MEMBETULKAN
KESALAHAN EJAAN
LATIHAN 1
Dalam setiap
ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada
ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
- Pertunjukkan
kebudayaan itu dimulakan selepas ucapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan.
- Ayah
dan ibunya sering menasihatkan Akmal agar belajar dengan bersunguh-sungguh
jika ingin berjaya.
- Kami
berjaya mencari rumah Anita berpandu peta yang diberikan oleh Anita.
- Kakak
Salina akan keluar negara pada tahun depan untuk melanjutkan pelajaran.
- Lembu
yang hendak disembeleh itu ditambat di belakang rumah Pak Akob.
- Bola-bola
yang dimasukkan kedalam bakul itu akan disimpan di dalam stor ini.
- Yang
Dipertuan Agung telah mencemar duli melawat kilang batik itu dan baginda
diiringi oleh Raja Permaisuri Agong.
- Semua
anggota jawatan kuasa itu mati akal memikirkan cara untuk menyelesaikan
masalah kewangan persatuan itu.
- “
Jemputlah masuk, Pak Cik. Ayah sedang bersiap di atas,” kata Yusri kepada
Pak Cik Isa.
- Tiap
hari Sabtu ibu akan ke pasar tani untuk membeli barang keperluan dapur.
- Tukang
masak itu membubuh cili serbuk ke dalam masakan itu agar pedas.
- Kamal
memang suka makan goreng pisang di gerai Pak Amid.
- Datuk
hendak menanam lain-lain buah-buahan di kebun pisangnya itu.
- Puan
Lee singgah di gerai itu untuk membeli mee goreng.
- Penanaman
padi yang diusahakan secara mini estet dapat meningkatkan pendapatan
petani.
- Ayah
memasang alat penghawa dingin di dalam bilik tidur adik.
- Pengetua
dan guru turut membincangkan lain-lain hal berhubung dengan masalah
disiplin pelajar.
- Abang
saya memiliki mini studio untuk digunakan sebagai tempat latihan nyanyian.
- Kakak
menghadiri temuduga sebagai tukang masak di hotel terkenal itu.
- Plan
pembangunan itu belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
- Kempen
anti jenayah dilancarkan untuk memerangi kegiatan jenayah.
- Kes
penipuan sekim pelaburan melalui internet harus dipandang serius oleh
pihak berkuasa.
- Setiap
kali sebelum tidur kakak akan menyapu losyen di badannya.
- Adik
dimarahi oleh ayah kerana menonton television terlalu dekat.
- Sania
redha dengan takdir yang kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan
semalam.
- Hubungan
diplomasi antara negara Malaysia dengan negara China sudah terjalin sejak
Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
- Para
pelancung dari Eropah itu sedang
menikmati keindahan alam di Pulau Perhentian.
- Adik
menonton basikalnya setelah tayar basikalnya bocor.
- Kita
mestilah berhemah ketika berbelanja bagi mengelakkan pembaziran.
- Kecelakaan
jalanraya yang menimpa keluarga Ani menyebabkan dia menjadi yatim piatu.
- Jamil
merasa cemburu melihat keakraban Marina dengan Sabri.
- Gadis
itu kelihatan lemah-longlai orangnya dan disenangi oleh semua yang
mengenalinya.
- Nian
indah pemandangan di puncak Gunung Kinabalu ini.
- Ana
berkulit hitam manis dan rambutnya kerinting.
- Terdapat
beranika beg tangan dijual di pasar malam itu.
- Aidit
yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakunan yang telah dipelajari
ketika di sekolah.
- Pelayan
Restoren Niza menghidangkan masakan Thai kepada pelanggannya.
- Pelbagai
kuih-muih yang dijual di pasar tani itu kelihatan enak belaka.
- Kebanyakkan
peserta SUKMA 2015 itu menginap di Kampus UITM Arau.
- Kebanyakan
perkampungan pendalaman Sabah kini telah dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan asas.
- Sheila
mengirimi surat kepada keluarganya di kampung untuk bertanyakan khabar.
- Cikgu Zuraidah meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan Kamus Dewan.
43. Bimbingan
insentif akan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam
dari masa ke masa.
44. Alimin
menculik sos tomato di dalam piring dengan jemput-jemput yang dibuat oleh ibu
mereka.
45. Pembenaan
jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
46. Pengusaha
ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
suka hati kepada pemborong.
47. Junaidah
hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana tidak mahu kes
itu berpanjangan.
48. Satu
lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan ngeri itu akan diserahkan kepada
Menteri Pengangkutan.
49. Semua
pelajar di sekolah diwajibkan melibat diri dalam kegiatan kokurikulum yang
dijalankan.
50. Kosmitik
yang dibuat daripada bahan beracun tidak dibenarkan dijual di negara ini.
51. Beranika
jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dengan harga
berpatutan.
52. Atlit
yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan bagi setiap pingat
emas yang dimenangi.
53. Pendidikan
pra-sekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
54. Pilihanraya
kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada
awal minggu lepas.
55. Walaupun
tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang
menarik.
56. Runtuh
akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gangsterisme.
57. Selepas
upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
58. Kami
singgah di Restoran Dali untuk menikmati pelbagai masak tradisional Melayu pada
minggu yang lalu.
59. Lepasan
sekolah teknik dan vokeysional akan diberi peluang bagi menceburkan diri dalam
bidang perniangaan dan industri kecil.
60. Kanak-kanak
itu bertepok tangan sebaik sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan
kemerdekaan tanah air selesai.
nak jawapan kerana nak semak jawapan betul atau salah
BalasPadamcikgu ada jawapan dak
BalasPadam