CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 4 November 2009

soalan tatabahasa : simpulan bahasa

Simpulan Bahasa
Jawab soalan berdasarkan jawapan yang diberi.

1 Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar B. jalan belakang C. jalan pintas D. jalan tengah

2 Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A.mengambil peluang B.mengambil langkah C.mengambil berkat D.mengambil masa

3 Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A.gelap mata B.putih mata C.rambang mata D.Rabun mata

4 Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A.terang hati B.sampai hati C.cekal hati D.ada hati

5 Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.
A.tulang belakang B.keras tulang C.ringan tulang Dtulang empat kerat


6 Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A. membuka tembelang B. membuka langkah C. membuka mulut D. membuka mata


7 Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.
A. darah gemuruh B. darah caging C. darah muda D. darah dingin

8 Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".
A. kata sepakat B. kata hikmat C. kata dua D. kata putus

9 Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A ada hati B. cekal hati C. kecil hati D. rendah hati

10 Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.
A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati

11 En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.
A. rendah diri B. mata duitan C. pilih kasih D. hidung tinggi

12 Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu B. berhati perut C. bertegur sapa D. bertikam lidah

13 Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan B. bekas tangan C. tangan sejuk D. tangan terbuka

14 Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................
A. anak tiri B. anak emas C. anak angkat D. cahaya mata


15 Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A ambil hati B iri hati C. cekal hati D. besar hati


16 Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............
A. bekas tangan B. tanda mata C. buah hati D. mengadu nasib


17 Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan B. guna tenaga C. temu janji D. jual beli



18 Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati B. jual mahal C. naik harga D. harga tetap


19 Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A . panjang akal B. panjang lebar C. panjang lidah D. panjang bicara


20 Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar B. khabar angin C. omong kosong D. mengadu domba


21 Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .
A telinga lintah B telinga pekak C pekak tuli D pekak badak


22 Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.

A. gelap mata B.rambang mata C.pening kepala D.rambang hati

23 Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola


24 Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A.ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

25 Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata

26 Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung


27 Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

28 Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A.berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah


29 Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja


30 " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata




31 Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal orang lain.
A.buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut


32 Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api

33. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

34. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan
B. ringan tulang
C. buah mulut
D. buah tangan

35. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang


36. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin


37. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. .
A. gatal tangan
B. lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan

38. Ismail ialah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti .................. .
A.minyak wangi
B. minyak hampir jatuh
C. minyak yang penuh
D. minyak masak


39. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan

40. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa

41 ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angin
B. Naik angin
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan


42. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati


43. Chua ............. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata


44 .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi


45 "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya.
A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua


46. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. .
A. makan hati berulam jantung
B. sudah jatuh ditimpa tangga
C. beringat-ingat sebelum kena
D. besar periuk, besarlah keraknya

set ringkasan 2

SET 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi tidak lebih daripada 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi itu dengan sempurna, pemakanan yang seimbang dan cukup amat penting. Seseorang bayi haruslah diberi makanan yang cukup mengikut peringkat umurnya. Makanan yang seimbang dapat menjamin proses pertumbuhan janin dan bayi yang baru lahir berkembang dengan sempurna. Pada peingkat ini pertumbuhan otak seorang bayi akan berlaku. Oleh itu, pertumbuhannya akan terjejas sekiranya ia tidak mendapat makanan yang seimbang.
Bayi yang menerima susu ibu tidak memerlukan sebarang makanan tambahan atau minuman lain dalam tempoh empat bulan pertama. Selepas bayi berumur empat bulan ke atas, makanan bijirin yang bukan pepejal boleh diberikan sebagai langkah permulaan. Kuasa penghadaman yang masih kurang matang menyebabkan bayi belum bersedia menerima makanan pejal. Masalah kegemukan yang berterusan mungkin berlaku jika pemberian makanan pepejal diberikan terlalu awal. Ketika usia bayi menjangkau enam bulan, dia boleh diberi makan buahbuahan. Buah-buahan segar lebih baik daripada buah-buahan dalam tin. Untuk memastikan bahawa bayi mendapat pemakanan seimbang, sebaik-baiknya dia diberi makanan yang disediakan di rumah. Untuk mengikuti kadar pertumbuhan bayi, ibu bapa digalakkan mencatat berat dan ketinggian bayi. Biasanya, sewaktu bayi berumur enam bulan berat bayi akan naik dua kali ganda. Sewaktu bayi berusia setahun beratnya pula akan naik tiga kali ganda.


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi tidak lebih daripada 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi itu dengan sempurna, pemakanan yang seimbang dan cukup amat penting. Seseorang bayi haruslah diberi makanan yang cukup mengikut peringkat umurnya. Makanan yang seimbang dapat menjamin proses pertumbuhan janin dan bayi yang baru lahir berkembang dengan sempurna. Pada peingkat ini pertumbuhan otak seorang bayi akan berlaku. Oleh itu, pertumbuhannya akan terjejas sekiranya ia
tidak mendapat makanan yang seimbang. Bayi yang menerima susu ibu tidak memerlukan sebarang makanan tambahan atau minuman lain dalam tempoh empat bulan pertama. Selepas bayi berumur empat bulan ke atas, makanan bijirin yang bukan pepejal boleh diberikan sebagai langkah permulaan. Kuasa penghadaman yang masih kurang matang menyebabkan bayi belum bersedia menerima makanan pejal. Masalah kegemukan yang berterusan mungkin berlaku jika pemberian makanan pepejal diberikan terlalu awal.
Ketika usia bayi menjangkau enam bulan, dia boleh diberi makan buahbuahan. Buah-buahan segar lebih baik daripada buah-buahan dalam tin. Untuk memastikan bahawa bayi mendapat pemakanan seimbang, sebaik-baiknya dia diberi makanan yang disediakan di rumah.Untuk mengikuti kadar pertumbuhan bayi, ibu bapa digalakkan mencatat berat dan ketinggian bayi. Biasanya, sewaktu bayi berumur enam bulan berat bayi akan naik dua kali ganda. Sewaktu bayi berusia setahun beratnya pula akan naik tiga kali ganda.

ringkasan set 1

SET 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Pemahaman.
(i) Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

(ii) Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang
kebaikan belajar secara berkumpulan?



Jawapan SET 1:
Ringkasan Karangan.
Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Pemahaman.
(i) Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan untuk menambahkan pengetahuan seseorang.

(ii) Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri untuk menjadi murid yang cemerlang.

penanda wacana

1. Turutan
- seterusnya, akhirnya, selain itu, selaras dengan itu, pertama sekali, lebih penting lagi, keduanya, kemudiannya.

2. Penambahan
- dan, sekali lagi, tambahan pula, kemudiannya, sebenarnya, lebih-lebih lagi, bertitik tolak, dalam hal ini juga, selain itu.

3. Kata Penghubung
- tetapi, serta, sungguhpun, lalu, agar, jika, walaupun, supaya.

4. Perbandingan/ Pertentangan
- tetapi, walaupun, sebaliknya, berbeza dengan, walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan, seperti halnya, sehubungan dengan itu, walau bagaimanapun, sekalipun, sama dengan, selari dengan, namun demikian.
Contoh
- contohnya, misalnya, seperti mana, umpamanya, apa yang dimaksudkan ialah, biar kita ambil contoh.

5. Masa
- akhirnya, dewasa ini, selepas itu, pada mulanya, sesekali, sebelum itu, semenjak itu, sementara itu, pada ketika itu, pada masa yang sama.

6.Kesimpulan
- oleh itu, jadi, pendek kata, rumusannya, kesimpulannya, pada keseluruhannya, sebagai penggulungan, jelaslah bahawa, demikian kesudahannya.

7.Umum
- dengan ini, justeru, amnya, sering kali, lazimnya, kebiasaannya, ramai/ umum berpendapat bahawa

karangan spm

1. Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara.
Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.

Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.

Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.

Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.

Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.


soalan 2.
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlakuSudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.


Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.


soalan 3.

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut.Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita.Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini.

Remaja bukan sahaja mampu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.

Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

soalan 4.
Negara kita pernah merancang untuk mempunyai jumlah penduduk mencecah 70 juta. Dasar ini dijangka mampu membawa banyak kesan positif dan negatif.Jadi, huraian kedua-dua kesan yang bakal timbul jika penduduk negara mencecah 70 juta orang.

Malaysia memang mempunyai impian untuk memiliki penduduk yng ramai, iaitu 70 juta menjelang 2020. Mungkin ada pihak yang ketawa besar mendengar impian tersebut. Namun, kalau kita kaji kebanyakan negara jiran kita selain Singapura mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih banyak daripada Malaysia. Jadi, impian itu memang ada asasnya cuma dasar ini mempunyai banyak impak positif dan negatif terhadap pembangunan negara.Alasan yang paling ketara ialah negara kita masih mempunyai kawasan yang luas berbanding dengan negara jiran yang lain. Negara kita hanya mempunyai kepadatan penduduk di kawasan berhampiran bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, dan Seremban. Keadaan ini menyebabkan pengurusan sumber manusia dan alam sekitar tidak berjalan dengan baik.

Keperluan lebih ditumpukan terhadap penduduk di kawasan bandar sehingga menyebabkan penduduk di kawasan desa terpinggir. Jadi, jumlah penduduk yang ramai memastikan pembangunan negara lebih seimbang kerana jumlah penduduk akan berkembang ke kawasan pedalaman.Selain itu, penduduk yang ramai memastikan keperluan sumber manusia akan mampu dipenuhi. Setiap tahun negara kita memerlukan tenaga muda untuk meneruskan pembangunan negara. Melalui pertambahan penduduk yang pesat keseimbangan generasi muda dan tua mampu dikawal dengan baik. Kita tidak akan kekurangan sumber manusia kerana mempunyai lapisan penduduk muda yang banyak.

Situasi ini turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang stabil.Malah, kalau kita kaji, negara-negara kuasa ekonomi dunia mempunyai penduduk yang ramai. Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan negara tersebut dapat memiliki pasaran dalaman yang luas untuk keperluan ekonomi mereka. Jepun, Amerika Syarikat, dan China mempunyai penduduk yang ramai sehingga syarikat tempatan mereka tidak memerlukan pasaran luar untuk produk mereka.

Jadi, penduduk yang ramai baik untuk perkembangan syarikat tempatan.Namun, pertambahan penduduk menyebabkan kos perbelanjaan ngara akan bertambah. Kerajaan sudah pasti terpaksa menyediakan lebih banyak kemudahan awam seperti hospital, sekolah, dan sebagainya untuk menampung penduduk yang bertambah itu. Keadaan ini menyebabkan jumlah kewangan kerajaan akan terjejas sedikit demi sedikit. Kegagalan untuk memastikan kewujudan kemudahan awam akan membawa bencana kepada rakyat negara ini.

Kesimpulannya, pertambahan penduduk negara harus diselia dengan rapi. Kita tidak mahu jumlah penduduk yang ramai tetapi taraf hidup atau perbezaan taraf hidup antara masyarakat begitu jauh seperti yang berlaku di India dan Indonesia. Dalam memastikan jumlah rakyat bertambah, kerajaan harus memastikan taraf kesihatan, pendidikan, dan ekonomi terus berkembang sejajar dengan jumlah penduduk.

soalan 5.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini.

Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan urusan badan kebajikan mereka.

Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk turut membantu.

Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

soalan 6.

Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.


Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan insan di dunia ini.Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pembeliannya.

Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu produk itu.

Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan mereka itu.Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut.

Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan krew penerbitan yang berpengalaman.

Malah, iklan yang disiarkan di media massa terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk memastikan iklan dapat dihasilkan.Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik. Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian rasional selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas melihat iklan. Atau mungkin iklan harus diharamkan

karangan jenis pendapat

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.

Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Sejak akhir-akhir ini kegiatan jenayah yang berlaku di Negara kita sering melibatkan pelajar sekolah. Bincangkan faktor-faktor terjadinya perkara tersebut.

Pendahuluan
Kegiatan jenayah melibatkan pelajar
Perlu di lihat hingga ke akar umbi ( sebab dan cuba mengatasinya )

Isi
- kerubtuhan institusi keluraga – ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing
- pengaruh media massa – melayari laman web yang tidak sesuai
- pengaruh rakan sebaya – terikut-ikut ajakan rakan
- kurang didikan agama – kecuaia ibu bapa
- sikap pelajar sendiri – ingin mencuba

penutup
- semua pihak perlu menggembleng tenaga mengurangkan kegiatan ini
- remaja pewaris kepimpinan negara



Bincangkan bagaimana cara mengatasi kesesakan jalan raya di negara kita.

Pendahuluan
Peningkatan pendapatan – semua keluarga mampu memiliki kenderaan sendiri

Isi
- berkongsi kereta – kempen oleh kerajaan
- penggunaan kenderaan awam – LRT , monorel, bas
- kawalan trafik – melalui komputer – tak rosak
- pusat bandar – pindahkan ke kawasan lain - Putrajaya

Penutup
- merancang kemudahan infrastruktur dengan teliti
- kerjasama pengguna jalan raya



Pembangunan yang tidak terkawal telah mengakibatkan berlakunya pencemaran. Bincangkan jenis-jenis pencemaran yang berlaku dan kesannnya kepada manusia.

Pendahuluan
Negara kita menunju ke arah negara maju
Menekankan perindustrian – kesan – pencemaran alam sekitar

Isi
- pencemaran udara – asap kilang / debu / asap kenderaan – penyakit asma , kulit , gatal-gatal , radang paru-paru
- pencemarab air - sisa toksik / kumbahan tak dikitar semula – hidupan sungai / laut / akuatik semakin berkurangan / pupus
- pencemaran tanah – sisa toksik – tanah berasid – tak subur untuk apa-apa jenis tanaman
- pencemaran bunyi – kenderaan – tekanan mental pengguna jalan raya akibat kesesakan

Penutup
- merancang dengan teliti proses pembanguunan negara
- mengelakkan merosakkan alam sekitar
- tidak bersikap materialistik / ada tanggungjawab sosial


soalan
Pelajar berdisiplin penentu kejayaan
Kemukakan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas .


Pendahuluan
- disiplin boleh ditafsirkan sebagai peraturan yang telah ditentukan secara langsung atau tidak langsung
- disiplin bertujuan memcapai kebaikan kepada diri , keluarga dan masyarakat
- ramai orang yang mencapai kejayaan menjadikan disoiplin sebagai asas kejayaan mereka

murid perlu tahu tujuan mereka belajar
akan sedar keprluan intuk mendisiplinkan diri
disiplin semasa belajar – memberi fokus penuh / tak bermain
mematuhi peraturan sekolah
melakukan perkara yang membawa kebikan kepada diri , keluarga dan masyarakat

murid yang berjaya
tidak merokok / bergaduh / buli
kurang terlibat dengan aktiviti negatif
ulangkaji secara sistematik

pelajar gagal/ bermasalah – ponteng / tak membuat kerja sekolah / kerja kursus /
melanggar arahan guru
memberi kesan negatif kepada diri sendiri – dihukum / ganatung sekolah / buang sekolah
prestasi pelajaran merosot / tidak baik


Ciri pelajar yang berdisiplin
Pengenalan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan.
Isi-isi
- Mengikut segala peraturan sekolah- pakaian , kelas , beratur , kebersihan , kehadiran , sahsiah diri , bersosial
- Kesan - melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ( tiada masalah – guru mengajar dengan lebih baik – hasil lebih bermutu

- Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas ( tidak bising , memberi fokus kepada pelajaran , tidak khayal , bermain-main , memberi respons atas pertanyaan guru )
- mengikut segala arahan / pengajaran guru dengan penuh tumpuan dan penelitian
- Mendisiplinkan diri ketika di rumah
o menyediakan jadual belajar
o menyiapkan segala tugasan/ kerja kursus / mengikut masa/ tidak bertangguh / menghargai masa yang ada
o menyediakan nota/ nota ringkas dan ulang kaji pelajaran / latih tubi/
o Mengawal diri- tingkah laku/ hawa nafsu
o mengikut segala ajaran agama
o menjauhkan diri dari segala kegiatan tidak sihat
Penutup
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan yang sempurna


buah-buahan tempatan
Pengenalan
Negara kita kaya dengan buah-buahan. (bermusim dan tidak bermusim)
Isi-isi
Buah-buahan tempatan lebih mudah diperoleh di negara kita banyak terdapat dusun buah-buahan
o banyak dihasilkan pada musim-musim tertentu
o Buah-buahan tempatan lebih murah dan segar
o dijual terus di merata tempat yang menghasilkan buah-buahan ters
o lebih murah berbanding dengan buah-buahan import
o lebih berkhasiat, kaya dengan vitamin C
Mengurangkan perbelanjaan membeli buah-buahan import
o mengurangkan aliran wang ke luar negara
o secara tidak lansung memupuk semangat kebangsaan
Mewujudkan peluang kerjaya
o apabila lebih banyak dusun diadakan tentulah lebih banyak peluang pekerjaan
o menjadi penanam, penjual buah-buahan
o membuka kilang-kilang mengetin dan menjeruk buah-buahan
Penutup
Banyak kebaikan jika kita memakan buah-buahan tempatan


soalan
Faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah

pengenalan
Kegiatan kokurikulum diterapkan ( dilaksanakan ) oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah selaras/ sesuai/ menepati dengan Falsafah Pendidikan Negara . Usaha ini diambil bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani . Terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab permainan , kelab persatuan dan unit beruniform.

faedah

1. Melalui kegiatan unit beruniform seperti kursus , latihan kawad , perkhemahan, latihan kecemasan, latihan merentas halangan, pelajar akan dilatih , diterapkan dan dipupuk dengan disiplin yang ketat.

2. Pembentukan disiplin yang tinggi dapat dijana menerusi aktiviti seperti kawad kaki , menepati masa , menghormati ketua dan lainnya.

3. peluang memegang sebarang jawatan dalam kelab persatuan yang dimasuki dapat membentuk sikap kepimpinan dalam jiwa pelajar. Jawatan yang diamanahkan seperti pengerusi ,setiausaha , bendahari , ketua platun dan ahli jawatankuasa menuntut pelajar memenuhi tanggungjawab yang diberi kepada mereka dengan sebaik mungkin .Dengan bimbingan daripada guru penasihat dan kerjasama sepasukan segala tugas tersebut seharusnya dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna .

4. pengaplikasian oleh pelajar dalam dunia realiti/ kehidupan sebenar / pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan pengalaman semasa bekerja dalam pasukan dalam kelab dan persatuan di sekolah.

5. Melahirkan generasi yang bijak serta berjiwa patriotik ( semangat cinta akan negara ) juga menjadi keutamaan dalam kegiatan kokurikulum . Maka dengan adanya persatuan Sejarah , Kelab Setia , Kelab Rukun Negara dan Kelab Anti Jenayah secara tidak langsung dapat mendidik jiwa remaja yang tahan dan ampuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Malah semangat patriotik dalam kalangan remaja menjadi lebih kental dan sebati.

Kesimpulannya penumpuan dalam bidang akademik sahaja belum cukup untuk melahirkan insan yang cemerlang. Oleh itu sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan penubuhan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum mencapai matlamat yang dihajatkan .



soalan : Punca jenayah ragut

Kejadian jenayah ragut di negara ini sering menghiasi ruangan berita perdana di televisyen dan akhbar tempatan . Amat menyedihkan apabila kejadian ragut yang turut menyebabkan korban nyawa mangsa yang tidak bersalah .Antara lain seorang wanita mengandung yang diragut telah koma akibat terjatuh daripada motosikal akibat diragut.

Berdasarkan kejadian ragut lepas , wanita merupakan terget utama peragut. Ini mungkin kerana tabiat wanita yang sering membawa beg tangan setiap kali keluar dari rumah . Wanita juga sering mengisi pelbagai barangan berharga dalam beg seperti wang , barang kemas . Sikap suka menggalas beg di bahu juga turut mengundang perhatian peragut.

Selain itu kelemahan wanita yang mudah panik setelah diragut . Mangsa yang diragut akan terpinga-pinga tanpa dapat berbuat apa-apa yang memudahkan peragut melarikan diri pada masa yang singkat. Mungkin selepas hilang panik barulah mereka mahu bertindak seperti meminta tolong . Namun apakan daya peragut telah berjaya melarikan diri tanpa sebarang pengecaman.

Berjalan di tempat sunyi secara bersendirian akan menggalakkan kejadian ragut. Peragut yang sentiasa berlegar-legar di kawasan terpencil hanya menunggu peluang untuk bertindak . Ini kerana sekiranya mangsa menjerit , jeritan mereka tidak akan didengari oleh sesiapapun. Ini menyebabkan mangsa ragut hanya berhadapan dengan peragut seorang diri,
Kesimpulannya kejadian ragut perlu dibanteras dengan pelbagai kaedah . Pihak media massa misalnya perlu membuat liputan meluas tentang jenayah regut agar dapat menyedarkan masyarakat . kita sebagai anggota masyarakat mampu bekerjasama dalam melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa .

surat tak rasmi

sahabat pena anda dari luar negeri ingin tahu akan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pelancong berkunjung ke negara ini. Balas surat anda selengkapnya.

Pendahuluan
Alamat anda / tarikh / ucapan selamat /

Isi
- mengadakan pelbagai kempen pelancongan seperti Citrawarna / cuti-cuti Malaysia ? Rumah Terbuka sempena hari perayaan /oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
- mengadakan promosi tempat menarik di Malaysia / pulau / pantai / gua /
- menggunakan semua kaedah iklan / TV / radio / internet
- promosi melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa / Le Tour de Langkawi / Formula 1/ LIMA di Langkawi
- masih mengekalkan bangunan bersejarah / dipulihara / bangunan beridentitikan negara ini / reka bentuk
- menyediakan pelbagai kemudahan – membaiki kemudahan yang adan / menaik taraf / demi keselesaan penumpang / pelancong

penutup
sekiranya ada kelapangan , berkunjunglah ke Malaysia
ucapan salam

soalan 2
Rakan anda yang cacat anggota telah menulis sepucuk surat kepada anda. Dalam suratnya itu, dia telah menceritakan bahawa dia sering diejek-ejek oleh rakan-rakan sekolahnya akibat kecacatannya itu. Balas suratnya itu.

Rangka Karangan
Pendahuluan - Alamat pengirim dan tarikh surat ditulis

Isi-isi - Memberitahu suratnya telah selamat diterima – ucap terima kasih –
sudi menulis surat.
- Menasihati supaya bersabar – jangan pedulikan ejekan – tumpukan
pada pelajaran – jadikan ejekan suatu cabaran.
- Buktikan dengan kejayaan yang cemerlang – kecacatan bukan
penghalang.
- Mereka pasti berubah – memohon maaf dan sedar akan kesilapan.
- Tiada kejayaan yang mudah tanpa cabaran.

Penutup - Ucapkan terima kasih – sambutlah salam mesra
- Pengakuan pengirim – tandatangan


LATIHAN
Rakan anda di luar negeri ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda negara ini beberapa bulan yang lalu. Balas surat rakan anda itu selengkapnya.

surat rasmi

Andaikan anda ialah wakil penduduk tempat anda tinggal . Anda dikehendaki menulis surat kepada wakil rakyat bagi memaklumkan Program Keceriaan Kawasan . Anda juga diminta memohon bantuan kewangan bagi menjayakan program tersebut . Tuliskan surat tersebut selengkapnya.

Pendahuluan
- alamat pengirim / penerima / tarikh / tujuan menulis surat

isi
- aktiviti Program Keceriaan Kawasan – membersihkan semak samun / menceriakan kawasan / bantuan kewangan diperlukan untuk membeli benih dan pokok bunga , pasu
- memupuk perpaduan dan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk / mengundang seorang penceramah
- aktiviti tahunan kampung / taman perumahan / menjadikan kawasan bertambah ceria / menjadi contoh kampung / taman perumahan lain
- meningkatkan imej – menyertai pertandingan kampung cantik / ceria

penutup
keceriaan tanggungjawab bersama
Anda ingin memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran anda dalam bidang komputer di salah sebuah pusat pengajian tinggi di dalam negara. Anda dikehendaki memberi sebab-sebab anda layak menerima biasiswa itu. Tulis surat anda dengan selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan - Alamat pengirim, alamat penerima dan tarikh.

Isi-isi - Tujuan surat – memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang komputer.
- Nyatakan kursus secara terperinci, nama universiti, kos pengajian dan
jangka masa kursus.
- Berikan butir-butir diri anda, iaitu kelulusan, butir-butir peribadi dan
keluarga.
- Sebab-sebab anda memerlukan biasiswa ini:
* Ibu bapa miskindan tidak mamu menyara kos pengajian.
* Adik beradik ramai dan semuanya masih belajar.
* Kos pengajian mahal tetapi mempunyai minat yang mendalam
untuk meneruskan pengajian.
- Lampiran surat tawaran khusus dan salinan sijil-sijil yang diperlukan.
- Berharap agar permohonan ini berjaya.

Penutup - Ucapan terima kasih kerana memberi kerjasama.

peranan ibu bapa membantuk anak-anak

Bincangkan peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak

Pendahuluan

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak / ibu bapa menjadi contoh terbaik kepada anak –anak

Isi
P Ibu bapa rapat dengan anak-anak/ dipercayai anak-anak / memberi didikan agama / nilai murn / membentuk sahsiah dan keperibadian anak
P Ibu bapa lebi mengenali kekuatan dan potensi anak-anak / memberikan galakan kepada anak-anak
P Ibu bapa sentiasa berada di sisi anak-anak – memberi kekuatan / bimbingan / motivasi/ ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak
P Berkorban kewangan ataupun perbelanjaan demi anak-anak / menyediakan makan minum dan pakaian / tempat tinggal untuk keselesaan anak-anak

Penutup
Ibu bapa yang bahagia biasanya akan melahirkan anak-anak yang berjaya – peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya

karangan contoh : perkhemahan/ komentar

Baru baru ini anda berpeluang menyertai suatu pekhemahan unit beruniform . Anda mendapati perkhemahan itu mempunyai kelemahan . Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membaiki kelemahan tersebut .

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan unit beruniform anjuran Persatuan Pengakap Daerah Muar. Perkhemahan ini dilakukan di Tapak Perkhemahan Pengakap Daerah Muar .Perkhemahan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sepanjang perkhemahan itu kami mengikuti pelbagai aktiviti yang disusun oleh jawatankuasa penganjur.Walaupun perkhemahan ini berjaya pada dasarnya namun terdapat beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti berlaku.
Kelemahan yang saya kenalpasti ialah kesemua aktiviti yang dilakukan terlalu padat sehinggakan para peserta berasa sangat tidak selesa kerana terpaksa berkejar dengan masa bagi memenuhi jadual yang padat. Ini menyebabkan banyak peserta yang berasa sangat letih , tertidur semasa mendengar ceramah kerana rehat yang tidak cukup.

Oleh yang demikian saya mencadangkan agar pihak urus setia dapat membentuk jadual aktiviti yang fleksibel dan menepati keadaan jarak penginapan dengan tempat diadakan setiap aktiviti. Ini kerana sepanjang pekhemahan tersebut para peserta terpaksa berjalan agak jauh bagi membersihkan diri dan makan. Aktiviti juga hendaklah sesuai supaya sepanjang perkhemahan tersebut hanya dipenuhi dengan pelbagai ceramah dan syarahan sahaja. Saya mengharapkan pihak penganjur dapat mengaturkan aktiviti perbincangan kumpulan , merentas halangan , riadah , berkayak , membuat gajet , ujian kecergasan , permainan kumpulan dan sebagainya. Sudah tentu aktviti dapat menghilangkan kebosanan pelajar dan menjadikan aktiviti dijalankan lebih menarik.

Pihak penganjur juga seharusnya menyediakan kemudahan atau bahan keperluan yang mencukupi . Ini kerana kemudahan yang disediakan kurang memuaskan para peserta perkhemahan . Antara lain ramai peserta yang merungut kerana khemah tidak mencukupi .Ini menyebabkan mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam sebuah khemah yang boleh memuatkan bilangan peserta yang minima .Bilangan peserta yang ramai juga menyebabkan tandas yang disediakan tidak dapat menampung kapasiti peserta yang ada. Kebanyakan peserta terpaksa berebut-rebut untuk mandi , ke tandas , membasuh baju dan membersihkan badan.
Pihak urus setia juga perlu peka akan kualiti makanan yang disediakan . Ini kerana ada peserta mengadu dihidangkan dengan makanan yang sudah hampir basi. Oleh yang demikian peserta tersebut terpaksa makan makanan yang dibawa dari rumah. Sudah tentu ia akan mengganggu kesihatan peserta dalam melakukan semua aktiviti yang dilakukan.
Penganjur juga seharusnya memantau keselamatan para peserta terutamanya pada waktu malam . Saya mendapati kawalan keselamatan yang dilakukan agak longgar hingga ada peserta yang ponteng dan tidak mengikuti aktiviti yang dijalankan . Kawasan tapak perkhemahan yang berdekatan dengan hutan rekreasi juga menyebabkan peserta takut dengan binatang berbisa seperti kala jengking , ular , lipan , biawak , monyet dan sebagainya.
Saya mengharapkan agar pihak urus setia lebih peka akan keperluan peserta dan dapat melakukan usaha penambahbaikan pada masa akan datang.

karangan contoh : syarahan

SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.
Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.zanariah.myportal.my/
Portal Pn Zanariah Abdol ( Guru Cemerlang Bahasa Melayu )

karangan contoh : lawatan

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY
Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.
Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.
Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.
Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.
Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.
Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.
Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.
Laporan disediakan oleh,
29 JUN 2008. Amalina

(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)
Setiausaha Persatuan Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

karangan berasaskan catatan / diari

Karangan catatan diari
1. Anda dan keluarga anda berkelah di pantai yang menarik pada hari minggu yang lalu. Tuliskan catatan mengenainya.
Pilih satu hari / tarikhnya / masa-masa
nama tempat persiapan / peralatan yang dibawa siapa yang ikut serta
i. perjalanan ke tempat berkelah - apa yang dilihat sepanjang perjalanan ? - pergi dengan apa ii. bila sampai ? - apa yang dilihat ketika sampai ? iii. peristiwa yang berlaku sepanjang perkelahan - mandi . main bola , kejar-mengejar, makan-makan iv. berapa lama di sana ? - masa balik
perasaan - walaupun letih tetapi seronok - akan ke sana lagi jika berpeluang

2. Sekolah kamu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan . Kamu ditugaskan membuat catatan temasya tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah
nyatakan tarikh / masa / tempat
i. persiapan - mendirikan khemah / hiasan / memasang bendera ii. aturcara - ucapan / perbarisan / bacaan ikrar n perasmian / persembahan
iii. acara yang dipertandingkan - padang / balapan / sukaneka / acara pegawai / ibu bapa iv. penyampaian hadiah n siapa yang menyampaikan hadiah n pemenang n olahragawan / olahragawati n johan rumah
v. majlis penutup - ucapan penutup n perbarisan keluar padang n jamuan

3. Catatkan peristiwa-peristiwa menarik dalam sambutan "Hari Sukan" yang diadakan di sekolah kamu.
Hari , Tarikh dan tahun dimulakan dengan perbarisan pasukan pakaian seragam pancaragam sekolah
i. dif-dif kenamaan yang hadir n siapa yang merasmikan n pertunjukan pembukaan n persembahan silat
ii. acara bermula n acara padang n acara balapan n acara ibu bapa , guru-guru
iii. upacara penyampaian hadiah kepada pemenang n johan rumah n peserta lelaki dan perempuan terbaik
acara penutup dan bersurai

4. Kamu telah mengikuti rombongan kelas melawat ke Pulau Pinang. Sediakan catatan diari sepanjang lawatan.
Hari , tarikh dan tahun berkumpul dan taklimat oleh guru bertolak dengan bas
i. tiba di Baling , Kedah n makan tengah hari ii. 7.00 malam , sampai di Pulau Pinang n bermalam di sekolah iii. 8.00 pagi melawat tempat-tempat menarik n muzium negeri, masjid negeri, pantai Batu Feringgi iv. 2.00 petang makan tengah hari n jamuan ditaja oleh Ketua Menteri Pulau Pinang v. 3.00 petang meneruskan perjalanan n ke Bukit Bendera dan Taman Binatang vi. 6.00 petang ke Komtar n membeli belah , baju untuk adik , buah pala dan lain-lain
7.30 pagi bertolak pulang - seronok 8.00 malam sampai di sekolah

5. Pada cuti sekolah yang lepas , kamu telah dibawa melancong ke Kuala Lumpur . Perjalanan dengan keretapi sungguh menyeronokkan. Catatkan peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku di sepanjang perjalanan itu.
Hari, tarikh dan tahun 8.30 pagi, keretapi bertolak dari stesen Kuala Krai, Kelantan
i. 10.00 pagi keretapi singah di Gua Musang n ramai penjaja n beraneka jenis makanan dijual ii. 1.30 tengah hari keretapi merentasi Banjaran Titiwangsa n pemandangan sungguh menarik n hutan semula jadi n orkid banyak terdapat di lereng-lereng bukit iii. 8.30 malam sampai di stesen keretapi Gemas, Negeri Sembilan n pertukaran gerabak keretapi ke utara dan ke selatan n menaiki keretapi ke utara
12.00 malam sampai di stesen keretepi Kuala Lumpur ibu kota tersergam indah rasa gembira dan seronok

6. Kamu merupakan seorang pelajar yang pintar dan aktif berpersatuan. Catatkan aktiviti-aktiviti penting yang akan kamu lakukan sepanjang hari ini.
7.00 pagi ke sekolah masa rehat pinjam buku untuk rujukan memulangkan buku kawan
i. 2.00 petang menyiapkan tugasan n matematik, bahasa melayu dan Inggeris
ii. 4.00 petang kegiatan kokurikulum n perjumpaan ahli-ahli pengakap n merancang masa cuti semester akan datang
iii. 5.00 petang n latihan bola sepak untuk peringkat sekolah
iv. 8.00 malam n mengulang kaji pelajaran n Agama Islam
10 malam tidur

7. Kamu tentu pernah melalui peristiwa yang mencemaskan. Tuliskan catatan peristiwa tersebut.
Hari, tarikh dan tahun
i. terkejut daripada tidur ii. di kumpul di hadapan balai polis iii. bunyi tembakan daripada pihak musuh iv. seorang rakan terkena tembakan
pulang dengan keadaan selamat
Pada hari minggu banyak aktiviti yang kamu lakukan. Tuliskan catatan pada hari tersebut.
Hari tarikh dan tahun
i. pagi kemas bilik n tolong emak menyapu rumah n tolong abah cuci kereta
ii. tengah hari berehat n makan
iii. petang bersih kawasan rumah n gotong-royong bersih longkang
iv. malam berehat dan menonton
gembira di hari minggu

8. Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat. Dia dimasukkan ke hospital. Tuliskan catatan selama ibu anda berada di hospital .
tarikh ibu di hantar ke hospital dirawat / sakit
i. ibu akan dibedah n tidak dapat belajar n guru kelas memberi nasihat
ii. ibu selamat dibedah n dapat ke sekolah n datuk dan nenek menziarahi ibu
iii. merupakan kejayaan semua / sekolah n sumbangan daripada semua pihak
iv. kawan-kawan dan guru datang menziarahi ibu n ibu semakin sihat n bersyukur kepada Allah
ibu akan pulang ke rumah hadiah istimewa untuk ibu

9.Anda sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu anda. Catatkan peristiwa-peristiwa menarik semasa menghadiri majlis perkahwinan itu.
Hari, tarikh dan tahun bangun awal pagi bersiap-siap mengemas barang-barang
i. 8.00 pagi bertolak ke Kemaman n pemandangan menarik n melalui beberapa buah bandar
ii. 10.00 pagi tiba di Kemaman n disambut dengan gembira n memberi hadiah
iii. banyak jemputan datang n tolong angkat hidangan n beri bunga telur kepada tetamu
iv. rombongan pengantin lelaki tiba n pencak silat n bersanding
10.00 pagi keesokannya pulang rasa seronok dan puas

10. Tuliskan satu catatan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri"
Hari, tarikh dan tahun bangun awal pagi bersiap-siap pakai baju Melayu
i. 8.00 pagi bersarapan dengan keluarga n masakan ibu, enak n ketupat, lemang, rendang dan lain-lain
ii. 8.30 pagi ke Masjid bersama-sama abang dan ayah n sembahyang sunat Hari Raya n takbir , bersalam-salaman dengan rakan-rakan
iii. 10.00 pagi ke rumah datuk dan nenek n jumpa saudara mara n menziarahi rumah kawan-kawan
9.00 malam pulang letih tetapi gembira

11. Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tarian. Buat catatan tentang persediaan terakhir yang dilakukan.

12.Kamu telah menyertai satu perkhemahan. Tuliskan catatan kamu mengenai persiapan perkhemahan hingga hari terakhir perkhemahan itu.

13. Seorang sahabat pena dari luar negeri akan berkunjung ke tempat kamu. Dia akan datang bersama dengan adiknya. Mereka akan berada di tempat anda dari 30 April hingga 8 Mei. Cuba catatkan rancangan-rancangan menarik untuk mereka berdua yang anda cadang.

14. Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan untuk guru kelas kamu yang akan bersara. Sebagai ketua kelas kamu perlu mengadakan sesuatu acara. Tuliskan catatan diari mengenai persiapan yang kamu buat hinggalah hari tersebut.

15. Sekolah kamu menganjurkan Hari Keluarga. Tuliskan diari sepanjang hari tersebut.

16. Kamu dan teman-teman menganjurkan sambutan hari lahir guru kelas kamu secara mengejut. Tuliskan catatan sepanjang kamu menganjurkan majlis tersebut.

17. Abang kamu ingin pulang ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya . Tuliskan catatan dari hari kamu membuat persiapan , sehinggalah abang kamu pulang.

18. Kamu bersama beberapa orang teman pergi ke sebuah perkampungan. Tulis catatan pengalaman kamu itu.

19. Kamu tentu pernah mengalami peristiwa yang menggembirakan. Tuliskan diari pengalaman kamu itu.

20. Kamu telah terpilih sebagai wakil sekolah ke Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Daerah. Sediakan catatan diari semasa hari pertandingan tersebut.

21. Kamu telah pulang untuk meraikan majlis perkahwinan ayah saudara kamu . Tuliskan diari dari awal kamu bertolak , aktiviti yang dilakukan di kampung , sehinggalah pada hari perkahwinan tersebut.

22. Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Tuliskan catatan sepanjang hari pertama di sekolah tersebut.23. Anda telah menyertai perkhemahan pengakap selama tiga hari berturut-turut. Tuliskan diari tentang perkhemahan tersebut.


Anda telah mengikuti Kem Motivasi Kecemerlangan PMR yang dianjurkan pihak sekolah . Ceritakan pengalaman dan perasaan anda ketika menyertai kem tersebut.

Pengenalan
- Kem motivasi kecemerlangan pmr
- Bila diadakan
- Penganjur
- Bilangan peserta
- Tiada kejayaan tanpa usaha

Isi


Pengalaman amat bermakna dan berfaedah
Ceramah motivasi
Meningkatkan kesedaran akan pentingnya kejayaan dalam peperikasaan
Berasa insaf dan terharu apabila penceramah menekankan harapan ibu bapa terhadap anak-anak pengorbanan mereka sewajarnya dibalas dengan kejayaan

Berjanji pada diri sendiri akan menggunakan masa yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan

Diadakan sesi memperkenalkan diri / keluarga
Gembira dapat mengenali rakan dengan lebih rapat
Berasa gembira / bersyukur dengan keluarga / kewangan kukuh / kemudahan rumah
Ada rakan yang hidup miskin

Ceramah cara belajar berkesan
Cara belajar selama ini kurang terancang
Cuba untuk perbaiki cara belajar
Ada jadual / diikuti dengan penuh disiplin
Seimbang – masa bermain dan belajar

Pengalaman ini sangat berharga
Banyak ilmu yang diperoleh

Penutup
Kem sangat berguna dan memberi kesan
Segala ilmu akan digunakan bagi meningkatkan usaha menjelang PMR

buah-buahan import - kesan

Buah-buah import semakin banyak di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang mampu dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini.
Buah import merujuk buah yang ditanam atau dibawa masuk dari luar negara seperti epal dan anggur. Manakala buah tempatan ialah buah yang ditanam di Malaysia seperti rambutan dan durian. Sememangnya ada banyak langkah yang mampu direalisasikan oleh pelbagai pihak untuk mengawal fenomena mengutamakan buah-buahan import ini.
Langkah pertama yang boleh diambil oleh kerajaan ialah negara mengenakan kadar cukai yang tinggi terhadap buah import. Tindakan mengenakan cukai ini akan menyebabkan harga buah import akan meningkat secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membelinya dengan kerap. Jadi, langkah ini pasti memberi kesan dalam aspek pembelian pengguna.
Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan. Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan media massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama di kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk memilih buah-buahan tempatan daripada import.
Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka. Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buah yang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatan akan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benih dan buah yang terbaik.
Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buah-buahan tempatan. Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsi yang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, pengguna harus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja.
Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutama pengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industri buah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negara asing.

hospital swasta

Hospital swasta
Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan buruk yang timbul daripadanya.
Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk memastikan penyakit mereka sembuh.
Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.
Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?
Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah.Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka.

nilai murni

Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang baik.
huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini.

Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani rakyatnya telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan dasar kerajaan telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun yang mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami. Jadi, memang nilai-nilai murni memiliki kepentingan dalam pembentukan masyarakat.

Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi muda yang suka memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin dalam usaha mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, memang satu perkara baik kalau nilai murni mampu menjadikan generasi muda sebagai satu golongan yang mematuhi peraturan negara.

Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam peras ugut, terbabit dalam dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akan menjadi satu golongan yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh kerajaan?

Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan berperibadi mulia. Semua ini akan memberi satu tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada.

Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

kepentingan mengisi masa lapang

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Panjang huraian anda hendaklah tidakmelebihi 120 patah perkataan.

Cadangan isi:
Kepentingan mengisi masa lapang dengan berfaedah.
1. Melalui aktiviti riadah dapat menyihatkan badan dan otak menjadi lebih cergas.
2. Melalui aktiviti membaca dan melayari internert dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan dapat juga hiburan
3. Belajar berdikari dan dapat pengalaman baru melalui aktiviti perkhemahan
4. Berkelah bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
5. Dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial
6. Dapat meningkatkan kemahiran
7. Dapat menambah kenalan baru dan mengeratkan hubungan sesama rakan.

soalan karangan dimensi keluarga

Karangan- Dimensi-Keluarga
1. “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat. Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bincangkan.

3. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Keluarga Impian Saya” untuk dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya.

4. Kini, ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.

5. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.

6. Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian kekeluargaan. Berdasarkan kebenaran pendapat di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga.


7. Ikatan kasih sayang antara ahli keluarga penting dalam mewujudkan keluarga yang bahagia. Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mempererat hubungan kasih sayang. Jelaskan pernyataan di atas.

8. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Jelaskan peranan ibu bapa dan keluarga untuk mencapai hasrat tersebut

9. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur. Oleh sebab itu, anggota keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda dan ahli keluarga anda lakukan untuk memupuk amalan berbudi bahasa.


10. Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.


11. Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga selain dapat menyihatkan badan. Ulas pernyataan di atas


12. Anda bercadang untuk menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Peranan keluarga atau Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah Anak-anak”. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.


13. Kebelakangan ini, media massa sering memaparkan berita mengenai kehilangan kanak-kanak. Hal ini amat membimbangkan kita semua. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.


14. Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjayakan matlamat tersebut.


15. Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai sepenuhnya. Anda diminta menyampaikan satu ceramah bertajuk “Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Modal Insan Berkualiti” sempena Hari Keluarga i tempat tinggal anda. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.


16. Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin luput. Usaha menghidupkan kembali tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga

17. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa. Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.


18. Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat di Malaysia. Bincangkan


19. Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa kepada perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Malayisa pada hari ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan untuk memajukan dan memodenkan masyarakat dan negara. Huraikan rancangan-rancangan pembangunan tersebut.


20. Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius dan banyak pihak beranggapan bahawa institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Beri pendapat anda tentang penyataan di atas.

karangan :kebaikan membaca novel

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai isu dan ragam kehidupan manusia.Ada novel yang bertemakan kemanusiaan , kasih sayang , semangat patriotik dan sebagainya.Pada pihak remaja , sesuai dengan umur mereka , novel bertemakan cinta aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Persoalan yang timbul ialah membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa bercorak realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih kreatif dan bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa , perbendaharaan kata atau pemilihan diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk merasai perkembangan cerita secara berterusan menuju ke klimaks dan penamat cerita . Sudah pasti ianya membolehkan pembacanya memiliki koleksi kosa kata yang banyak.
Malahan, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian sepenuhnya untuk satu jangka masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang kurang berfaedah.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

tip ringkasan bm pmr

Tips

Ringkasan

am
soalan ringkasan dikemukakan dalam bahagian A ( I ), kertas 2 ( 02/2 )
soalan ini wajib dijawab oleh calon
tiada pilihan soalan untuk bahagian ini
petikan umum daripada majalah , surat khabar , artikel dan bahan lainakan diberikan.
panjang setiap petikan ialah sekitar 250 hingga 300 patah perkataan.
biasanya dibentuk dalam 4 hingga 5 perenggan maksima
panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan sahaja
masa menjawab bahagian ini adalah dicadangkan selama 40 minit sahaja.

Persediaan awal

membaca petikan secara sekali imbas untuk mendapatkan isi / isu
lihat soalan – dapatkan kata kunci soalan
biasanya soalan berkaitan dengan – langkah mengatasi/faedah / kebaikan / keburukan / sebab / punca
cari isi dalam petikan dengan cara menggariskan perkataan yang membawa maksud dan menepati kehendak soalan tadi
sebagai langkah keselamatan – semua nama khas ( kementerian , nama menteri , jawatan ) dianggap tidak perlu ditulis kerana biasanya diangggap huraian bukan isi tetapi ayat selepas itu dianggap sangat penting untuk disemak . biasanya ia akan berada pada bahagian ini
tidak dianggap isi – perangkaan , tarikh , cogan kata , peribahasa , ada perkataan seperti / contohnya /
kirakan jumlah isi
kirakan jumlah perkataan yang digariskan
pastikan ia menepati kehendak soalan

bilangan 5 isi biasanya memadai untuk mendapatkan markah.
sebagai langkah keselamatan cuba dapatkan 6 isi jka pelajar berasa bimbang isi yang diutarakan tidak menepati kehendak soalan. Namun pelajar dinasihat agar menjaga jumlah patah perkataan
semasa menulis jawapan masukkan beberapa perkataan sebagai penanda wacana untuk menyambungkan idea .
contohnya ialah langkah seterusnya ialah , ..... juga mampu ...... , seterusnya , dalam pada itu , oleh hal yang demikian , walaubagaimanapun , di samping itu
setelah selesai menulis kirakan semula jumlah perkataan sebenar yang anda tulis. Biasanya kata nama khas , kata sendi , kata ganda , kata kunci dianggap satu perkataan sahaja.

Kelemahan biasa pelajar
menulis pengenalan pada awal ringkasan
menulis kesimpulan pada ringkasan
meletakkan perkataan ; akhirnya/ kesimpulannya ( menandakan ada kesimpulan ) pada ringkasan
menganggap ringkasan hanya perlu mengurangkan jumlah perkataan pada petikan dengan membuang perkataan yang dianggap tidak perlu / tidak penting
tidak merujuk kepada kehendak soalan
menggunakan idea sendiri semasa menulis ringkasan
jumlah patah perkataan melebihi 80 patah perkataan kerana hanya menyalin sahaja beberapa ayat tanpa melakukan proses meringkas
isi tidak menepati kehendak soalan – tidak melihat kata kunci