (satu m/s)
    ii. kategori (satu m/s)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak
      sambung terus
      cuma nasihat saya muka surat berlainan bagi empat-empat huraian tu

      Padam
  75. cikgu kalo saya dapat tajuk kegiatan ekonomi tadisional macam mane.....saya dah buntu nih x tau nak wat???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut step
      1. pilih tajuk- dah saya keluarkan/ kalau boleh yang senang awak nak buat terutama berkaitan dengan orang sumber.
      2, baru teruskan dengan kehendak dia satu-satu macam saya tuliskan .
      dah boleh mula...

      Padam
  76. ni lagi best cikgu.. terima kasih cikgu.. mcm sesetengah blog tk secara detail camni.. terima kasih sekali lagi.. ^^

    BalasPadam
  77. askm cikgu.... sy nk minta penerangan &pertolongan cikgu untuk membuat kerja kursus tentang kegiatan ekonomi tradisional
    (pertanian)...

    BalasPadam
  78. terima kasih cikgu..ini sangat membantu saya..
    btw..macama mne nak buat elemen 3

    BalasPadam
  79. cikgu kalau tak buat lampiran takpe ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lampiran
      1. pelan lokasi tempat kajian
      2. gambar berkaitan hasil kajian/ proses pengeluaran/
      3. kalau ada keluarkan pamplet pun boleh jadikan lampiran.

      Padam
    2. ok..dah siap dah...TQ Cikgu Razak

      Padam
  80. cikgu macam mane nak buat tugasan 2
    yang karangan tu saya tak tau??

    BalasPadam
  81. Salam cgu, hasil kajian mesti 15 muka surat? kalau maklumatnya semua lengkap tapi tidak sampai 15 muka surat, cam na? boleh diterima?

    BalasPadam
  82. boleh. tapi boleh adjust jadi 15 muka surat. sebab cara kita persembahkan tu ada huraian guna ayat. nasihat saya guna ayat yang panjang sikit untuk apa-apa bentuk penerangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. hasil kajian ni mesti berpandukan semuanya dari yang kita kaji? maksud saya tempat yang kita kaji? apa yang kita persembahkan di folio mesti berpandukan tmpat yang kita kaji?

      Padam
    2. ye .. betul tu. tapi gambar boleh ambil daripada internet bagi melengkapkan huraian

      Padam
    3. ok.. d lampiran smua gambar tu kah? hasil kajian cuma esei?

      Padam
    4. pada hasil kajian ada bahagian lokasi . masukkan peta mudah ke tempat pengusaha itu berada. pada hasil kajian ada bahagian proses masukkan gambar yang berkaitan dengan apa yang kita terangkan . pada bahagian lampiran ialah bahan lain contohnya photostat lesen perniagaan dia/ pamplet pada bungkusan makanan yang dia keluarkan / logo keluaran/ dll.

      Padam
    5. bole copy dari sumber untuk lampiran?

      Padam
    6. boleh
      tapi tak perlu sebab elemen 2 punya hasil kajian dah ada lampiran sendiri - gambar dll maklumat

      Padam
  83. cikgu , objektif kajian no 2 cikgu taip ' Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah ' ........... sampai 'langkah' shj ke ? mcm ayat tergantung je cikgu? atau cikgu lupa untuk menyambungkan ayat seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah dan proses penyediaannya.

      Padam
  84. cikgu mcm mane nk buat transkrip temubual tu ? tak paham lah

    BalasPadam
  85. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  86. salam cikgu nak tanya kalau orang sumber...perlu ada temubual ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ada kalau nak jadikan elemen 1. buat sikit temubual/ wawancara. pada bahagian rujukan nanti jangan lupa bahagianorang sumber masukkan nama dia/ alamat/ no kad pengenalan dan umur

      Padam
    2. terima kasih...satu lagi cikgu saya dah 3 bahan untuk elemen 1...boleh cikgu bagi saya cadangan untuk mencukupi 4 bahan.harap cikgu pertimbangkan

      Padam
    3. cuba masuk kat label kerja kursus sejarah pmr 2013 yang saya buat bulan april ni

      Padam
  87. cikgu, elemen 1, kalau buku ilmiah dan akhbar atau majalah, ada tak contoh mcm kerepek pisang, kebetulan sy buat tajuk yg sama. harap bls secepat mungkin,

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak cari buku berkaitan dengan penanaman pisang pun boleh. tak semstinya berkaitan dengan kerepek pisang. itu lebih mudah daripada cari tentang kerepek pisang. untuk akhbar banyak yang tentang kerepek pisang. cari metro

      Padam
  88. Assalamualaikum cikgu saya nak tanya kalau saya buat tajuk telur masin, akhbar atau majalah mana yang saya boleh ambil??...saya boleh tak letak penternakan itik? ..Harap cepat bls.?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua dua boleh - penternakan itik atau penghasilan telur asin

      Padam
  89. Cikgu objektif kajian kena buat perenggan ke ?

    BalasPadam
  90. Cikgu boleh tnye sikit x...sye membuat tentang penjual nasi lemak...lampiran nk letak ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar proses membuat nasi lemak( macam mana mula sampai habis - basuh beras, kelapa parut/ menanam / penyediaan bahan lain / , bahan nak buat nasi lemak( gambar beras, kacang tanah, lada kering, timun , telur, daun pisang - gambar boleh ambik dari internet. kalau berniaga ada lesen masukkan lesen dalam lampiran

      Padam
  91. Kalau tugasan esei tu,nak dpat rujukan dari mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. esei saya dah buat . nnti saya buat versi yang kedua. lama sikit.

      Padam
    2. Harap cikgu dpt post dgn segera..folia nak kena hantar bulan mei ni

      Padam
  92. Salam , cikgu boleh tak saya buat tentang perniagaan kedai runcit . Boleh tak cikgu bagi contoh transkrip yg kena catat dalam elemen 1 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.
      transkrip kena buat sendiri.
      pergi jumpa pekedai tu.
      tanyakan maklumat
      1. nama dia / alamat/ no ic
      2. bila dia mula berniaga/ berapa modal mula
      3. macam mana dia membesarkan perniagaannya.... panjang sikit hurain kat sini.
      4. apa masalah yang dia hadapi
      5. apa harapan masa depan dia

      Padam
  93. cikgu, saya buat pasal nasi lemak. boleh ke? perlu kah letak pasal asal usul nasi lemak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. DIA TAK SURUH BUAT ASAL USUL NASI LEMAK. YANG DIA SURUH IALAH SEJARAH AWAL PEMBABITAN ORANG YANG JUAL NASI LEMAK TU MACAM MANA. BILA DIA MULA TERLIBAT DENGAN USAHA MENJUAL NASI LEMAK, BERNIAGA AWAL MCM MANA , PERSEDIAAN DIA NAK BUKA KEDAI TU MODAL DLL

      Padam