MEMBETULKAN
KESALAHAN AYAT
LATIHAN 1
Dalam setiap
ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
1.
“Terima kasih atas kesudian
pihak sekolah mengundang kami untuk menyampaikan ceramah ini kepada murid-murid
sekolah ini,” kata Datuk Ahmad.
2.
“ Kita ingin mengetahui tarikh
dan tempat pengagihan bantuan kemanusiaan ini,” kata beberapa orang wartawan kepada
pegawai itu.
3.
“ Sebagai anak, dia harus
menghormati dan mendengar nasihat daripada ibu dan ayah,” kata Halim kepada
Murad.
4.
Ketua Polis Daerah ini ialah yang
berusaha Encik Osman bin Bahari dan beliau mula bertugas pada tahun 2010.
5.
Mengapakah tujuan penduduk
kampung berkumpul di padang pada pagi itu?
6.
Siapa yang berminat menyertai
pertandingan drama Komsas diminta menghadiri sesi uji bakat esok.
7.
“ Kamu perlu cari jalan
terbaik untuk mengatasi masalah ini,”
kata ayah kepada abang.
8.
Puan Lim membawa ibunya
bersiar-siar di taman untuk tenangkan hati ibunya itu.
9.
Pergerakan ahli perniagaan yang
disyaki terlibat dalam pengedaran dadah itu diekori oleh pihak polis daripada masa
ke masa.
10.
Program itu diadakan demi untuk
memupuk amalan mebaca dalam kalangan murid.
11.
Para peserta kem itu tiba ke tapak
perkhemahan tepat pukul 10.00 pagi.
12.
Dalam suasana yang kelam itu,
kami tidak dapat mendengar nama yang dipanggil ke pentas.
13.
Ketiga orang budak yang hilang
itu akhirnya ditemukan di sebuah rumah kosong di taman ini.
14.
Ada setengah peniaga yang
mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal pada musim perayaan.
15.
Setiap petang, pemain-pemain
badminton sekolah akan berlatih selama dua suku jam.
16.
Encik Jalil dan keluarganya
tinggal di rumah pusaka itu sejak berpuluh tahun yang lalu.
17.
Murid yang ingin menyertai
rombongan itu perlu mendapat pengesahan dari ibu bapa masing-masing.
18.
Romi menemui sejambak kunci
yang sudah berkarat di tepi pagar rumahnya.
19.
Ketua pengawas mencuba untuk
meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua orang murid itu.
20.
Cantik sungguh tikar mengkuang
yang ditenun oleh Nenek Piah.
21.
“Kita tidak dapat mengikuti
lawatan ke Pusat Sains Negara,” kata Amir.
22.
“Patik berasa gembira kerana
Hang Tuan berjaya mengalahkan musuh,” titah Raja Ali.
23.
“Perlawanan suku akhir ini amat
penting untuk kami,” kata jurulatih bola jaring itu kepada pemain.
24.
Dua orang pelajar itu didenda
oleh guru disiplin kerana kami merokok.
25.
Puan Kamilah memegang erat-erat
anaknya semasa melintas jalan.
26.
Azlin terpaksa tidur berbantalkan
dengan tangannya kerana tiada bantal.
27.
Barang-barang di dalam bilik
itu saya sudah kemas pagi tadi.
28.
Jambangan bunga ini telah ayah
hadiahkan kepada ibu.
29.
Abang agak comel apabila
mengenakan baju Melayu serta samping.
30.
Oleh sebab ayah bertugas pada
hari raya pertama dan kedua, kami akan
pulang ke kampung pada hari raya ke-empat.
31.
Usahawan muda itu disenaraikan
sebagai orang paling terkaya di Malaysia.
32.
Anak bongsu Puan Halimah yang paling
tercantik sekali antara adik-beradiknya yang lain.
33.
Susan terus berlari dengan deras
untuk mencecah kaki di garisan penamat.
34.
Para pelajar tidak perlu menyalin
semula soalan itu di dalam buku tulis.
35.
“Janganlah kalian tersingggung
atas sikap Kak Lina,” kata Sarah kepada
rakannya Suri.
36.
Kerja yang sukar akan menjadi
mudah jika sekiranya kita bekerjasama.
37.
Pembinaan kilang di kawasan itu
dibatalkan sebab mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
38.
Farid bekerja di pasar raya itu
sambil menunggu keputusan peperiksaan.
39.
Saya yakin akan Aminah mampu
mengendalikan program itu dengan jayanya.
40.
Suresh tidak dapat mengikuti
lawatan itu kerana demam.
41.
Penerangannya nian jelas dan
semua pihak berpuas hati.
42.
Datuk akan terus mengusahakan
kebunnya sementara terdaya.
43.
Kami terkejut apabila
diberitahu yang ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya tadi.
44.
Ibu memasukkan santan bila daging
itu sudah empuk.
45.
Dania sudah dua hari tidak
datang ke sekolah sebab demam panas.
46.
“Ambillah mana buku yang kamu
suka,” kata Sin Hui kepada rakannya.
47.
Tidak ada siapa pun di rumah
Encik Kaasim pada hari itu.
48.
Saya yakin ada satu perkara
yang berlaku antara Misnan dan Iqram.
49.
Cik Suria telah menyerahkan
surat pekeliling itu ke ketua jabatan.
50.
Beliau akan membincangkan
perkara itu kepada ahli lembaga syarikat.
51.
Ayah menunggu ibu di luar bilik rawatan dalam perasaan berdebar-debar.
52.
Nenek suka duduk di sisi tingkap
sambil memerhatikan kanak-kanak bermain.
53.
Kakak Farra memang sayang dengan
kucing peliharaannya.
54.
Pasukan sorakan itu terdiri dari
para pelajar sekolah kami.
55.
Buku latihan itu kami sudah
serahkan kepada Cikgu Lee.
56.
Para pelajar itu sedang berlari
di tengah padang untuk waktu Pendidikan Jasmani.
57.
Saya menunggu Faris selama satu
setengah jam di kantin untuk pulang bersama.
58.
Keenam-enam butir nangka di dalam piring itu untuk kakak.
59.
Penjenayah itu bersenjatakan sebatang
pistol semasa merompak.
60.
Ada berapa orang pelajar sedang
membantu guru membersihkan padang.
61.
Para pemain-pemain harus
memiliki semangat kesukanan yang tinggi.
62.
Rambut adik sangat kusut-masai
kerana dia baru bangun tidur.
63.
Para penduduk di kampung saya saling
bantu-membantu antara satu sama lain.
64.
Sepanjang jalan ke kawasan itu
ditanami banyak pepohon yang rendang.
65.
Para-para pelajar yang
melanggar peraturan sekolah pasti akan dikenakan tindakan.
66.
Kakak sangat gembira menerima
kasut baru daripada ayah.
67.
Pemeriksaan terkejut sering
dijalankan di sekolah ini bagi mengelakkan kes-kes disiplin menular.
68.
Rambut Manimala kusut-masai kerana
ditiup angin kencang.
69.
Perempuan yang cantik itu adalah
kakak saya.
70.
Rombongan itu ialah dari negara
jiran.
71.
Sekolah saya adalah sebuah
sekolah yang terkenal di daerah ini.
72.
Bakat Azura ialah dalam bidang
masakan.
73.
Saya tidak boleh tidur semalam kerana
mengenangkan peperiksaan hari ini.
74.
Wanita yang berselendang biru
itu tidak ibu saya, tetapi mak cik saya.
75.
Majalah yang baru dilancarkan
itu ialah tentang budaya dan adat istiada Melayu.
76.
Oleh kerana abang pulang lewat
semalam, dia dimarahi oleh ibu dan ayah.
77.
Ibu bapa haruslah memerhatikan
perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.
78.
Razak Restoran menawarkan
potongan harga sempena cuti sekolah.
79.
Saya menerima surat dari abang
saya yang menetap di England.
80.Di zaman
moden ini, semua manusia berlumba-lumba mencari harta kekayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan