H.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
1. Elakkan pengambilan makanan yang
berkolestrol tinggi demi tahap kesihatan yang lebih baik.
2. Jackson membaca kandungan emel
itu berkali-kali sebelum membuat keputusan yang dirasakan sesuai.
3. Hasil kraftangan yang dipamerkan
di galeri itu cantik-cantik belaka.
4. Kampung saya dilanda banjir
kerana air dari ampangan melimpah.
5. Baju-baju itu perlu disidai
semula di ampaian kerana masih lembab.
6. Lauk gulai taugeh yang dimasak oleh
Mak Cik Salbiah sangat lazat.
7. Peninju muda dari Sabah berjaya
merangkul pingat emas dalam kejohanan itu.
8. Reban ayam itu baru dibena oleh
datuk beberapa hari yang lalu.
9. Gerai paling hujung menjual
murtabak daging dan ayam.
10. Hidangan belot masak berlada
merupakan antara hidangan unik yang dijual di restoran itu.
J.Kesalahan ejaan
1. Kakak akan menyambung pelajaran
dalam bidang teknoloji maklumat.
2. Adik menonton basikalnya pulang
ke rumah kerana rantai basikalnya putus.
3. Bilik guru terletak di tingkat
tiga belok sebelah.
4. Kebanyakan perabut yang ada di
rumahnya diimport dari Itali.
5. Negara kita mengamalkan dasar
antiisrael.
6. Juru rawat yang bertugas di wad
5A malam tadi agak kasar orangnya.
7. Kasih ibu kasih yang agong dan
tiada tandingannya.
8. Ayah ke Bandar untuk menerima
rawatan reflexsologi
9. Semua pelajar di kelas itu sedang
tekun mengulangkaji pelajaran.
10. Ibu bapa perlu menurunkan tanda
tangan di borang kebenaran itu.
11. Pada sessi akan datang dia akan
mengambil kursus jahitan pula.
12. Aktiviti ko-kurikulum pada minggu
ini dibatalkan.
13. Abang ke pasar malam untuk
membeli murtabak ayam.
14. Pendidikan pra-sekolah amat
penting untuk perkembangan awal kanak-kanak.
15. Ibu meminta angah membeli sepapan
telor ayam di kedai Pak Mat.
16. Peninju ini telah memenangi
beberapa kejohanan sebelum ini.
17. Emak sedang menyiang beberapa ekor belot untuk hidangan pada malam
nanti.
18. Pakar pemakanan itu sedang
menerangkan tentang bahaya pemakanan yang boleh membawa pada penyakit setrok.
19. Juru ukur tanah itu sedang
melakukan kajian lapangan untuk pembinaan jalan raya bertingkat.
K.Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
a. Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai
peniaga-peniaga bazar Ramadan mengambil kesempatan meniaga di tapak-tapak yang
disediakan. Ramai orang berpeluang membeli juadah berbuka puasa pada setiap
hari. Pengunjung bazar-bazar Ramadan ini kebiasaannya terdiri di dalam kalangan
penduduk setempat dan pekerja-pekerja yang berhampiran bazar tersebut.
b. Hari raya aidilfitri merupakan
sambutan hari raya yang utama bagi umat Islam. Perayaan ini diraikan setelah
umat Islam menjayakan ibadah puasa selama sebulan. Seluruh umat Islam didunia
akan meraikannya dengan penuh rasa kesyukuran dan saling bermaaf-maafan antara
satu sama lain.
c. Ibadah puasa menuntut kita dengan
mematuhi perintah agama. Umat Islam berkehendakan menahan nafsu hawa makan pada
waktu siang dan digalakan meningkatkan amal ibadat.
L.Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang
jawapan yang disediakan.
(i) Novel-novel di atas meja itu telah
dipinjam oleh saya daripada Najwa.
(ii) Wakil rakyat itu sedang berbual
dengan penuh semangat di atas pentas itu.
(iii) “Terima kasih di atas pertolongan
awak tempoh hari,” kata Ramlah kepada Siti.
(iv)
Projek perumahan yang terbiar itu menjadi sarang penagih dadah di taman itu.
(v)
Pameran kereta antik – kereta antik itu mendapat sambutan luar biasa daripada
peminat.
(vi)
Ibu menyuruh adikku mengemas semua alat permainannya ke dalam kotak besar.
(vii)
Tukang rumah itu sedang menggunakan siku-sesiku untuk mengukur dinding itu.
(viii) Kata-kata kesat majikan itu amat
tusuk ke dalam jiwa pembantu rumah itu.
(ix) Set perabot-perabot bilik tidur
mewah itu berharga lebih sepuluh ribu ringgit.
M. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
(i) Eunice merupakan olahraga wati sekolah
yang sukar untuk ditandingi.
(ii) Pakcik saya bekerja sebagai nelayan di
Mersing.
(iii)
Kekanda ingin tahu alasan adinda menolak pinangan untuk anakanda Dewi Cahaya.
(iv)
Tanah seluas seratus hektar itu telah dibeli oleh sebuah syarikat antara
bangsa.
(v)
Adli mampu makan lima biji durian sekaligus.
(vi)
Semua makhluk di dunia ini perlukan oxsigen untuk hidup.
(vii)
Pelbagai usaha untuk membenteras najis dadah selama itu seperti kurang berjaya.
(viii) Setiap kali musim perayaan keadaan di
lebuhraya sentiasa mengalami kesesakan.
(ix)
Surat khabar merupakan media masa yang paling murah untuk rujukan umum.
(x)
Pada bulan Febuari yang lepas, beliau telah mengerjakan umrah di Mekah.
N. Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan
nyatakan jenisnya.
(i) Nenek menjahit baju raya.
(ii) Gadis cacat itu bersopan-santun
orangnya.
(iii) Najla dan Najwa pergi ke Aeonmall
untuk membeli baju raya.
(iv) Warna isi durian ini tidak sekuning
durian yang ditanam oleh datuk.
(v) Baik ayah mahupun ibu, mereka sangat
meminati hobi melancong.
(vi) Jangan sesiapa mandi-manda di lombong
itu.
(vii)
Jemputlah jamah kuih-muih ini.
(viii) Tolong berikan buku latihan ini
kepada Cikgu Deen.
(ix)
Sungguh banyak hasil karya pengarang terkenal itu.
(x)
Pak Man menjolok buah manga di belakang rumahnya.
"Kekanda ingin tahu alasan adinda menolak pinangan untuk anakanda Dewi Cahaya"... Di mana kesalahan ejaannya???
BalasPadam