CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 5 Januari 2013

HUKUM TB D





101    Apakah dia menangis?
Adakah dia menangis?
102      Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
103    Api pelita itu melenggang- lenggok apabila ditiup .
Api pelita itu meliang- liuk apabila ditiup .
104    Askar-askar yang belut akan dikenakan hukuman .
Askar-askar yang belot akan dikenakan hukuman .
105    Asmah menyatakan ayam itu lapar.
Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
106    Usaha memperlebarkan jalan itu dihentikan
Usaha memperlebar jalan itu dihentikan
107    Ayah menjadi tanah pusaka itu sebagai cagaran
Ayah menjadikan tanah pusaka itu sebagai cagaran .
108    Ayah baru pulang daripada pekan.
Ayah baru pulang dari pekan.
109    Ayah beli sayur di pasar.
Ayah membeli sayur di pasar.
110    Ayah larang adik bermain di situ.
Ayah melarang adik bermain di situ.
111    Ayah membawa kami sekeluarga pergi beli-belah .
Ayah membawa kami sekeluarga pergi membeli-belah .
112    Ayah membeli adik buku.
Ayah membelikan adik buku.
113    Ayahnya akan balik pejabat pada pukul lima petang .
Ayahnya akan balik ke pejabat pada pukul lima petang.
114    Ayam goreng itu mereka makan.
Ayam goreng itu  dimakan mereka.
115    Ayam-ayam itu akan dikurung. Mereka akan disembelih.
Ayam-ayam itu akan dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih.
116    Azila menasihatkan Fauzi dan Saiful agar rajin belajar.
Azila menasihati Fauzi dan Saiful agar rajin belajar.
117     Bagi siapakah hadiah ini?
Untuk siapakah hadiah ini?
118    Bagi siapakah makanan ini?
Untuk siapakah makanan ini?
119    Bagi siapakah pinggan mangkuk ini?
Untuk siapakah pinggan mangkuk ini?


120    Bagi siapakah televisyen ini?
Untuk siapakah televisyen ini?
121    Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
122    Baginda mengurniai bintang kehormatan kepada Malek Mydin .
Baginda telah mengurniakan bintang kehormPaatgaen 6kepada Malek Mydin .
123    Bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran ...
Bahasa Melayu  antara mata pelajaran ...
124    Bahasa Melayu mampu berperanan sebagai bahasa pentadbir .
Bahasa Melayu mampu berperanan sebagai bahasa pentadbiran .
125    Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya…
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya…
126    Baju abang terambil bapa.
Baju abang terambil oleh bapa.
127    Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali.
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali.
128    Baju itu ialah cantik.
Baju itu adalah cantik.
129    Baju yang dipakai oleh Farhatun dibuat dari sutera.
Baju yang dipakai oleh Farhatun dibuat daripada sutera.
130    Baju yang paling labuh itu Hanis pakai.
Baju yang paling labuh itu  dipakai Hanis.
131    Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.
132    Bangunan itu adalah Daya Bumi.
Bangunan itu ialah Daya Bumi.
133    Bangunan itu diperindahkan untuk...
Bangunan itu diperindah untuk...
134    Bangunan itu paling tertinggi.
Bangunan itu paling tinggi.
135    Banyak kelakuan-kelakuan buruk.
Banyak kelakuan buruk.
136    Banyak langkah-langkah
Banyak langkah
137     Banyak lori-lori mengambil barang dari kedai runcit itu.
Banyak lori mengambil barang dari kedai runcit itu.
138    Banyak organisasi-organisasi.
Banyak organisasi
139    Banyak pelajar lulus dengan baik .
Banyak pelajar yang lulus dengan baik .

140    Banyak penuntun  datang untuk menyaksikan persembahan itu.
Banyak penonton datang untuk menyaksikan persembahan itu.
141    Banyak perkara-perkara.

Banyak perkara
142    Banyak barang-barang
Banyak barang
143.      Banyak sekolah
144    Bapa menyeret motosikalnya .
Bapa menyorong motosikalnya .
145    Bapa Barbara bekerja sebagai bank officer.
Bapa Barbara bekerja sebagai pegawai bank.
146    Bapa dibawa secawan kopi oleh kakak.
Bapa dibawakan secawan kopi oleh kakak.
147     Bapa dibawakan oleh kakak secawan kopi.
Bapa dibawakan secawan kopi oleh kakak.
148    Bapa saya akan  melawati ke negara Eropah tahun ini.
Bapa saya akan  melawati  negara Eropah tahun ini.
149    Barang ini lebih bermanfaat dari barang itu.
Barang ini lebih bermanfaat daripada barang itu.
150    Barang-barang ini datang daripada Timur Tengah
Barang-barang ini datang dari Timur Tengah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan