Kanang Cerita seorang pahlawan
Ia mengisahkan kehidupan seorang perajurit iaitu Kanak anak Langkau. K yang berbangsa Iban dan beragama pagan. Dia dilahirkan di Karangan Manok Nanga Meluan di Sarawak. Ketika kecil ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga darjah tida di sekolah Local Autority . selepas itu dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak ,penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu penambang/ berenjin. Pada 1962 dia berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniakan 6 orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskot. Pada 1966 pangkatnya ialah Lans Kopral. Pada 1973 dia berpindah ke Kem Terendak Melaka dan berkhidmat dalam Bataloin ke lapan rejimen renjer. Di sana dia menjadi ketua seksyen.
Ketika menyertai Gerakan setia 8/79 di hutan Korbu di Perak dia telah emndapat cedera parah ketika bertempur dengan tentera komunis. Akibatnya dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital . Dia terlantar di wad hospital selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa dia tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada 1980 Kanang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya menentang pengganas komunis. Pada 1981 dia dikurniakan bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Kanang meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih di sekolah tempur Pegawai Muda. Setelah itu dia dinaikkan pangkat kepada Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuartermaster Sarjan. Pada 1982 dia dilantik kejawatan Pegawai Waran II dan PW I pada 1985. Kanang bersara pada tahun 1986. Selepas bersara dia dianugerahkan Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
kalau boleh sy nk cikgu buat sinopsis bab demi bab..boleh tak.?
BalasPadamNANTI ... KALAU SEMPAT
BalasPadamLAGIAN SIBUK NI....
terima kasih
BalasPadamalhamdulillah.. sye dpt sinopsis yg pendek untuk memudahkan sye belaja trima kasih ckgu..
BalasPadamkalau saye nk mintak watak fizikal dan dalamn kanang dengan helen latai dalm bentuk kotak boleh x??
BalasPadamdalam blog saya masih tak pandai masukkan kotak nanti saya cuba buat. bagi saya sampai esok ye.
BalasPadam