CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 29 Jun 2015

TUGASAN PT 3 SEJARAH - VERSI CUKUP SYARAT



Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 : Ke arah penubuhan Persekutuan yang kukuh

Nama : Haikal Bin Zamri

Pengenalan 

Menjelang  tahun 1874 British melaksanakan dasar campur tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.  Namun begitu langkah mencampuri urusan dalam negeri Melayu telah bemula lebih awal di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab campur tangan tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia. British tidak mahu kepentingan ekonominya di Negeri Melayu diancam oleh kuasa ini.

Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan. Kejayaan British menguasai negeri tersebut banyak disebabkan oleh pertelingkahan antara raja dan pembesar negeri di samping berebut pengaruh dan kuasa.

Namun begitu sistem Residen memiliki beberapa kelemahan yang ketara yang turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu pada masa itu kuasa Residen telah menjadi dominan dalam pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa pentadbiran dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana Residenlah yang menjalankan semua urusan pentadbiran. Nasihat resdien sebenarnya merupakan kata putus yang perlu diikuti oleh sultan. Namun ada sesetengah Residen juga turut 
campur dalam isu berkaitan adat resam pembesar dan raja pada masa itu.

Sistem Residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana kuasa Residen di setiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan tidak memiliki satu panduan tugas yang sama antara keempat-empat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan terdapatnya idea menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah pentadbiran.

Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor  dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan . Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan

1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran 

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada  1874,  Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan Negeri Sembilan(1895 ).Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-undang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut.

2. Menghadkan kuasa Residen
Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen kerana  terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Semua undang-undang yang diluluskan  mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. 

3. Masalah kewangan Pahang 

British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.                                         
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. 

4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.

Kesan-kesan

1.  Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.

2. Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.

3. kestabilan ekonomi 

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi,lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih timah dari negeri Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Dan menjadi  700000 tan pada tahun 1904. Ianya berdasarkan faktor penggunaan kapal korek yang digunakan oleh pelabur tersebut.
 Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

4. kemajuan perkhidmatan sosial 

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. . Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah didirikan .Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. .

1 ulasan: