CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 24 Oktober 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

Bab 4. MASALAH SATIAH

  1. Mama menceritakan kisah Satiah dengan ringkas kepada papa semasa waktu makan
  2. Ayah Hartini berjanji akan cuba menziarahi keluarga Satiah dengan menggunakan alasan kerja
  3. Satiah tidak datang ke sekolah.
  4. Semasa papa pulang Hartini bertanyakan hal berkenaan keluarga Satiah. Bapanya menjelaskan bahawa Pak Morit ( bapa Satiah mengambil akar kayu untuk menyembuhkan demam anaknya )
  5. Papa menjelaskan bahawa masyarakat di sini masih mengamalkan cara perubatan tradisional
  6. Hartini resah mendengar penerangan daripada ayahnya namun ayahnya meminta Hartini bersabar dengan karenah ayah Satiah
  7. Cikgu Malik ingin melantik Hartini sebagai ketua kelab komputer yang bakal ditubuhkan. Dia diberi kepercayaan oleh Cikgu Malik kerana beliau berasakan Hartini telah didedahkan dengan komputer berbanding rakan-rakannya yang lain.
  8. Walaupun berat Hartini menyanggupi tanggungjawab yang diberikan hasil sokongan daripada Cikgu Malik
  9. Ayah Hartini menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan Pak Morit tidak membenarkan Satiah berkawan dengan orang lain. Ada kisah disebalik larangan itu yang melibatkan kematian anak perempuan Pak Morit sebelum ini. Pak Morit takut pisah berbuah dua kali
  10. Papa dapat meyakinkan Pak Morit dia akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Satiah

Bab 5 . AHLI BAHARU KELUARGA KAMI

  1. Satiah dijadikan anak angkat keluarga Hartini
  2. Sejak itu Hartini mendapat teman untuk belajar yang akrab juga sebagai saudara angkatnya
  3. Mereka makan , mandi , belajar dan tidur bersama-sama
  4. Selain rajin belajar Satiah juga ringan tulang ( rajin menolong mama di dapur , menyiapkan sarapan , bangun lebih awal , mengangkat kain di ampaian ,) , membasuh pinggan mangkuk
  5. Satiah disayangi oleh seluruh ahli keluarga Hartini
  6. Satiah dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam keluarga Hartini
  7. Pak Morit kerap menghantar hasil taninya ( pisang / sayuran kampung , keledek ke rumah Hartini. Mama membalasnya dengan memberi coklat , biskut dan makanan dalam tin untuk keluarga Satiah
  8. Satiah tekun menulis sesuatu dalam buku berkulit tebal. Hartini membiarkan sahaja perbuatan Satiah ini.
  9. Selang enam bulan mereka akan menghadapi peperiksaan lagi dua minggu
  10. Satiah dan Hartini serta rakan sekelasnya sibuk mengulangkaji pelajaran
  11. Satiah ditemukan Hartini dalam keadaan tertiarap dengan kesan tompokan darah pada bantal
  12. Keadaan Satiah lemah sekali. Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah mereka. Papa menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka berdua.
  13. Pak Morit menyatakan bahawa Satiah kerap berada dalam keadaan demikian . Ia sudah menjadi suatu kebiasaan pada keluarga mereka. Sejak tahun lepas Satiah kerap batuk berdarah.
  14. Menurut Pak Morit , Satiah telah diubati oleh dukun . Dukun memberitahu bahawa Staiah terlangkah benda kotor dan perlu dihantar ke sesuatu tempat untuk membuang benda yang berada dalam tubuhnya
  15. Papa mencadangkan agar Satiah dirawat di hsopital. Pak Morit menolak cadangan tersebut kerana menurut pesan dukun yang menghalang proses pengubatan
  16. Papa akhirnya berjaya memujuk Pak Morit membenarkan Satiah dirawat di hospital dengan alasan Satiah perlu mengambil peperiksaan
  17. Satiah dihantar ke hospital

Bab 6. SENYUMAN SATIAH MULAI TAWAR

  1. setelah menerima rawatan awal daripada pihak hospital , Satiah dibawa pulang. Namun begitu selang dua minggu lagi dia dikehendaki dihantar semula untuk menerima rawatan lanjut
  2. Pihak hospital telah mengambil contoh darah , air kencing dan kahak Satiah untuk dikaji
  3. Pada pukul 3.00 pagi Satiah mengaduh perlahan. Hartini terdengar. Hartini bangun lalu membuatkan air susu kerana sejak siang Satiah tidak makan apa-apa
  4. Rakan-rakan sekelas Satiah berasa bimbang dengan keadaan yang melanda Satiah.
  5. Kesemua rakan sekelas Satiah melawatnya di rumah Hartini. Mereka turut ditemani oleh Cikgu Malik dan Cikgu Anis
  6. Papa berjanji kepada mereka semua untuk membuat kenduri besar-besaran jika semua mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan