CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 24 Jun 2014

Tugasan Sejarah PT3



TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.



Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:


Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul  contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
·         Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia               ( cadangan )

·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh

 (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

149 ulasan:

  1. cikgu buat satu karangan lengkap leh :( please saya nak tahu camne karangan lengkap ~ sbb cikgu skolah saya x bagi tahu ape2 ~ dia cakap nanti tarikh 1/18 tu hentam je ape2 ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu awak belum pergi taklimat tu. nanti 1julai dia akan bagi panduan. jgn risau. hehe

      Padam
    2. ini contoh untuk isi 'kepentingan perpaduan kaum' kalau kita tambahkan sedikit peribahasa, berkemungkinan markah boleh diberi lebih. cuba letakkan peribahasa yang sesuai di setiap point2 :)

      ---> Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

      Padam
    3. tolong tentang kejohanan balapan

      Padam
  2. Assalamualaikum cikgu ,, (a), (b), (c), (d), (e) :- adakah soalan ini menyuruh saya menulis 1. ___ 2. ___ 3. ____ atau membuat rencana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu suruh buat rencana ... Kat atas tuu da tulis ... Saye pon kne buat bnde yg sama ... :)

      Padam
  3. Terima kasih cikgu untuk contoh ni. Tapi cikgu ada tak contoh karangan? saya masih pening dengan format ni. Gambaran tu nak letak macam mana? Sumber rujukan tu pun nak buat karangan ke? Kalau cikgu bagi contoh rencana lengkap lebih baik.

    BalasPadam
  4. nnti saya cuba buat. tunggu hari selasa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu,tu faktor menyumbang.....ape maksud......
      tu faktor yang baik kepada pengukuhan perpaduan kaum atau faktor yang xbaik kpd perpaduan kaum

      Padam
    2. cikgu tlong prcptkan boleh x.. sbb sy perlu siapkan sblum hari rabu nihhh.. lgi pun sy tggl kat hostel.. pleeaswee..

      Padam
    3. andy leong, tulis faktor yang baik yg menyebabkan kukuhnya perpaduan kaum sehingga hari ini.

      Padam
    4. cukuplah karangan ringkas sbg panduan kami cikgu . tq :)

      Padam
    5. aina,513,parti politik macam faktor yang xbaik ....??

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. Cikgu, adakah isi kandungan itu harus berkait dengan tajuk yg dipilih atau ikut sahaja isi kandungan di dalam senarai semak tugasan itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. title n content must be related dan jgak msti brtpatan dgn snarai semak tgasn. pling pnting jgn kluar topik

      Padam
  6. cikgu kalau bleh secepat yang mungkin :( masa sej saya hari isni ~Ni hari kedua puasa

    BalasPadam
  7. kenapa isu perkauman dikaitkan dengan
    1)pendidikan zaman british
    2)dasar pecah dan pemerintahan british
    3)pendudukan jepun

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam tajuk tu ada isu perkauman

      Padam
    2. apa contoh isu perkauman semasa pendudukan jepun?

      Padam
    3. aida, ingt x kita ada belajar smasa pendudukan jepun di tanah melayu, kaum melayu dan india dilayan agk baik krn pihak jepun ingin meraih kepercayaan utk mendapatkn tanah melayu...manakala kaum cina di tanah melayu dilayan teruk,dibunuh krn pd msa tu perang jepun-cina di tanah besar cina ...di situ ada unsur perkauman (sorry klau sy x jelas)

      Padam
  8. adoi kalau x dapat A subjek ni ~ musnah lah hidup~ cause xleh masuk kelas sains ~ cikgu tolong la kami ~ saya berharap cikgu akan buat contoh karangan tu ~

    BalasPadam
  9. terima kasih. sgt berguna cadangannya

    BalasPadam
  10. cikgu ? adakah soalan A , B , C , D , E , F , G , di buat secara berjadual ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bce blik soalan,, die mnte RENCANA .. fahami soalan yee

      Padam
  11. cikgu saya x faham sume nie,memeningkan kepala saya,lepas tu ape keperluan tempat kawasan kajian,??perlu ke?saya tak fham

    BalasPadam
  12. objektif kajian mcam mane ye?

    BalasPadam
  13. cikgu, saya tak paham dengan arahan die menyuruh untuk membuat rencana. adakah kami perlu menggabungkan kesemua bahagian a,b,c,d,e dan f sebagai SATU rencana atau kami perlu membuat satu rencana untuk setiap bahagian.maksudnya, satu rencana hanya untuk kepntingan perpaduan(bhg b)?

    tolong jelaskan. terima kasih.

    BalasPadam
  14. faktor mneyumbang kepada pengukuhan kaum. maksudnya peristiwa yg berlaku dalam sejarah?

    BalasPadam
  15. cikgu yang "Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum"tu maksudnya macam mana? saya konfius la :( bole cikgu tolong terang kan? harap cikgu sudi bantu saya mangsa PT3

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya, kat msia skrg aman damai xde pperangan. so, apa yg menyebabkan aman damai tu kukuh di msia ni tanpa sbrg peperangan.. faham tak? haha harap membantu lah.

      Padam
  16. Assalammualaikum cikgu ,sye hendak bertanye , yg cikgu maksud kan cadangan tuh , kne buad ayat sendiri or ambil dari rujukan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam :)
      dah terpapar kat sne CADANGAN ,, nak copy pun bole,, tpi lg bgus fkir sndri..

      Padam
  17. Terima kasih, cikgu. Saya pelajar dari MRSM dan maktab saya sudah mula PT3 sejarah, panduan ni banyak berguna buat saya.

    BalasPadam
  18. Tolong cikgu ,, x fhm mcm mne nk buat ? . minta sorg ajar kn ..

    BalasPadam
  19. Terima kasih cikgu sngt membantu, tp lebih baik kalau ada contoh karangan biar jelas sikit ..

    BalasPadam
  20. ***Cikgu , klw buat rencana tapi (2/3) perenggan blh x ? . *** sbb amik kat wikipedia . perenggan pertama pendek , perenggan kedua panjang ,, ..

    BalasPadam
  21. Terima kasih cikgu ia sgt membantu saye dlm membuat isi-isi penting tapi kalau isi itu dihuraikan sikit mungkin lagi faham dan lebih jelas

    BalasPadam
  22. Saya Nak Tahu cara Nak Buat Dia Cikgu Dgn Contoh,,,,,
    Kalau Boleh Jaw3apan Sekali

    BalasPadam
  23. Slala, cikgu 300 patah perkataan tu untuk setiap isi ke apa?

    BalasPadam
  24. Cikgu, so perancangan yg kene buat jadual kerja, objektif kajian, menetapkan kaedah kajian, menetapkan tajuk, etc semua kene tulis kt part yg mana ?

    BalasPadam
  25. selamat tengah malam :) saya ni masih mencari bagaimana hendak melaksanakan PT3 sejarah dengan sempurna :( Cikgu Razak tolong update isu semasa pasal PT3. Kalau kat Sarawak ni lambat sangat mereka pergi kursus. 1 Julai bermula baru tu nak kursus. Briefing pun belum lagi penerangan semua tu.

    BalasPadam
  26. Semoga Cikgu Razak dilimpahkan rezeki banyak2. amen

    BalasPadam
  27. cikgu saya tak faham part objektif kajian...

    BalasPadam
  28. Cikgu,jika saya salin balik semua contoh yg cg bqgi.saya dikira plagiat x

    BalasPadam
  29. salam sejahtera cikgu, boleh tak buat macam ni utk tugasan geo PT3? thanks.

    BalasPadam
  30. cikgu,blh tak cikgu buat satu contoh karangan?????? susahlah cikgu.

    BalasPadam
  31. Assalam, ckgu . Geografi pulak ckgu tak nak buat contoh ke .. saya mintak sgt . Ade contoh ..

    BalasPadam
  32. Terima kasih cikgu untuk contoh ni. Tapi cikgu ada tak contoh karangan? saya masih pening dengan format ni. Gambaran tu nak letak macam mana? Sumber rujukan tu pun nak buat karangan ke? Kalau cikgu bagi contoh rencana lengkap lebih baik.

    BalasPadam
  33. PT3 boleh tolong saya dah
    reply

    BalasPadam
  34. salam sejahtera cikgu, boleh tak buat macam ni utk tugasan geo,sej PT3? thanks.

    BalasPadam
  35. cikgu saya nak tanya..
    pada bahagian pengenalan kan ada point-point ini:

    · Dasar pecah dan perintah British
    · Sistem pendidikan zaman British
    · Pendudukan Jepun
    · Peristiwa 13 Mei
    · Isu agama dan budaya- trend terkini

    kita kena buat essay tentang point2 ni ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia tapi pendek aja. dah saya tunjukkan dalam posting terkini

      Padam
  36. Tak. Rujukan tu buat point point je. Contohnya :

    Internet :
    http://brainly.my/tugasan/6982

    BalasPadam
  37. buatcamni tak kira plagiat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpulanglah , cikgu bg cadangan mcm mne nk buat je .. klw nk lulus lh

      Padam
  38. Assalamualaikum . Nak tanye . Kalau sumber rujukan tu hanya dari internet saja , ada affect pada markah tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam . markah awk akan kurang sbb dari penambahan markah , mrkah akan lebih byk jika byk sumber yg diperolehi *sekadar menjwb :)

      Padam
    2. Ohh . Terima Kasih :) Tau x mrkh bg sumber rujukan tu berapa ?

      Padam
    3. Ada tercatat dlm kerts tugsan yg di beri guru awk .. saya pun lupa tapi . Sekurang krng nyer mau ade 3 sumber .. baru mrkah byk skit ;)

      Padam
    4. saya baru dpt td :) Ok terima kasih .

      Padam
  39. Thank you so much teacher. This information helped me as a non-muslim student very much. Thank you. This made me feel more confident to sit for PT3. Thank you :)

    BalasPadam
  40. cikgu, yg pengenalan bagi A tu cmna ya nak buat? hehee bingung la

    BalasPadam
  41. Terima kasih cikgu kerana membantu kami memahami dengn lebih teliti mengenai kerja kursus ni :D

    BalasPadam
  42. Balasan
    1. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. kat sekolah dia di bawah bidang kuasa HEM

      Padam
  43. Cikgu , boleh beritahu aspek sosial tentang kepentingan perpaduan kaun tak? Terima kasih

    BalasPadam
  44. terima kasih, ia akan membantu saya dalam PT3

    BalasPadam
  45. cikgu, mengapakah faktor menyumbang itu macam negatif sahaja. Adakah ia bermaksud misalnya peristiwa 13 mei itu telah menyedarkan kita betapa pentingnya perpaduan. Adakah huraian ini betul.

    BalasPadam
  46. sapa idea (share-2 lah) .. bg rencana ke ? huraian a) b) c) d) e) f) ke ?? .
    TOLONG !!

    BalasPadam
  47. Salam cikgu.

    Yang (c) tu Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum tu , Sistem Vernakular mcm faktor yang meruntuhkan je.

    Kalau cikgu on, sy harap cikgu reply secepat yang mungkin! Kalau tidak menyusahkan, saye harap cikgu boleh reply saye dkt email ni
    puteri.aida99@yahoo.com

    TQ

    BalasPadam
  48. kne bt smua point2 tu ke?... bkn ambik salah satu??.. peninggg

    BalasPadam
  49. harap sangat cikgu buatkan contoh rencana lengkap, dari tengahari sampai ke malam cari benda2 tu still tk paham lagi (._.) kadang2 rasa nak putus asa pun ada. :(

    BalasPadam
  50. nak tanya satu lagi! hehe
    kalau kita tiru bulat-bulat dari internet nnti tk diterima ke kerja kursus kita tu? dpt gred F eh? betul ke?

    BalasPadam
  51. macam mana nak buat FAKTA,HURAIAN serta CONTOH ?? . dan boleh ke copy bulat2 utk buat rencana sejarah ni ? tak dapat gred F ke ? :'(

    BalasPadam
  52. nak tanya! kalau kita punya rencana tu sebiji sama dengan kawan sekelas tak diterima ke ? sebab saya punya rencana betul2 sama dgn kwn saya punya. tapi kitorang cari2 sendiri je. tk kongsi laman web pun. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut dikira plagiat tu..tapi rasanya kan ada borang pengakuan..takder masalah kot nak sama..dalam 1 malaysia ni confirm ada yg sama punya dgn kita..

      Padam
    2. Maksud awak sama tu isi penting saja ke atau ayat skali semua nya sama ?

      Padam
    3. Rasanya x boleh kot . sebab arahan kata kene hasil usaha sediri dan x boleh ditiru . maknenye x boleh sama . yang boleh sama cuma isi je . cikgu saya yg kata . :)

      Padam
    4. ubahlah ayat tu jadi maksud yang lain..

      Padam
    5. tak boleh sama dengan kawan sebiji macam tu. dianggap meniru. nasihat saya buat rujukan untuk tambah isi masing-masing. jangan guna sumber yang sama dua-dua orang

      Padam
  53. Kerangka pelaksanaan tugas pun, tak boleh sama dengan classmate ea? aish, seramnye periksa tahun ni >,<

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sama sama buat . jangan tiru kawan punya

      Padam
    2. cikgu, soalan saya ni berkenaan dengan subjek Geografi. kita kene buat rencana jugak ea? dan, tajuk rencana tu kita kene masukkan tempat yang kita kaji ke apa?

      Padam
  54. Cikgu tentang proses awal tu saya x fhm la... boleh ke cari maklumat dan salin je atau pun mmg nak kena print maklumat yg kita cari... 20 markah banyak tu

    BalasPadam
  55. Cikgu apa fungsi pt3 ni.... benda ni buat saya stress giler cikgu... xleh fikir apa dah .. sebelum ni xla stress sangat tp pt3 ni memang saya xleh jawab lansung... pening tension stress... fikiran x tenang fikirkan benda ni... :( rasa minat belajar pon kurang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah masukkan cara / contoh macam mana rencana ni dibuat . boleh guna untuk rujukan. perjalanan awak masih panjang. ada 2 tahun ting 4 ,5 ada 2 tahun tingkatan 6 dan 3 tahun di universiti.....

      Padam
  56. cikgu,mcm mana nk buat rencana guna bhn rujukan internet? nak kena letak URL kt setiap perenggan ke apa cikgu? ataupun sebelum nak buat rencana? pening.. T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah macam tu.
      kita copy paste url tu kat bahagian rujukan aja

      Padam
  57. yg perancangan tu pening skit la... (10m) menyatakan sumber...

    BalasPadam
  58. cikgu,mcm mna nk huraikan tentang isu-isu perpaduan kaum??

    BalasPadam
  59. Kalau pendahuluan tu kita mula dari satu peristiwa boleh x ? Lepas tu baru verita psl perpaduan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kalau ada kaitan. kalau tak buang masa aja

      Padam
  60. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  61. cikgu bole x cikgu ajar saya macam mane nak buat Konsep Geografi PT3 saya x faham..

    BalasPadam
  62. Kalau bole cikgu bagi satu contoh

    BalasPadam
  63. · Dasar pecah dan perintah British
    · Sistem pendidikan zaman British
    · Pendudukan Jepun
    · Peristiwa 13 Mei
    · Isu agama dan budaya- trend terkini

    assalamualaikum cikgu . yang ini mesti diikut ke ? kalau saye ambil ini x kira sebagai plagiat ke ?

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum Cikgu , saye nk tanye skit ni ,,, kerja khusus ni nk buat dlam karangan atau dlam point boleh ke ??

    Harap balas ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya buat kat posting contoh huraian. mcm tu la

      Padam
    2. Cikgu, dlm 1point mesti ada contoh, huraian, dan fakta ke?? kalau tambah peribahasa boleh x?

      Padam
    3. tak ada masalah. cuma peribahasa lebih dekat pada mata pelajaran bm bukan sejarah. kalau ada msukkan sebagai pengukuh huraian sahaja.

      Padam
  65. weiyy lek ar . senang je kot nihh

    BalasPadam
  66. assalamualaikum cikhu , objektif kajian dan kaedah kajian bagaimana pula ?

    BalasPadam
  67. Ank2 pljr...apa yg cgu razak kongsikn di sini adalah sbagai garis panduan spy ank2 lbh nmpk dan jelas ttg kehendak soalan...isi2 yg dicadangkn boleh sm tp huraian ayat dan struktur ayt ank2 mestilah cuba berbeza dr kawan2...bykkn pembacaan dr sumber2 rujukn spy ank2 dpt kembangkn isi2 yg ank2 pilih nti dgn bernas...gud luck...

    BalasPadam
  68. salam cikgu apew objektif kajian pula..

    BalasPadam
  69. cikgu.. boleh terangkan mksud perpaduan kaum?

    BalasPadam
  70. cikgu , kepentingan mengekalkan kestabilan politik mcm mana ?

    BalasPadam
  71. cth :

    isi:_______
    huraian:__________
    contoh: ___________

    agak memeningkan ..

    BalasPadam
  72. apa yang cikgu kongsikan ni memang embantu,, cuma ada yang komen terus buat rencana ? bukan isi yang cikgu bagi tu sebahagian daripada kerangka kasar ke ??
    saya pening bila baca balik tadi ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan buat rencana macam karangan bm kita tu. sebab cara tulisan perlu berstruktur macam saya tunjukkan.bagi cikgu cara penandaan lebih senang

      Padam
  73. cikgu boleh masukkan contoh yang cikgu buat pt3 sejarah pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah. tengok balik atas label tugasan sejarah ni

      Padam
  74. Cikgu.. Terima kasih.. Memang membantu saya sangat.. Walaupun cikgu tidak mengenali pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini, cikgu masih berusaha untuk membantu kami yang berada dalam kekeliruan sebelum ini. May God bless you cikgu.. Terima kasih sekali lagi :)

    BalasPadam
  75. ckgu klu pngenalan sya x ade point2 kt ats 2 kna trima jga ke????

    BalasPadam
  76. boleh . tak adamasalah. yang ini panduan sahaja. buat pendek sikit pun boleh. cuma 5 markah aja

    BalasPadam
  77. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
    nak tulis kat mana ??? isi kandungan ?? tak faham kedudukan rencana nie

    BalasPadam
  78. thank you atas rencananya cip

    BalasPadam
  79. cikgu, kalau sumber rujukan dua shaja boleh ke?

    BalasPadam
  80. mesti ada tiga sekurang-kurangnya untuk markah penuh. buku/ internet/ majalah/ akhbar/

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum cikgu..saya pelajar dari SMKA Tun Said,Kota Belud..Baru baru ini saya ada praktikal PT3 rencana sejarah iatu proses kemerdekaan tanah melayu..saya tak faham la napa malayan union x boleh dmasukkan dlm rencana tu

    BalasPadam
  82. Assalamualaikum cikgu..saya pelajar dari SMKA Tun Said,Kota Belud..Baru baru ini saya ada praktikal PT3 rencana sejarah iatu proses kemerdekaan tanah melayu..saya tak faham la napa malayan union x boleh dmasukkan dlm rencana tu

    BalasPadam
  83. cikgu apa sbb dan latar belakang kerja kursus sejarah yg betul..

    BalasPadam
  84. Nin Tajuk Persetian Persekutuan PT3 Punnya ke?

    BalasPadam
  85. Nin Tajuk Persetian Persekutuan PT3 Punnya ke?

    BalasPadam
  86. assalamualaikum cg, utk pengenalan, brp perenggan? dan tulis satu isu shj atau banyak?

    BalasPadam
  87. macammana pula kalau nak buat pengenalan untuk isu-isu ancaman secara umum?

    BalasPadam