CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 4 November 2009

tip ringkasan bm pmr

Tips

Ringkasan

am
soalan ringkasan dikemukakan dalam bahagian A ( I ), kertas 2 ( 02/2 )
soalan ini wajib dijawab oleh calon
tiada pilihan soalan untuk bahagian ini
petikan umum daripada majalah , surat khabar , artikel dan bahan lainakan diberikan.
panjang setiap petikan ialah sekitar 250 hingga 300 patah perkataan.
biasanya dibentuk dalam 4 hingga 5 perenggan maksima
panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan sahaja
masa menjawab bahagian ini adalah dicadangkan selama 40 minit sahaja.

Persediaan awal

membaca petikan secara sekali imbas untuk mendapatkan isi / isu
lihat soalan – dapatkan kata kunci soalan
biasanya soalan berkaitan dengan – langkah mengatasi/faedah / kebaikan / keburukan / sebab / punca
cari isi dalam petikan dengan cara menggariskan perkataan yang membawa maksud dan menepati kehendak soalan tadi
sebagai langkah keselamatan – semua nama khas ( kementerian , nama menteri , jawatan ) dianggap tidak perlu ditulis kerana biasanya diangggap huraian bukan isi tetapi ayat selepas itu dianggap sangat penting untuk disemak . biasanya ia akan berada pada bahagian ini
tidak dianggap isi – perangkaan , tarikh , cogan kata , peribahasa , ada perkataan seperti / contohnya /
kirakan jumlah isi
kirakan jumlah perkataan yang digariskan
pastikan ia menepati kehendak soalan

bilangan 5 isi biasanya memadai untuk mendapatkan markah.
sebagai langkah keselamatan cuba dapatkan 6 isi jka pelajar berasa bimbang isi yang diutarakan tidak menepati kehendak soalan. Namun pelajar dinasihat agar menjaga jumlah patah perkataan
semasa menulis jawapan masukkan beberapa perkataan sebagai penanda wacana untuk menyambungkan idea .
contohnya ialah langkah seterusnya ialah , ..... juga mampu ...... , seterusnya , dalam pada itu , oleh hal yang demikian , walaubagaimanapun , di samping itu
setelah selesai menulis kirakan semula jumlah perkataan sebenar yang anda tulis. Biasanya kata nama khas , kata sendi , kata ganda , kata kunci dianggap satu perkataan sahaja.

Kelemahan biasa pelajar
menulis pengenalan pada awal ringkasan
menulis kesimpulan pada ringkasan
meletakkan perkataan ; akhirnya/ kesimpulannya ( menandakan ada kesimpulan ) pada ringkasan
menganggap ringkasan hanya perlu mengurangkan jumlah perkataan pada petikan dengan membuang perkataan yang dianggap tidak perlu / tidak penting
tidak merujuk kepada kehendak soalan
menggunakan idea sendiri semasa menulis ringkasan
jumlah patah perkataan melebihi 80 patah perkataan kerana hanya menyalin sahaja beberapa ayat tanpa melakukan proses meringkas
isi tidak menepati kehendak soalan – tidak melihat kata kunci

4 ulasan:

  1. pelajar juga boleh menggunakan seperti:
    1.selain itu,
    2.seterusnya,
    3.disamping itu,
    4.tambahan pula,
    5.akhirnya,

    BalasPadam
  2. maksudnya, kalau kita dah terlebih patah perkataan melebihi arahan boleh ke? still tak faham.

    BalasPadam
  3. ARAHAN MESTI JAWAB 80 PATAH PERKATAAN
    - KURANG PUN BOLEH

    NAK PASTIKAN TAK LEBIH

    BACA PETIKAN
    BACA PETIKAN KALI KE 2
    GARISKAN KEHENDAK SOALAN
    GARISKAN ISI DALAM PETIKAN - AMBIL 5
    KALAU RAJIN BUAT 6 - UNTUK COVER KALAU ISI KITA TAK CUKUP
    KIRA BILANGAN PATAH PERKATAAN YANG KITA DAH GARISKAN TU
    MASUKKAN PENANDA WACANA DI HADAPAN ISI.
    BUAT ISI JANGAN TAK ADA SUBJEK/JANGAN POTONG-POTONG SANGAT/ KEKALKAN MAKSUD AYAT
    SALIN SEMULA
    DAH SIAP

    BalasPadam