CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 5 Januari 2013

HUKUM TB C




Dimaklumkan bahawa.
62     Adalah diumumkan bahawa…
Diumumkan bahawa…
63      Adik sedang baca buku di beranda rumah.
Adik sedang membaca buku di beranda rumah.
64     Adik suka makan  kuih muih yang dijual di kedai Siti.
Adik suka makan  kuih -muih yang dijual di kedai Siti.
65      Adunan roti yang sudah digaul harus dibiarkan ....
Adunan roti yang sudah diuli harus dibiarkan ....
66     Aduh sakit kakiku ini!
Aduh ,sakit kakiku ini!
67      Ady Putra mencelup seberkas sayur kangkung ...
Ady Putra mencelur seberkas sayur kangkung .
68     Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya .
Jika segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya .
69     Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah.
Agenda mesyuarat adalah seperti yang di bawah.
70      Ahmad lulus ujian itu dan adiknya gagal.
Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
71      Ahmad telah membesar dan memajukan perniagaannya.
Ahmad telah membesarkan dan memajukan perniagaannya.
72      Aimar terima surat daripada Yazzry.
Aimar menerima surat daripada Yazzry.
73      Aimilah pemain hoki yang paling terhandal.
Aimilah pemain hoki yang paling handal.
74      Air akar kayu boleh membaiki penyakit, iaitu darah tinggi .
Air akar kayu boleh menyembuh penyakit, iaitu darah tinggi .
75      Air berpunca dari gabungan hidrogen dan oksigen.
Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen.
76      Aizuddin memberikan Lia sekuntum bunga.
Aizuddin memberi Lia sekuntum bunga.
77      Aktiviti bersukan dapat menjamin kecergasan minda .
Aktiviti bersukan dapat menjamin kecerdasan minda..
78      Aku tidak peduli ke mana pun kamu pergi.
Aku tidak peduli ke mana-mana pun kamu pergi.
79      Albania ialah bukan negara ASEAN.
Albania bukan negara ASEAN.


80     Ali mempunyai saudara mara yang tinggal di Kedah.
Ali mempunyai saudara- mara yang tinggal di Kedah.
81     Ali mengorbankan jiwa dan raga.

82     Ali menunggu temannya hingga kepada petang.
Ali menunggu temannya hingga ke petang.
83     Ali tendang bola ke pintu gol.
Ali menendang  bola ke pintu gol.
84     Ambillah apa yang anda suka.
Ambillah apa-apa yang anda suka.
85      Amboi comelnya bayi ini!
Amboi , comelnya bayi ini!
86     Anda berasal daripada mana ?
Anda berasal dari mana ?
87      Anda mestilah memanjat tembuk ...
Anda mestilah memanjat tembok ...
88     Angin kencang itu bertiup daripada arah selatan.
Angin kencang itu bertiup dari arah selatan.
89     Anita suka bedak dan bercelak.
Anita suka berbedak dan bercelak.
90     Anjing itu garang. Ia terpaksa dikurung .
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung .
91     Anjing itu gonggong tulang.
Anjing itu menggonggong tulang.
92     Antara faktor-faktor kegagalan pelajar ...
Antara faktor kegagalan pelajar ...
93      Antara kedua tugas.
Antara kedua-dua tugas.
94     Antara lagu-lagu persembahannya ialah
Antara lagu persembahannya ialah
95      Antara maklumat-maklumat.
Antara maklumat
96     Antologi cerpen-cerpen.
Antologi cerpen
97      Anuar berasa tersiksa kerana kesakitan yang dialaminya .
Anuar berasa terseksa kerana kesakitan yang dialaminya .
98     Apa yang dapat kita perhatikan ialah cogan kata ...
Yang dapat kita perhatikan  ialah cogan kata ...
99     Apakah aku bersalah?
Apakah aku yang bersalah?


100    Apakah benar kata-katamu itu?
Adakah benar kata-katamu itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan