CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 3 November 2009

sinopsis Anak Din Biola

Novel ini mengisahkan kehidupan penghuni rumah anak yatim bernama Rumah Bonda di Bandar. Ianya didiami oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.Rumah ini diuruskan oleh seorang penguasa bernama Pak Jais.PJ dibantu oleh seorang tukang jahit bernama Pak Man Tukang Jahit dan beberapa tukang masak yang diketuai oleh Pak Mat Tukang Masak.
Salah seorang penghuni RB ialah Budiman . Dia berumur 14 tahun.Dia memiliki bakat bermain alat muzik biola. Mengikut ceritanya Budiman mewarisi bakat ayahnya Budin atau Din Biola yang terkenal di kota dan mempunyai ramai peminat.
Pada satu hari Budiman telah mewakili bapanya menerima pingat iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK )daripada sultan sebagai menghargai sumbangan arwah bapanya yang mengharumkan nama Negara khususnya dalam bidang muzik. Semasa memberi pingat tersebut sultan menasihatkan agar Budiman berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi seperti ayahnya seorang penggesek biola terkenal.
Selepas itu minat Budiman dalam permainan biola bertambah. Dia berazam untuk menjadi terkenal seperti ayahnya. Mulai saat itu dia mempelajari dan mendalami teknik bermain biola. Azamnya disokong oleh PJ dan kawannya Chong dan Chandran. Mereka sanggup menolong Budiman mencapai cita-citanya . Budiman seterusnya mendapat undangan bermain biola di beberapa majlis keramaian.
Pada suatu hari Budiman mendaftar untuk menyertai satu pertandingan Bintang Biola Remaja . Dengan bantuan PJ dia mendapat peluang belajar bermain biola daripada sebuah sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu. Sekolah itu bernama Sekolah Muzik Lagu Bayu. Selain itu Budiman juga mendapat pertolongan daripada murid arwah ayahnya iaitu Pak Wan Busu iaitu seorang buta yang tinggal berdekatan dengan Rumah Bonda.
Berkat kegigihan tanpa mengenal jemu dan semangat tinggi yntuk mengharumkan namanya , akhirnya Budiman berjaya menjadi juara dalam pertandingan itu.Dia mengharumkan nama RB dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang bintang biola daripada baginda sultan .

Tema
- ialah mengenai kegigihan dan semangat juang seorang remaja untuk mencapai cita-cita.

Persoalan
- masalah kemiskinan – kemiskinan boleh menyebabkan cita-cita seseorang itu tidak kesampaian ( Budiman hamper mengemis kerana mencari wang untuk membeli biola untuk menyertai pertandingan biola)
- kemiskinan menyebabkan seseorang dipandang rendah oleh orang lain ( pertandingan biola disertai oleh peserta daripada golongan berada hinggakan Budiman didesak untuk menarik diri daripada pertandingan itu kerana dia miskin )

Watak
Budiman
- nama – Budiman bin Baharudin
- berumur 14 tahun
- anak yatim piatu / tinggal di asrama Rumah Bonda
- memiliki keistimewaan semulajadi /pandai bermain biola
- rajin dan bersemangat – mahu mendalami cara permainan biola
- sangat berminat dengan bunyi biola – suka mendengar gesekan biola Pak Wan Busu

Pak Mat Tukang Masak
- semua kanak-kanak di asrama itu takutkannya kerana sifatnya yg garang dan panas baran
- banyak membuat perbuatan negative seperti tidak amanah , menyeludup barang , mengedar ganja
- memberi kesan tidak baik kepada anak-anak yatim di rumah bonda – hampir kelaparan kerana kekurangan bahan makanan

Pengajaran
- kita hendaklah membantu orang yang susah dan yang memerlukan bantuan
- kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah
- janganlah menindas golongan lemah
- kita ditegah mencuri hak orang lain
- kita hendaklah bersifat amanah
- kita hendaklah mengenag jasa orang yang berbakti kepada negara
- bertekad dengan sepenuh hati untuk mencapai cita-cita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan