CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 5 Ogos 2015

DASAR KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



DASAR KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.     Latar Belakang.


Kurikulum merupakan urusan utama yang menjadi tumpuan dalam bidang pendidikan. Satu dasar yang komprehensif, selaras dan berkesan mengurus pencapaian akademik serta mampu menangani keseluruhan masalahnya amat perlu disediakan. Objektif.

Penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-objektif berikut :-

1.1.1       Menjadi garis panduan kepada warga sekolah dalam melaksanakan  pengurusan kurikulum di sekolah
1.1.2       Memantapkan pengurusan kurikulum dan pentadbiran di sekolah pada semua peringkat iaitu Pengetua, GPK Akademik dan Pentadbiran, Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia, setiausaha-setiausaha jawatankuasa kurikulum dan juga guru-guru penolong.
1.2   Memenuhi keperluan standard kualiti pengurusan pendidikan yang ditetapkan di dalam instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

2.     Dasar.


2.1          Setiap dasar dan peraturan yang digunapakai  hendaklah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2.2          Kurikulum yang dilaksanakan hendaklah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
2.3          Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa dari Sektor Pendidikan
2.4          Dalam apa-apa keadaan program kurikulum/akademik perlulah diutamakan berbanding program lain sekiranya berlaku pertindihan program di sekolah.

3.     Mesyuarat.


3.1    Jawatankuasa Kurikulum.
3.1.1       Ahli jawatankuasa kurikulum dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun termasuk post mortem peperiksaan.
3.1.2       SU Kurikulum hendaklah menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat dan mengedarkan kertas tindakan minit dalam tempuh satu minggu sebelum setiap mesyuarat kepada setiap pihak yang berkenaan dalam minit untuk dilaporkan tindakan yang perlu dan dibentang dalam mesyuarat.
3.1.3       Minit mesyuarat hendaklah diedarkkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu selepas mesyuarat untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat.
3.1.4       Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat masing-masing minima 4 kali termasuk post mortem mata pelajaran masing-masing.
3.1.5       Minit mesyuarat panitia mata pelajaran hendaklah disimpan di dalam fail pengurusan panitia, satu salinan kepada GP Kanan Pentadbiran dan SU Kurikulum untuk simpanan/rekod.
3.1.6       Agenda mesyuarat kurikulum hendaklah meliputi :-
3.1.6.1           Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3.1.6.2           Laporan tindakan minit dan perkara berbangkit.
3.1.6.3           Laporan peruntukan dan perbelanjaan kewangan bidang/panitia
3.1.6.4           Laporan GK Mata Pelajaran
3.1.6.5           Takwim aktiviti kurikulum.
3.1.6.6           Rancangan program peningkatan pencapaian akademik.
3.1.6.7           Pelan strategi, taktikal dan operasi bersama analisa SWOT.
3.1.6.8           Penetapan gred peperiksaan menengah rendah dan menengah atas.
3.1.6.9           Pengurusan peperiksaan/ujian dalaman dan awam
3.1.6.10         Kerja kursus dan pentaksiran serta pemeriksaan buku latihan/ujian
3.1.6.11         Pengurusan buku rekod mengajar, kelas dan P&P.
3.1.6.12         Kursus-kursus dalaman/perkembangan staf.
3.1.6.13         Pengurusan P & P.



3.1.7       Agenda mesyuarat post mortem hendaklah melibatkan perbincangan :-
3.1.7.1           Analisa pencapaian panitia mata pelajaran.
3.1.7.2           Laporan post mortem analisa mata pelajaran
3.1.7.3           Laporan pelaksanaan dan keberkesanan program akademik
3.1.7.4           Cadangan penambahbaikan program
3.1.7.5           Takwim program-program.

3.2      Sukatan dan huraian sukatan pelajaran.
3.2.1       Isi kandungan.
3.2.1.1       Sukatan pelajaran setiap subjek hendaklah sentiasa terkini termasuk huraian sukatan pelajaran (HSP).
3.2.1.2       Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini mesti ada dalam simpanan / fail panitia mata pelajaran.
3.2.1.3       Setiap guru mata pelajaran mesti meletakkan / menampalkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini di dalam buku rekod mengajar.
3.2.1.4       Sekiranya tidak disertakan di dalam rekod mengajar hendaklah dimasukkan ke dalam fail dan boleh disediakan / diserahkan dalam tempuh lima minit apabila diminta berbuat demikian oleh pihak pemantau / pencerap / penyelia.
3.2.1.5       Bagi kes disimpan di dalam fail, pada ruangan sukatan dan huraian sukatan pelajaran di dalam buku rekod mengajar hendaklah dituliskan “sila rujuk fail sukatan pelajaran”.
3.2.1.6       Fail hendaklah diserahkan bersama-sama buku rekod mengajar untuk semakan dan pengesahan oleh pengetua pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan.
3.2.2       Penyimpanan dan senggaraan.
3.2.2.1       Buku Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di- dalam bilik darjah.
3.2.2.2       Guru hendaklah membawa buku rekod mengajar setiap kali melaksanakan proses P&P.
3.2.2.3       Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak oleh pengetua atau GPK atau guru kanan bidang mengikut ketetapan sekolah pada akhir hari persekolah setiap minggu.
3.2.2.4       Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi setiap orang guru dan kehilangannya perlu dilaporkan kepada pihak polis.
3.2.2.5       Setiap maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna.
3.2.2.6       Setiap guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan Buku Rekod Mengajar masing-masing.
3.2.2.7       Rancangan pelajaran harian mestilah sekurang-kurangnya mengandungi lima (5) perkara asas seperti di dalam Surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 3/1999 :-
3.2.2.7.1       Tajuk / Isi Pelajaran
3.2.2.7.2       Objektif pelajaran
3.2.2.7.3       Aktiviti
3.2.2.7.4       KBKK
3.2.2.7.5       Refleksi
3.2.2.8       Rancangan pelajaran mestilah dipatuhi semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
3.2.2.9       Sekiranya seseoranng guru itu tidak dapat hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan proses P&P, bukuk rekod mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada pengetua sehari sebelum bagi maksud diambil alih tugas oleh guru pengganti.
3.2.2.10     Buku rekod mengajar mestilah diserahkan kepada pihak sekolah pada akhir sesi persekolahan hujung tahun.
3.2.2.11     Menulis buku rekod mengajar hendaklah menggunakan dakwat warna hitam atau biru sahaja.
3.2.2.12     Bagi sekolah yang menggunakan system e-book bagi tujuan rancangan mengajar, hendaklah dipastikan bahawa setiap rancangan telah dicetak dan dibawa masuk ke dalam kelas.
3.3   Pelaksanaan dan ketetapan tempuh sukatan.
3.3.1       Sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan setiap tahun seperti berikut :-
3.3.1.1           Tingkatan 1, 2 dan 4 dihabiskan pada bulan September.
3.3.1.2           Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan Julai.
3.3.1.3           Tingkatan 5 dihabiskan pada bulan Ogos.


3.3.1.4           Tingkatan 6B dihabiskan pada bulan Oktober
3.3.1.5           Tingkatan 6A dihabiskan pada bulan Ogos.
3.3.2       Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah:-
3.3.2.1           Berpusatkan murid.
3.3.2.2           Menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
3.3.2.3           Menggunakan dan menguasai kaedah P&P terkini seperti konteksual, pembelajaran masteri dan lain-lain.
3.3.2.4           Kualiti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa dipertingkatkan.

4.     Sistem fail.


4.1      Satu sistem fail sekolah hendaklah diguna selaras dengan sistem pengurusan fail JPN negeri masing-masing.
4.2      Fail pengurusan kurikulum/bidang/panitia hendaklah disimpan di satu tempat yang teratur bagi memudahkan rujukan dan seliaan.
4.3      GK Mata Pelajaran hendaklah menyelia fail-fail panitia setiap 6 bulan dan memberi teguran sekiranya perlu terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.
4.4      Bilangan fail sebanyak 10 buah sepertimana yang telah ditetapkan oleh JPN meliputi :-
4.4.1       Fail surat menyurat
4.4.2       Fail minit mesyuarat
4.4.3       Fail sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
4.4.4       Fail pekeliling ikhtisas
4.4.5       Fail jadual waktu guru
4.4.6       Fail profil guru mata pelajaran
4.4.7       Fail takwim akademik
4.4.8       Fail analisa peperiksaan / post mortem
4.4.9       Fail bank soalan
4.4.10    Rekod pemantauan

5.     Peperiksaan.

5.1   Pengurusan peperiksaan dan penilaian
5.1.1       AJK peperiksaan dan penilaian adalah terdiri daripada:-
5.1.1.1           Pengerusi                              -           Pengetua
5.1.1.2           N.Pengerusi                           -           PK Pentadbiran
5.1.1.3           Setiausaha                            -           GK Bidang
5.1.1.4           Penyelaras PMR       
5.1.1.5           Penyelaras SPM
5.1.1.6           Penyelaras STPM
5.1.1.7           Penyelaras STAM
5.1.1.8           Penyelaras tingkatan (Tingkatan 1-6)
5.2   Takwim peperiksaan.
5.2.1       Ujian bulanan
5.2.2       Peperiksaan penggal.
5.2.3       Ujian topikal
5.2.4       Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM
5.3   Jadual kerja.
5.3.1       Panitia mesti menentukan jadual penyediaan dan penggubalan soalan mengikut tingkatan.
5.3.2       Semua soalan mestilah disemak oleh Ketua Panitia dan mendapat sokongan Guru Kanan Bidang
5.3.3       Soalan hendaklah dicetak 2 minggu sebelum peperiksaan dan disimpan dalam bilik soalan.
5.3.4       Setiap kertas soalan mesti dicetak secara mencukupi untuk semua tingkatan.
5.3.5       Setiap soalan mestilah siap dibungkus dan dicatatkan kelas/tingkatan, nama pengawas dan pemeriksa.
5.3.6       Ditaip menggunakan huruf “Times Roman” dengan saiz 12.
5.3.7       Soalan objektif hendaklah ditaip dalam satu kolum atau dua kolum sahaja.
5.3.8       Semua bungkusan kertas soalan hendaklah ditampalkan
“cover” bermaklumat yang telah disediakan oleh unit peperiksaan.
5.4   Panduan penggubal soalan.
5.4.1       Digubal mengikut peperiksaan sebenar.
5.4.2       Soalan mestilah meliputi sukatan pelajaran yang telah diajar pada setiap kelas/tingkatan dan dipersetujui oleh setiap guru mata pelajaran.
5.4.3       Setiap set soalan mestilah dibina berdasarkan JSU sama ada aras soalan dan juga jumlah soalan



5.4.4       Penggubal hendaklah menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan dan diperbanyakkan bagi keperluan pemeriksa.
5.4.5       Penggubal hendaklah mendapat pengesahan dari ketua panitia dan juga Guru Kanan Bidang sebelum mencetak soalan.
5.4.6       Satu salinan kertas soalan hendaklah diserahkan kepada SU Kurikulum bagi tujuan rekod / bank soalan selain simpanan panitia.
5.4.7       Bagi tujuan cetakan, penggubal hendaklah mendapatkan pengesahan dari Penolong Kanan.Borang cetakan disediakan.
5.4.8       Penggubal hendaklah memastikan tiada berlaku kebocoran soalan sehingga waktu peperiksaan.
5.5   Pengawasan peperiksaan.
5.5.1       Setiausaha peperiksaan bertanggungjawab menguruskan penyediaan dewan dan bilik peperiksaan.
5.5.2       Jarak kedudukan meja peperiksaan hendaklah memenuhi peraturan peperiksaan sebenar.
5.5.3       PK Akademik dan SU peperiksaan bertanggungjawab mengumumkan tarikh peperiksaan dan jadual pengawasan.
5.5.4       Satu peraturan peperiksaan hendaklah dimaklumkan kepada guru dan juga murid.
5.5.5       Pengawas hendaklah berada di dalam bilik atau dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu peperiksaan berlangsung bagi memastikan kesediaan murid menghadapi peperiksaan.
5.5.6       Sebuah jam besar perlu disediakan di hadapan bilik/dewan peperiksaan bagi keperluan murid merancang masa menjawab soalan.
5.5.7       Pengawas bertanggung jawab memastikan murid bersedia menjalani dan mematuhi segala peraturan peperiksaan.
5.5.8       Pengawas bertanggungjawab mengumpul dan menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa setelah tamat peperiksaan.
5.5.9       Pengawas bertanggungjawab memastikan murid tidak menipu dalam peperiksaan dan mengawal keluar masuk murid dari bilik atau dewan peperiksaan sepanjang waktu peperiksaan.
5.6   Dasar peratusan markah untuk menengah rendah.
5.6.1       Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah.
5.6.2       Jumlah markah akhir tahun 100% akan menentukan kedudukan kelas pada tahun berikutnya.
5.7   Dasar peratus markah menengah atas.
5.7.1       Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah
5.7.2       100% markah akhir tahun untuk menentukan kedudukan kelas tahun berikutnya.
5.8   Format peperiksaan.
5.8.1       Ujian bulanan – masa menjawab hanya 1 jam sahaja dan melibatkan topik-topik yang diajar pada bulan-bulan semasa.
5.8.2       Peperiksaan penggal – masa menjawab adalah mengikut masa sebenar. Soalan hendaklah meliputi sukatan yang perlu dihabiskan. Pengendalian peperiksaan juga perlu mengikut piawaian peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak JKuasa Kurikulum.
5.9   Jadual pengawasan.
5.9.1       Ujian bulanan                     -           Mengikut jadual peribadi guru.
5.9.2       Masa ujian                         -           Serentak selama seminggu
5.9.3       Peperiksaan penggal         -           Mengikut jadual berpusat
5.9.4       Masa peperiksaan              -           Mengikut keperluan peperiksaan awam.
5.10    Rekod markah.
5.10.1    Markah ujian bulanan dan peperiksaan penggal dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan juga buku rekod pencapaian akademik.
5.10.2    Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan tidak lewat tiga minggu dari tarikh tamat peperiksaan dan hendaklah ditandatangani oleh guru tingkatan dan Pengetua atau GPK Akademik.
5.10.3    Buku rekod pencapaian akademik murid hendaklah ditandatangani oleh ibubapa atau penjaga pada majlis yang ditetapkan oleh sekolah.
5.10.4    Slip peperiksaan hendaklah dihantar kepada ibubapa atau penjaga secara pos. Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail/folder khas pelajar dan disimpan di bilik bimbingan dan kaunseling.
5.10.5    Rekod pencapaian kelas hendaklah ditampal di hadapan bilik darjah dan juga papan kenyataan umum untuk tatapan warga sekolah dan juga ibubapa/penjaga.






5.11    Syarat lulus.
5.11.1    Bagi menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) syarat lulus adalah mengikut keputusan mesyuarat jawatankuasa kurikulum.
5.11.2    Bagi menengah atas (tingkatan 4, 5 dan 6) syarat lulus adalah mengikut garis panduan PPD, Jabatan Pelajaran Negeri dan BPI.
5.11.3    Pelajar yang mendapat gred “D” dalam mana-mana matapelajaran peperiksaan penggal dianggap sebagai tidak mencapai tahap memuaskan untuk tingkatan 1, 2 dan 3.
5.12    Gred markah peperiksaan.
5.12.1    Menengah Rendah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5.12.1.1         A         =          85 – 100=         Cemerlang
5.12.1.2         B         =          70 – 84 =          Terbaik
5.12.1.3         C         =          65 – 69 =          Kepujian
5.12.1.4         D        =          50 – 54 =          Lulus
5.12.1.5         E         =          0 – 49   =          Gagal
5.12.2    Menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
5.12.2.1         A+       =          95 – 100=         Cemerlang
5.12.2.2         A         =          80 – 94 =          Cemerlang
5.12.2.3         A-        =          70 – 79 =          Cemerlang
5.12.2.4         B+       =          65 – 69 =          Kepujian
5.12.2.5         B         =          60 – 64 =          Kepujian
5.12.2.6         C+       =          55 – 59 =          Kepujian
5.12.2.7         C         =          50 – 54 =          Kepujian
5.12.2.8         D        =          45 – 49 =          Lulus
5.12.2.9         E         =          40 – 44 =          Lulus
5.12.2.10      G        =          0 – 39   =          Gagal
5.12.3    Menengah Atas (tingkatan 6 bawah dan 6 atas)
5.12.3.1         A          =          80 – 100-          Lulus penuh
5.12.3.2         A-         =          70 – 79 -           Lulus penuh
5.12.3.3         B+        =          65 – 69 -           Lulus penuh
5.12.3.4         B          =          60 – 64 -           Lulus penuh
5.12.3.5         B-         =          55 – 59 -           Lulus penuh
5.12.3.6         C+        =          50 – 54 -           Lulus penuh
5.12.3.7         C          =          40 – 49 -           Lulus penuh
5.12.3.8         C-         =          35 – 39 -           Lulus sebahagian
5.12.3.9         D+        =          30 – 34 -           Lulus sebahagian
5.12.3.10      D          =          25 – 29 -           Lulus sebahagian
5.12.3.11      F          =          0 – 24   -           Gagal
5.13        Post Mortem.
5.13.1    Satu mesyuarat bersama guru mata pelajaran hendaklah diadakan bagi membincangkan post mortem setiap mata pelajaran.
5.13.2    Post mortem secara bertulis hendaklah disediakan dan dibentangkan oleh Ketua Panitia setiap kali peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan peperiksaan penggal dikeluarkan dalam mesyuarat Jkuasa kurikulum.
5.13.3    Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu dan secara keseluruhan.
5.13.4    Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
5.13.5    Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan guru kaunseling.

6.     Jadual Waktu.

6.1   Pengurusan jadual waktu.
6.1.1       Ketua Panitia dan Guru kanan mata pelajaran hendaklah bertanggungjawab menyediakan “work load” jadual waktu.
6.1.2       “Work Load” jadual waktu yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Akademik untuk diserahkan kepada jawatankuasa jadual waktu ada akhir sesi persekolahan.
6.1.3       Jadual waktu persekolah hendaklah disediakan sebelum sesi persekolah baru bermula dan diserahkan kepada guru berkenaan pada hari mesyuarat guru kali pertama.
6.1.4       Jumlah waktu setiap mata pelajaran hendaklah mengikut ketetapan seperti yang termaktub di dalam akta pelajaran.
6.1.5       Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibenarkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
6.1.6       Jadual waktu anjal disarankan diamalkan pada waktu yang difikirkan perlu.
6.1.7       Dasar pengagihan mata pelajaran hendaklah wujudkan di sekolah. Keutamaan mengajar sesuatu mata pelajaran hendaklah kepada guru opsyen terlebih dahulu, pemeriksa kertas dan seterusnya.


6.1.8       Jadual guru ganti hendaklah disediakan pada setiap hari termasuk hari peperiksaan/ujian.
6.1.9       Penolong Kanan hendaklah mengesahkan ketidak hadiran guru dan memaklumkan kepada penyelaras jadual waktu agar menyediakan jadual guru ganti.
6.1.10    Guru yang telah mengetahui akan menjalankan tugas di luar sekolah digalakkan menawarkan waktu P&P mereka kepada guru lain.

7.       Buku teks, Pusat Sumber Sekolah,

7.1   Buku teks.
7.1.1       Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan buku teks Kementerian Pelajaran secara optimum dan menjadikannya sebagai rujukan utama dalam P&P. Buku-buku rujukan lain dibenarkan sebagai rujukan tetapi tidak dibenarkan dipaksakan kepada murid memilikinya.
7.1.2       Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti memastikan Komponen Sastera dibaca oleh semua pelajar dalam masa 60 hari selepas menerima buku teks. Semakan perlu dibuat melalui hasil sinopsis pelajar dalam Rekod Bacaan Nilam.
7.2   Pusat Sumber sekolah.
7.2.1       Penggunaan PSS pada waktu P&P hanya dibenarkan untuk tujuan pengajaran berfokus di bawah bimbingan guru.
7.2.2       Guru-guru ganti digalakkan membawa pelajar ke PSS untuk mencari maklumat.
7.2.3       Program NILAM PSS harus diselia oleh guru bahasa. Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun perlu dicatatkan bilangan buku Program NILAM yang dibaca oleh pelajar.
7.2.4       Buku-buku rujukan dan bahan bantu mengajar hendaklah dijadikan aset panitia dan digunakan secara optimum.
7.2.5       Jawatankuasa PSS perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7.2.6       GPK 1 perlu memantau penggunaan PSS melalui buku log dan senarai semak.

8.       Pemantauan dan Penyeliaan.


8.1   Pengajaran dan Pembelajaran.
8.1.1       Pengajaran dan pembelajaran guru / pelajar di dalam bilik darjah hendaklah dicerap sekali dalam seminggu
8.1.2       Guru-guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua, Guru Penolong dan Guru-guru kanan matapelajaran.
8.1.3       Jadual waktu pencerapan kan dikeluarkan pada setiap tahun.
8.1.4       Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap
8.1.5       Ketua panitia perlu mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.
8.1.6       Semua penolong kanan dan guru kanan akan diselia oleh Pengetua.

8.2   Pengurusan Panitia.
8.2.1       Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan guru kanan mata pelajaran  yang berkenaan.
8.2.2       Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
8.2.3       Semua fail pengurusan panitia akan disemak / selia dan diletakkan di dalam bilik khas.
8.2.4       Panitia mesti menentukan dalam mesyuarat bahawa jumlah latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para pelajar sepanjang tahun.
8.2.5       Semua panitia perlu membuat perancangan strategik, perancangan taktikal dan perancangan operasi yang lengkap dan menepati format KPM sesuai dengan keperluan sekolah.
8.2.6       Panitia juga perlu menyediakan penetapan TOV, OTI, ETR dan ATR bagi setiap mata pelajaran.
8.2.7       Guru-guru Kanan hendaklah memastikan panitia membelanjakan peruntukan kewangan secara optima, berkesan dan mematuhi peraturan kewangan sedia ada.
8.3   Penilaian dan peperiksaan.
8.3.1       Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan ujian dan peperiksaan di sekolah.
8.3.2       Jawatankuasa Unit Penilaian dan peperiksaan sekolah dibentuk dan diberikan senarai tugas tahunan.
8.4   Bilik-bilik khas.
8.4.1       Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.
8.4.2       Penyeliaan adalah seperti berikut :-
8.4.2.1     Bilik Bahasa                     -           Guru Kanan Bahasa
8.4.2.2     Bilik Kemanusiaan            -           Guru Kanan Kemanusiaan
8.4.2.3     Bilik PPSMI/Makmal         -           Guru Kanan Sains/Matematik
8.4.2.4     Bilik Pendidikan Islam      -           Guru Kanan Pendidikan Islam
8.4.2.5     Bilik APD                         -           Guru Media


8.4.2.6     Bilik KKQ                         -           Penyelaras PSS
8.4.2.7     Bengkel KH                      -           Guru Kanan Teknik / Vokasional.
8.5   Jadual, Buku Rekod dan peraturan Penggunaan serta sebuah jawatankuasa pengurusan bilik-bilik khas perlu diwujudkan dan berfungsi.
8.6   Keceriaan, kebersihan dan keselamatan bahan dan  peralatan hendaklah sentiasa diutamakan sepanjang masa.
8.7   Jawatankuasa Pemantauan adalah terdiri dari :-
8.7.1       Pengetua.
8.7.2       Penolong Kanan Pentadbiran
8.7.3       Penolong Kanan HEM
8.7.4       Penolong Kanan Kokurikulum
8.7.5       Guru-Guru Kanan Bidang / Mata Pelajaran.
8.8   Penyeliaan Buku Latihan Murid
8.8.1       Tugasan murid akan diselia oleh pihak pengurusan dua kali setahun.
8.8.2       Semua guru akan menyerahkan 10 buah buku latihan secara rawak dari setiap kelas yang diajar untuk disemak oleh ketua panitia.
8.8.3       Semua ketua panitia  dikehendaki menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar dan kelas yang diajar kepada Guru Penolong Kanan Akademik untuk disemak.
8.8.4       Semua Penolong Kanan hendaklah menyerahkan 10 buah buku latihan pelajar kepada Pengetua untuk semakan.
8.9   Mekanisma kawalan
8.9.1       Setiap bukti pentaksiran (evidence) mestilah disimpan di tempat yang selamat dan mudah dipantau.
8.9.2       Semua bahan bukti pentaksiran (evidence) hendaklah disimpan selama tempuh tiga (3) tahun sebelum dicadangkan untuk hapuskira.
8.10        Pelajar / murid
8.10.1    Semua Pelajar mestilah menyiapkan kerja kursus seperti yang ditetapkan oleh guru/panitia
8.10.2    Urusan penskoran pelajar yang berpindah hendaklah diuruskan oleh pihak sekolah.
8.10.3    Setiap panitia perlu mengeluarkan sijil PBS kepada setiap pelajar.
8.11        Pentaksir.
8.11.1    Pentaksir sekolah terdiri daripada guru matapelajaran yang ditetapkan oleh sekolah
8.11.2    Ketua pentaksir sekolah (ketua panitia) akan mengambil alih tugas pentaksir sekiranya berlaku kes-kes khas.
8.11.3    Setiap pentaksir perlu diberi surat pelantikan oleh pihak sekolah bagi tahun semasa..
8.12        Pentaksiran.
8.12.1    Mata pelajaran yang ditaksir adalah berdasarkan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.12.1.1   Setiap pentaksir mesti akur dan patuh kepada Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Sekolah
8.12.1.2       Pentaksiran hendaklah dilaksanakan mengikut piawaian format Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.12.1.3       Pentaksir digalakkan mengadakan pemeriksaan semula pentaksiran sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang diperlukan atau tidak puas hati dengan markah yang diperolehi (peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan sahaja).
8.12.2    Surat pemberitahuan pelaksanaan pentaksiran perlu diedarkan kepada ibubapa untuk maklumat dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibubapa pelajar.
9.     Perkembangan staf, kajian tindakan dan Bimbingan Taulan.

9.1   Perkembangan staf.
9.1.1       Sebuah jawatankuasa perkembangan staf hendaklah diwujudkan di sekolah bagi merancang dan menentukan kandungan serta hala tuju kursus yang dilaksanakan.
9.1.2       Mesyuarat boleh dilakukankan sekurang-kuranngnya 3 kali setahun mengikut keperluan sekolah.
9.1.3       Setiap guru dikehendaki menghadiri tidak kurang dari 7 hari dalam setahun dan dicatatkan dalam kad biru yang disediakan dan ditandatangani oleh urusetia kursus.
9.1.4       Kursus-kursus dalaman (in house training) boleh diadakan mengikut keperluan sekolah dengan menyediakan proses pelaksanaannya :-
9.1.5       Mengedarkan borang keperluan dan senarai kursus untuk dipilih oleh guru.
9.1.6       Menganalisis semua borang dan menentukan kandungan kursus yang lebih utama dan diperlukan.
9.1.7       Keutamaan kursus yang hendakl dilaksanakan adalah yang boleh mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran P&P guru di dalam kelas.


9.1.8       Penilaian impak kursus perlulah dilakukan bagi menilai keperluan membuat kursus susulan dan sebagainya kepada para guru. Cadangan penambahbaikan hendaklah disediakan sekiranya terdapat kekurangan dalam pelaksanaan kursus.
9.1.9       Laporan perkembangan staf hendaklah dihantar ke PPD, JPN dank e Bahagian Pendidikan Islam.
9.1.10    Salinan kad biru yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) di awal tahun berikutnya.
9.2        Kajian Tindakan.
9.2.1       Sebuah jawatankuasa kajian tindakan hendaklah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua.
9.2.2       Jawatankuasa perlulah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun mengikut keperluan sekolah.
9.2.3       Setiausaha hendaklah dilantik dari kalangan guru yang memiliki pendidikan peringkat Sarjana.
9.2.4       Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengenal pasti isu-isu penting yang berlaku di sekolah dan menentukan topik yang perlu dibuat kajian tindakan.
9.2.5       Kumpulan kajian tindakan ditentukan oleh pihak Pengurusan Sekolah dan diselia oleh seorang mentor bagi setiap kumpulan.
9.2.6       Jawatankuasa hendaklah dimaklumkan tentang perkembangan kajian tindakan tersebut dalam mesyuarat.
9.2.7       Pembentangan hasil kajian hendaklah dibuat dalam mesyuarat JKuasa dan diikuti dengan keputusan cadangan tindakan kepada pihak pengurusan sekolah.
9.2.8       Hasil kajian juga perlu dibentang dalam mesyuarat guru bersama dengan keputusan-keputusan jawatankuasa untuk dilaksanakan oleh warga sekolah.
9.2.9       Hasil kajian tindakan dan laporan pelaksanaan hendaklah dihantar ke Unit Kurikulum JPN (Sektor Pendidikan Islam), Bahagian Pendidikan Islam dan EPRD.
9.3         Bimbingan dan Taulan.
9.3.1       Sebuah Jawatankuasa Bimbingan dan Taulan hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dai bawah Jawatankuasa PPSMI.
9.3.2       Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah melantik guru Rakan Pembimbing mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
9.3.3       Guru-guru matematik dan sains yang mendapat aras 1 dan 2 diwajibkan mengikuti modul yang disediakan oleh Kementerian berdasarkan jangkamasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
9.3.4       Laporan hendaklah dihantar 3 kali setahun ke Bahagian Pendidikan Guru dan juga PPD daerah masing-masing.
9.3.5       Satu salinan guru-guru yang telah menghadiri kursus modul hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Akademik untuk makluman dan rekod.

10.       Program Kementerian Pelajaran.

10.1        Program Kementerian/Jabatan.
10.1.1    Sekolah hendaklah memastikan segala program Kementerian dan Jabatan yang diarahkan sama ada program kurikulum, dilaksanakan mengikut ketentuan masa yang ditetapkan.
10.1.2    Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan dokumentasi dan laporan pelaksanaan program-program Kementerian/Jabatan.

Tiada ulasan:

Catat Komen