CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 1 Mac 2018

Novel Darah Titik di Semantan


1.      Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan.
2.       Datuk Bahaman  merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua.
3.      Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung ( balai polis ) di Lubuk Tertua tanpa berunding dengannya.
4.      Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris.
5.      Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan
6.      Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan.
7.      Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.
8.      Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran.
9.      Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh.
10.  Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan.
11.  Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh.
12.  Selain  itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.
13.  Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancangan untuk menyerang Inggeris di Bentung.
14.  Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung.
15.  Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil.
16.  Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
17.  Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesama bangsa sendiri. 
18.  Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan.
19.  Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir  Batu Hampar semula.
20.  Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris.
21.  Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara.
22.   Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji.
23.   Datuk Panglima Raja menembak  ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.
24.  Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman.
25.  Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawanLubuk Terua semula.
26.  Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris.
27.  Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung. 
28.  Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu.
29.  Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.
30.  Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan