CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 5 Ogos 2015

tugas dan tanggungjawab jawatankuasa pengurusan sekolah



JAWATAN KUASA INDUK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM
Tugas dan tanggungjawab
1.         Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum, sahsiah murid dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.         Bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah.
3.         Membimbing kakitangan akademik dan sokongan dalam menjalankan tugas harian mereka.
4.         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
5.         Lain-lain tugas seperti yang terdapat dalam Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.


JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH

Tugas dan tanggungjawab
1.         Memastikan segala perbelanjaan mengikut arahan jabatan.
2.         Merekod dan mengemaskinikan segala perbelanjaan yang dilakukan.
3.         Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.
4.         Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
5.         Bermesyuarat sekurang-kurang 4 kali setahun


JAWATANKUASA ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN
Tugas dan tanggungjawab
1. Menyelia kakitangan sekolah.
2. Memastikan kesemua kakitangan sekolah dapat bertugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.
3. Memastikan segala tugas dilaksanakan dengan sempurna dan berkualiti.
4. Mengenalpasti masalah dan memberi khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan yang sewajarnya.
5. Menjaga kebajikan semua kakitangan
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN ASET SEKOLAH
Tugas dan tanggungjawab
1. Menyemak dan mengenal pasti kedudukan aset
2. Memastikan semua aset alih dan tidak alih kerajaan didaftar pada kad-kad tertentu
3. Memastikan semua aset telah dilabel
4. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA KERJA  PENGURUSAN ASET  SEKOLAH

Tugas dan tanggungjawab
1. Menyemak dan mengenal pasti kedudukan aset
2. Memastikan semua aset alih dan tidak alih kerajaan didaftar pada kad-kad tertentu
3. Memastikan semua aset telah dilabel
4. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA  ( SKPM )
Tugas dan tanggungjawab:
1.    Mengadakan mesyuarat JK SKPM
2.    Memahami dan mengkaji SKPM  standard 1 hingga 5.
3.    Berbincang dan melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS)
4.    Merumus dan memutuskan keputusan dan mendokumentasikan PKS
5.    Menyedia, melaksana dan memantau Rancangan Kemajuan Sekolah (RKS)
6.    Menilai pencapaian Standard Kualiti Sekolah.
7.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA  DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH

Tugas dan tanggungjawab
1.        Membantu menyelaras pengurusan sistem melibatkan pengurusan data seperti EMIS, SMM (Sistem Maklumat Murid), SMA (Sistem Maklumat Asrama), EG Tukar (Pertukaran Guru Online), PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), SAP (Sistem Analisa Peperiksaan), sistem pemarkahan Kokurikulum, jadual waktu, STUDM (Sistem Tingkahlaku Disiplin Murid), dan sebagainya yang terlibat..
2.        Mewujudkan dokumen khusus (sekiranya perlu) untuk memudahkan pengurusan data dibuat untuk mengelak masalah keciciran data.
3.        Memberi pengetahuan dalam aspek teknikal melalui kursus dalaman (in house training) berkenaan dengan pengurusan sistem masing-masing.
4.        Mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA  PEMBANGUNAN , KEMUDAHAN FIZIKAL DAN KECERIAAN SEKOLAH
Tugas dan tanggungjawab:

1.  Mengesan dan mengenalpasti kerosakan bangunan sekolah dan asrama serta menentukan ‘prioriti’ pembaikannya.
2.  Mengenalpasti keperluan atau kelengkapan padang dan gelanggang seterusnya mengambil tindakan terutama di waktu padang atau gelanggang diperlukan untuk kegunaan.
3.  Menyelia pembaikan dan pengubahsuaian bangunan sekolah, padang dan gelanggang.
4.  Menyemak sesuatu projek itu telah siap atau belum.
5.  Merancang dan melaksanakan program keceriaan sekolah dan asrama.
6.  Mengurus harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara.
7.  Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat
8.  Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.




JAWATANKUASA  LEMBAGA TATATERTIB GURU DAN BUKAN GURU
Tugas dan tanggungjawab:

1.      Merangka dan menentukan dasar disiplin dan peraturan sekolah selaras dengan perintah am yang mesti dipatuhi oleh guru dan kakitangan bukan guru.
2.      Membantu menyelesaikan disiplin guru dan kakitangan bukan guru.
3.      Mengambil tindakan ke atas guru dan kakitangan bukan guru yang melanggar disiplin walaupun telah diberi amaran.
4.      Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan serta melaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.



JAWATANKUASA  PERISYTIHARAN HARTA

Tugas dan tanggungjawab:
1.            Mengedarkan Borang Pengisytiharan Harta dan memberi taklimat mengenainya.
2.            Menyemak borang berkenaan.
3.            Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
4.            Meluluskan Borang Pengisytiharan harta yang telah lengkap.
5.            Menghantar senarai guru dan kakitangan yang telah diluluskan pengisytiharan harta ke Jabatan Pelajaran Negeri.

JAWATANKUASA  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Tugas dan tanggungjawab:
1.         Memastikan semua guru dan kakitangan bukan guru sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh komited dan berdedikasi.
2.         Merancang pelbagai program yang dapat memotivasikan guru dan kakitangan bukan guru dalam menjalankan tugasnya supaya lebih kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih produktif dan berkualiti.
3.         Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi.
4.         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA  PENILAIAN PRESTASI GURU & STAF SOKONGAN
Tugas dan tanggungjawab:

1.         Mengedar borang prestasi dan memberi taklimat mengenainya.
2.         Menyemak dan menilai borang prestasi berkenaan.
3.         Mengadakan mesyuarat dan menentukan prestasi guru dan kakitangan.
4.         Menyemak, Menilai, Merekod dan menghantarnya ke PPD dan JPN.



JAWATANKUASA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK/
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH

Tugas dan tanggungjawab:
1.         Merancang pelan strategik yang akan dilaksanakan pada tahun tersebut.
2.         Menyusun dan menjilidkan plan strategik tahunan tersebut.
3.         Memastikan semua plan strategik yang dirancang dilaksanakan dengan berkualiti.
4.        Membuat laporan aktiviti tersebut di akhir tahun.
5.        Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun

JAWATANKUASA  ICT
Tugas dan tanggungjawab:

1.        SETIAUSAHA
                              i.        Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT sekolah.
                            ii.        Menguruskan latihan dan kursus dalaman.
                           iii.        Menguruskan kewangan jawatankuasa ICT sekolah.
                           iv.        Menyelaras perlaksanaan segala perancangan ICT sekolah.
                            v.        Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah.
                           vi.        Menyediakan jadual penggunaan makmal dan guru bertugas.
                          vii.        Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah.
                        viii.        Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT sekolah.

2.        JAWATANKUASA BLOG/WEB/FROG
                              i.        Merancang dan melaksanakan program blog / web / frog sekolah.
                            ii.        Menghasilkan, mengurus dan mengemaskini blog / web / frog sekolah.

3.        JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN
                              i.        Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan bahan-bahan perisian.
                            ii.        Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal.
                           iii.        Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer.
                           iv.        Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
                            v.        Membaikpulih komputer-komputer yang mengalami kerosakan.
                           vi.        Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

4.        JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS
                              i.        Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
                            ii.        Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
                           iii.        Membantu jawatankuasa-jawatankuasa lain dalam melaksanakan aktiviti.
                           iv.        Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
5.        JAWATANKUASA PERSEMBAHAN DAN DOKUMENTASI DIGITAL
                              i.        Menyiapkan bahan persembahan digital seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan sekolah.
                            ii.        Mendokumentasikan persembahan yang dihasilkan dalam bentuk cakera padat.

6.        JAWATANKUASA MAKMAL MULTIMEDIA
                              i.        Memastikan tahap keselamatan makmal dalam keadaan memuaskan.
                            ii.        Menguruskan penggunaan makmal oleh guru dan pelajar.
                           iii.        Menguruskan stok, inventori dan harta modal.
                           iv.        Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
                            v.        Menyusun dan mengemaskini laman web sekolah.

JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1.    Menubuhkan jawatankuasa kerja penerbitan buletin/majalah sekolah.
2.    Mengadakan mesyuarat penyelarasan tugas jawatankuasa kerja dari semasa ke semasa.
3.    Mencari maklumat berkaitan yang membantu penerbitan buletin/majalah.
4.    Mengumpul sumbangan karya, artikel-artikel, foto-foto dan bahan-bahan lain untuk dimuatkan dalam buletin/majalah.
5.    Melakukan proses pemurnian dan penyuntingan bahan-bahan.
6.    Menyelaraskan sesi fotografi guru, staf sekolah dan pelajar-pelajar mengikut bidang masing-masing.
7.    Mencari sumbangan daripada organisasi kerajaan, bukan kerajaan dan badan-badan persendirian untuk menampung kos percetakan.
8.    Mengendalikan urusan pembayaran daripada pelajar-pelajar.
9.    Berurusan dengan koperasi dan pihak percetakan yang dipilih.
10. Menerbitkan majalah sekolah dalam bentuk cetakan dan elektronik.
11. Mengedarkan majalah kepada warga sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan