CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 5 Januari 2013

hukum TB e



151    Barang kemas yang hilang itu ditafsir bernilai dua ribu ringgit .
Barang kemas yang hilang itu ditaksir bernilai dua ribu ringgit .
152    Barisan menteri-menteri.
Barisan menteri
153    Barisan pemain-pemain Malaysia.
Barisan pemain Malaysia.
154    Barisan guru-guru
Barisan guru
155     Basikal ini bukan mahal.
Basikal ini tidak mahal.
156    Batu itu tidak terangkat budak itu.
Batu itu tidak terangkat oleh budak itu.
157     Beberapa askar membina jambatan sementara .
Beberapa orang  askar membina jambatan sementara .
158    Beberapa borang-borang…
Beberapa keping borang
159    Beberapa buah badaraya
Beberapa buah badar raya


160    Beberapa buah bangunan-bangunan canggih .
Beberapa buah bangunan canggih .
161    Beberapa buah kereta dilibatkan dalam kemalangan ngeri .
Beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan ngeri .
162    Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
163    Beberapa kerat sungai...
         Beberapa batang sungai
164    Beberapa orang peminat-peminat.
Beberapa orang peminat
165    Beberapa pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang.
Beberapa orang pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang.
166    Beg itu diperbuat dari kulit buaya.
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya.
167     Tolong beli saya sepasang kasut.
Tolong belikan saya sepasang kasut.
168    Beliau adalah orang yang pertama membiakkan...
Beliau ialah orang yang pertama membiakkan...
169    Beliau adalah orang yang pertama mengemukakan teori tersebut
Beliau ialah orang yang pertama mengemukakan teori tersebut
170    Beliau akan datang kampung ini .
Beliau akan datang ke kampung ini .
171     Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.
172    Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan.
Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan.
173     Beliau sering diundang memberikan ceramah .
Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah .
174     Beliau sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja.
Beliau sering diundang untuk membentangkan kertas kerja.
175     Beliau terpaksa berundur dari dunia politik atas sebab kesihatan .
Beliau terpaksa berundur daripada dunia politik atas sebab kesihatan .
176     Beliau turut menyentuhkan tentang perkara itu.
Beliau turut menyentuh tentang perkara itu.
177     Benang berasal dari kapas.
Benang berasal daripada kapas.
178    Benci orang itu
Benci akan orang itu
179     Bendera-bendera yang berwarna -warni berkibaran di sepanjang jalan.
Bendera yang berwarna- warni berkibaran di sepanjang jalan.


180    Beratapkan dengan langit .
Beratapkan langit .
181    Berbagai bidang.
Berbagai-bagai bidang.
182    Berbagai-bagai jenis makanan dihidang untuk tetamu.
Berbagai-bagai jenis makanan dihidangkan untuk tetamu.
183    Berbantalkan dengan lengan.
Berbantalkan lengan
184.
Berdasarkan laporan pegawai penyiasat
185    Beribu orang menyambut kedatangan Perdana Menteri.
Beribu-ribu orang menyambut kedatangan Perdana Menteri.
186    Berikan wangmu padaku.
Berikan wangmu kepadaku.
187    Berikut ialah senarai barang-barang.
Berikut ialah senarai barang.
188    Berita itu hanya sampai ke pihak polis
Berita itu hanya sampai kepada pihak polis
189    Berita itu telah diketahui sejak dari waktu subuh lagi.
Berita itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.
190    Berjaya aktiviti perkhemahan itu kerana kerjasama ...
Kejayaan aktiviti perkhemahan itu kerana kerjasama ...
191    Berlandaskan pada undang-undang .
Berlandaskan undang-undang .
192    Berpandukan pada kamus .
Berpandukan kamus .
193    Bersamaan surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.
Bersama-sama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.
194    Bersenjatakan dengan keris .
Bersenjatakan keris .
195    Bertilamkan dengan rumput .
Bertilamkan rumput .
196    Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat.
Beruang ini sakit. Beruang itu perlu dirawat.
197     Bila ada masa lapang, dia akan pergi memburu.
Apabila ada masa lapang, dia akan pergi memburu.
198    Bila hujan lebat, kawasan ini dinaiki air.
Apabila hujan lebat, kawasan ini dinaiki air.
199    Bila keadaan telah reda, saya akan ke bandar.
Apabila keadaan telah reda, saya akan ke   bandar.


200    Bilakah penceramah itu akan pulang.
Bilakah penceramah itu akan pulang ?

2 ulasan:

  1. ada lagi tak latihan macam ni?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam