E.Dalam
petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan.
Petikan 1
Graduan
perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan dan
karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat
yang mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila
memasuki alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri
alam kerjaya agar mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang
lebih mencabar.
Petikan 2
Amira
ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya seorang
penorih getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi mencari pedapatan
lebih semata-mata untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak. Tidak suka
melakukan perkara yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa lapangnya dengan
membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.
Petikan 3
Atau
sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu.
Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun
terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi
pendidik di sebuah kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika
kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhain di luar bandar.
Petikan 4
Mendengar
basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke dapur dan
membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang curam dan embah
turun hingga ke pertengahhan tangga. Datuk menyurung basikal ke atas dan segera
disambut oleh embah.
Petikan 5
Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya
memburukan keadaan. Ada pemandu yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak
kenderaan sesuka-hati dan juga memotong di sebelah kiri. Sikap negative ini
perlu dikikis kerana boleh membawa padah dan menyusahkan pihak lain.
F.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
- Ikutlah rasmi padi, makin
tunduk makin berisi.
- Emak menyediakan mee goreng
untuk sarapan kami sekeluarga pagi tadi.
- Cikgu Hadi merupakan Ketua
Panitia matapelajaran Sejarah di sekolah saya.
- Mereka sekeluarga akan
ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi.
- Setiap pelajar perlu
mendapatkan tanda tangan ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan
menyertai lawatan itu.
- Pelbagai langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung masalah kesesakan
lalulintas di bandar-bandar besar.
- Para pelawat diminta
berkumpul di cafeteria untuk satu taklimat ringkas.
- Semua pihak perlu
menggembeleng tenaga dalam mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
- Campurtangan kuasa luar
tidak digalakkan jika kita mahu menyelesaikan masalah ini dengan segera.
- Ramai yang tidak tahu bahawa
Amir dan Amira adik beradik kembar.
G.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Pasaraya yang baru dibuka
itu sedang mengadakan jualan pembukaan.
- Kanak-kanak itu sedang
dirawat di hospital kerana mengidap penyakit leukimia.
- Semua urusan jual-beli di
sekitar masjid itu perlu dihentikan buat sementara waktu demi menghormati
waktu solat.
- Pak Mat membuat beberapa
batas baru di kebunnya untuk menanam kobis.
- Firman tidak ke sekolah hari
ini kerana diserang demam selsema.
- Illustrasi menarik itu
dilukis oleh seorang kartunis muda yang berbakat.
- Merida sedang menyediakan
puding kastad kegemaran ibunya.
- Encik Mujahid sedang
meneliti pelan insuran yang sesuai buat ahli keluarganya.
- Baucer buku itu boleh
digunakan di semua kedai-kedai buku utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan