BAB 1 AKUR AKAN PERINTAH
- Bapa Hartini ( Encik Hasrul ) menerima surat tawaran kenaikan pangkat dari jabatannya
- Semua ahli keluarga mendengar dangan penuh syukur dan gembira
- Bapanya dikehendaki bertukar ke tempat yang baru yang ditugaskan untuk membangunkan pengeluaran pertanian masyarakat orang asli
- Bapanya terpaksa bertugas di kawasan pedalaman negeri Pahang.
- Keluagra mereka membayangkan keadaan serba kekurangan yang bakal mereka hadapi di tempat yang baru
- Bapa Hartini berjaya menyewa sebuah rumah di pekan Jerantut untuk mereka diami.
- Keluarga mereka sibuk membuat persiapan untuk berpindah
Bab 2 TERSALAH SANGKA
- Mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Jerantut pada waktu pagi
- Ramai sahabat handai yang datang menziarahi ke rumah mereka semasa mereka mahu bertolak untuk mengucapkan selamat jalan
- Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 5 .00 petang di Kampung Kuala Batu
- Mereka disambut oleh penduduk kampung dengan mesra
- Rumah mereka sebuah rumah kayu yang beratap genting yang memiliki empat buah bilik , dua buah bilik air dan ruang tamu
- Hartini bangun pagi . suasana pagi di kampung buat pertama kali dirasainya. Bunyi ayam berkokok , bunyi cengkerik dan bunyi burung-burung di hutan yang berdekatan membuatkan hatinyanya berasa ada kelainan
- Jiwanya berasa damai dengan kesegaran udara di kawasan itu
- Bapa Hartini berkunjung ke pejabat untuk melihat keperluan untuk bekerja pada minggu depannya
- Kawasan itu juga menerima pembangunan seperti mana kawasan yang lain walaupun tidak semaju Kuala Lumpur
- Pada petangnya rumah mereka dikujungi oleh penduduk kampung yang membawa buah-buahan sebagai buah tangan seperti pisang dan keledek
- Keluarga mereka betah tinggal di kawasan itu kerana semua urusan dapat dilakukan
Bab 3. SEKOLAH BAHARU KAWAN BAHARU
- Hartini Ayu dimasukkan ke kelas Tiga Teratai dan diperkenalkan dengan semua pelajar kelas itu oleh Cikgu Malik
- Rakan sekelasnya mengulurkan salam perkenalan ( kelas ini seramai 25 orang / 15 perempuan 10 lelaki )
- Hartini mendapati nama mereka sedikit pelik – Ineng , Sinda , Ambok dan Meranu
- Hartini mendapati seorang lagi murid iaitu Satiah sedikit pendiam
- Suasana kelas tidak banyak berbeza dengan kelasnya di KL sebelum ini
- Apa yang berbeza pada pelajar sekolah ini ialah baju , kasut dan beg mereka sedikit lusuh
- Para pelajar di kelas itu menunjukkan disiplin belajar yang tinggi semasa berada di dalam kelas.
- Hartini mencadangkan agar pelajar di kelas itu membuat kumpulan belajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang
- Satiah menyatakan beliau tentu sukar mendapatkan kebenaran bapanya untuk turut sama dalam kumpulan belajar ini
- Bapa Stiah akan memukulnya jika ada rakannya datang ke rumah. Bapa Stiah tidak mahu Satiah terpengaruh dengan cara kehidupan orang lain.
- Hartini berhasrat meminta bantuan daripada papanya dalam menyelesaikan kemelut ini.
- Satiah merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas itu. Cikgu Hanafi selalu memuji setiap hasil kerja dan karangan Satiah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan