GURU
SEJARAH BERKESAN
Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri
personal, profesional, sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada
mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah, guru
sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang
kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan
berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya
seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :
(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid.
(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.
(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.
(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.
(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model' kepada para pelajar.
(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi mereka.
(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.
(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah.
(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.
(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid.
(11) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.
Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah.
Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.
Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik dan strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru, pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.

Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat
patriotime di kalangan murid.
Pendahuluan
Sudah
terhantuk baru tengadah” begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan
apabila kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk,
selagi itulah kita alpa dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat
akan pengalaman lepas atau pengalaman individu lain.
Di sinilah
letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak
lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi
muda yang mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya.
Dalam
perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda
semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini,
mereka tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat
mata pelajaran berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia,
Matematik tambahan, kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan
kerjaya mereka.
Kepesatan
perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring perkembangan
ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat terhadap mata
pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya.
Mereka
melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu sains
semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama, masyarakat
di sini juga perlu menguasai ilmu sains. Hal ini memang tidak dapat dinafikan
ada relevannya. Namun, kehebatan sesebuah tamadun bukanlah terletak pada
pencapaian gemilang ilmu sains sahaja. Sebaliknya, ia perlu diimbangi dengan
keutuhan jati diri rakyat yang datangnya daripada ilmu kemanusiaan.
Kita sering
membuat perbandingan tentang betapa indahnya kota cinta Paris, hebatnya
teknologi penyiasatan CSI di New York, dan kecanggihan sistem pengangkutan awam
di kota London. Kemudian kita persoalkan kenapa ia tidak berlaku di negara
kita? Ditambah lagi persoalan, walaupun mereka hebat berteknologi, namun
masyarakatnya punya jati diri yang utuh. Perlu diingat mereka ini pewaris
bangsa penjajah. Ketamadunan mereka dibina dengan “keserasian” ilmu sains dan
ilmu kemanusiaan juga. Teori-teori ilmu kemanusiaan dan sains sosial berkembang
di negara mereka. Lantas kita di sini juga menghantar para pelajar mempelajari
pengalaman mereka.
Barat dapat
diperhatikan perkembangan kedua-dua bidang ilmu, iaitu sains dan kemanusiaan.
Hal ini bagi mereka penting kerana proses pembinaan jati diri sebagai rakyat
perlu diimbangi. Maka tidak hairanlah, dalam sistem pendidikan mereka mata
pelajaran Geografi dan Sejarah menjadi keutamaan bermula di peringkat rendah
lagi.
Hal ini
demikian kerana menurut mereka bagi melahirkan generasi yang bangga dengan
negaranya, mereka perlu didedahkan dengan keagungan tamadun bangsa mereka yang
diwarisi zaman-berzaman. Mereka juga didedahkan dengan dunia luar di peringkat
sekolah rendah lagi. Mereka perlu menjadi pewaris bangsa penjajah juga, tetapi
dalam konteks dunia yang baharu, iaitu globalisasi.
Persoalannya,
di manakah mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita? Sementelahan
kita asyik mempersoalkan generasi muda merupakan pewaris generasi masa depan
negara. Kita perlukan perubahan minda dalam kalangan masyarakat tentang mata
pelajaran Sejarah.
Memang tidak
dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian Tempatan
kepada para pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat
menengah diteruskan dengan mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga
lima. Di peringkat rendah, para pelajar didedahkan dengan konsep asas sejarah,
bermula yang dekat dengan diri mereka, keluarga, masyarakat, kawasan setempat
dan peristiwa penting sejarah negara. Di peringkat sekolah menengah pula,
mereka mempelajari sejarah politik, ekonomi dan sosial negara berlatar belakang
zaman prasejarah, Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia,
prakemerdekaan, sehinggalah negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika
dilihat secara kasar, kurikulum sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya.
Namun di manakah kecacatan yang menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah
ini? Adakah guru yang kurang kemahiran “dipaksa” mengajar sejarah atau pun
penggubalan kurikulum itu kurang menarik perhatian pelajar? Sememangnya
persoalan ini kritis untuk dijawab. Pakar pedagogi dan mereka yang terlibat
dengan pembinaan kurikulum ini sahaja yang boleh merungkaikannya. Tetapi, itu
persoalan yang terus berlaku dan akan terus berlaku, selagi kesan pembinaan
generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.
Anjakan
paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan. Sejarah
bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di
atas fakta yang kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan
diri sendiri, masyarakat atau negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah.
Sekurang-kurangnya kita pernah berkata, “tidak ingatkah apa yang telah berlaku
dahulu”. Hal ini merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Ini
juga suatu disiplin dalam sejarah. Masyarakat perlu ada kefahaman bahawa
Sejarah itu bukanlah suatu mata pelajaran yang perlu menghafal semata-mata
tentang sesuatu peristiwa. Sebaliknya, jika ditelusuri banyak kemahiran yang
cuba digarap melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar
tentang kemahiran Kajian Masa Depan. Melalui kemahiran ini, para pelajar
dilatih menggunakan fakta yang sedia ada untuk meramalkan apa yang akan berlaku
pada masa depan. Selain itu, semangat ingin tahu disemaikan ke dalam jiwa
pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran Inkuiri Penemuan. Kemahiran ini
penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa mempersoalkan fakta yang
diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta tersebut. Ini
merupakan sebahagian daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran sejarah
yang mungkin tidak disedari oleh para ibu bapa.
Kita tidak
mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang dicanang oleh
liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali dalam
bentuk yang baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah
boleh diibaratkan kepada perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G,
sekiranya rakyat tiada jati diri yang kukuh. Janganlah kita menjadi seperti
kata pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Pembinaan jati
diri ini hanya dapat dipupuk melalui kesedaran terhadap kepayahan generasi
terdahulu membina sebuah negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah merupakan faktor
penting dalam mencapai usaha tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan