CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 Ogos 2017

TB PT3

LATIHAN 6
Cerakinkan ayat-ayat berikut kepada dua ayat tunggal.

1.      Puan Lina masuk ke dalam bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat.
·         Puan Lina masuk ke dalam bilik mesyuarat.
·         Puan Lina mengedarkan minit mesyuarat.

2.      Rohana mengemaskan ruang tamu sambil mendengar radio
·         Rohana mengemaskan ruang tamu.
·         Rohana mendengar radio.

3.      Lai Meng dan Syarmila akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.
·         Lai Meng akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.
·         Syarmila akan mewakili sekolah untuk pertandingan syarahan.

4.      Ayah hendak ke Labuan pada hari Isnin atau Rabu?

·         Ayah hendak ke Labuan pada hari Isnin?
·         Ayah hendak ke Labuan pada hari Rabu?

5.      Klinik Gigi Sri Mutiara akan dibuka pada setiap hari  kecuali hari Ahad.
·         Klinik Gigi Sri Mutiara akan dibuka pada setiap hari.

·         Klinik Gigi Sri Mutiara tidak dibuka pada hari Ahad.

1 ulasan:

  1. cikgu,bolehkah kamu membantu saya untuk meyemak karangan yang telah saya tulis ? esok mau.kerana spm

    BalasPadam