CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 24 Jun 2015

KERJA KURSUS SEJARAH PT 3 2015



Kerja kursus sejarah PT 3 2015

1. Arahan kepada calon

·         Tugasan – wajib dilaksanakan
·         Calon kena datang sekolah pada masa penulisan ini berlangsung. Jangan tak sekolah.
·         Masa -  8 waktu Sejarah di dalam kelas ( mungkin cikgu akan membuat jadual khas kepada anda. Biasanya cikgu akan memberikan taklimat kepada semua calon bagaimana tugasan ini dijalankan dari mula hingga akhir )
·         Tugasan / penulisan esei ini hanya dilakukan di sekolah dengan bimbingan guru
·         Mintalah bantuan guru sebelum anda menulis laporan seperti cara mendapatkan bahan yang sepatutnya anda dapatkan sama ada internet, buku, majalah , akhbar, akhbar online atau risalah/ makalah
·         Hasil tugasan dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa anda di dalam kelas.
·         Tarikh menyiapkan tugasan ialah pada -28 JUN- 10 JULAI 2015 ( sebelum raya dan bertindih dengan penulisan geografi  pada minggu depan. kena atur masa betul betul )

2. Tugasan adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895
Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah ( isi mesti ada yang ini )
-          Tajuk kajian
-          Nama penulis
-          Kandungan
o   Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian secara umum
o   Menjelaskan faktor pemeterian persetiaan
o   Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
o   Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
o   Rumusan
o   Sumber rujukan
3. Nasihat saya kepada para pelajar
Sebelum membuat penulisan sepenuhnya tugasan anda diminta membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk di atas
1.      Perancangan
a.       Contoh Jadual kerja/ senarai semak ( sesuaikan dengan tarikh sekolah anda )

Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
24/6/2015
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan

2
24/6/2015
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal

3

Mengenalpasti cara penulisan tugasan

4

Menentukan tajuk penulisan

5

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan

6

Menulis kerangka awal tugasan

7

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas

8

Menulis pengenalan

9

Menulis faktor

10

Menulis kesan

11

Menulis perkaitan

12

Membuat rumusan

13
10/7/15
Mengemas kini tugasan

14
10/7/15
Menyemak tugasan

15
10/7/15
Menghantar tugasan


b.      Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )
                                                              i.      Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895
                                                            ii.      Mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
                                                          iii.      Menghuraikan perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895 dengan sejarah negara pada masa kini.

c.       Kaedah kajian ( boleh dihuraikan  lagi )
                                                              i.      Membaca akhbar tempatan dan online
                                                            ii.      Merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 ( muka surat 46 ) atau buku rujukan yang sesuai
                                                          iii.      Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

d.      Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 ( mungkin boleh tambah yang lebih baik  seperti Kedaulatan Malaysia berteraskan Persetiaan Persekutuan 1895 )

2.      proses awal
3.      menyediakan kerangka kasar penulisan
a.       Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895
b.      Nama penulis ; nama awak
4.      Pengenalan (huraikan  latar belakang bagaimana persetiaan Persekutuan boleh ditandatangani/ siapa yang terlibat secara langsung )

5.      Faktor pemeteraian persetiaan persekutuan
a.       Krisis kewangan Pahang ( huraikan sikit )
b.      Perkongsian perkhidmatan pakar ( huraikan sikit )
c.       Kemajuan sistem perhubungan ( huraikan sikit )
d.      Faktor keselamatan ( huraikan sikit )

6.      Kesan persetiaan persekutuan terhadap negeri melayu
a.       Kuasa pentadbiran dipegang oleh residen ( huraikan sikit )
b.      Penubuhan jabatan baru ( huraikan sikit )
c.       Kemerosotan kuasa sultan dan majlis mesyuarat negeri ( huraikan sikit )

7.      Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
a.       Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
b.      Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
c.       Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

8.      Rumusan – pengetahuan/ nilai/ unsur patriotisme/ harapan
9.      Rujukan ( sekurang-kurangnya tiga )
Internet
buku teks
Masariah binti Mispari , Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan , 2007, Buku teks Sejarah Tingaktan 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

akhbar online

76 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. TQ CIKGU SEBAB BERI MAKLUMAT YANG BERMANFAAT

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Klau saye ltak address ckgu dkira plagiat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masukkan blog lain, blog saya tak boleh jadi bahan rujukan. pergi kat wikipedia, ambik alamat dia atau pergi kat alamat cikgu sejarah tingkatan enam . saya tak mengajar tingkatan enam.

      Padam
  5. Balasan
    1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Residen_Jeneral

      http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3eLdxmJao

      Padam
  6. Harap cikgu dapat Bantu dgn : Perkaitan Pembentukan Persekutuan dgn Kedaulatan Malaysia. Walaupun cikgu bagi points tapi susah nak huraikan dan beri contoh utk 15 markah. Tolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya buatkan contohnya. saya sedang menguruskan pelajar sekolah saya minggu ini. baru masuk pengenalan dan faktor. minggu depan kesan dan perkaitan.

      Padam
  7. cikgu,kerangka kasar dengan proses awal tu nak kena buat dalam kotak ke,saya tak tau nak tulis dalam bentuk apa,kat sekolah cikgu terang lain,kat kertas terang lain,kat internet pun terang lain,konfius,huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya. saya buat yang perancangan tu dalam bentuk jadual sebab senang nak ingat. yang lain tu buat point form. yang esei sebenar buat dalam bentuk esei sepenuhnya.

      Padam
    2. ikut cikgu awak. sekolah saya saya buatkan macam ni untuk saya senang tanda

      Padam
  8. cikgu,buku teks form 6 page brp yh ada tentang benda ni????

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti . awak kena tanya dengan kawan-kawan awam. saya tak mengajar lagi ting 6

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Mana Cg dpt isi² ni ye??
    Sbb nk cari huraian yg berkaitan dgn isi² tu la Cg
    Thx

    BalasPadam
  11. Mana Cg dpt isi² ni ye??
    Sbb nk cari huraian yg berkaitan dgn isi² tu la Cg
    Thx

    BalasPadam
  12. macam mana hendak buat proses awal

    BalasPadam
  13. Cikgu tolong huraikan soalan Perkaitan dgn kedaulatan. Dari aspek politik, ekonomi dan sosial terima kasih

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. cikgu saya ingin info tentang perkaitan persekutuan dengan kedaulatan malaysia

    BalasPadam
  17. TQ...cikgu atas rujukan cikgu ini.....

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Cg. macam mana dgn perkaitan? Boleh tlng jelaskn tak?

    BalasPadam
  20. Ckgu bku teks ting 2 tu tahun 2012 ke 2003 ke 2007?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua boleh . kat sekolah banyak yang 2007.

      Padam
  21. mane pengenalan yang akhir cikgu

    BalasPadam
  22. kerangka kasar perlu ada huraian dan contoh tak ?

    BalasPadam
  23. jadual kerja tu kene buat dari rumah ke dekat sekolah

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Cikgu... markah proses awal saye adalah 10 mrkh.. jadi mcm mane saye hendak membuat proses awal dengan kreatif

    Dan apakah yng dimaksudkan proses awal

    BalasPadam
  26. Terima kasih~
    Finally know what to do~
    Lol...

    BalasPadam
  27. cikgu macam mane nak buat kerangka awal . saye keliru sebab orang tu buat lain yg ni lain

    BalasPadam
  28. cikgu macam mana nak buad proses awal?

    BalasPadam
  29. cikgu macam mana nak buad proses awal?

    BalasPadam
  30. iktibar pada taun 1894 berseta huraian dan contoh

    BalasPadam
  31. cikgu beri contoh kerja kerusus PT3 2016 boleh tk??

    BalasPadam
  32. cikgu boleh beri contoh kerja kursus PT3 2016 tk???

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  34. salam cikgu saya kurang paham tajuk pt3 2016. saya kena buat kajian lapangan tentang bagunan bersejarah di kawasan saya dan saya pilih masjid. jadi adakah boleh saya mengambil petikan dari buku teks sejarah

    BalasPadam
  35. salam cikgu saya kurang paham tajuk pt3 2016. saya kena buat kajian lapangan tentang bagunan bersejarah di kawasan saya dan saya pilih masjid. jadi adakah boleh saya mengambil petikan dari buku teks sejarah

    BalasPadam
  36. selamat sejahtera cikgu folio tajuk pt3 2016 saya ialah bangunan bersejah daerah negeri sembilan saya pilih sekolah methodist acs saya sikit pun tak tahu buat folio ini tolong saya cikgu

    BalasPadam
  37. Salam Cikgu . tajuk pt3 2016 ialah bangunan bersejarah . saya buat di Goldcoust Resort di Sepang . Dari mana saya nak dapatkn sumber internet ? atau pun kalau saya tk buat sumber dari internet boleh ke cikgu ?saya cume buat orang sumber sahaja ?boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pergi kat bangunan tu. temu ramah pengurusnya( dapatkan maklumat berkaitan bangunan/ bila bina/ kontraktor/ sebab dibina/ fungsi bangunan tu dll )
      ambik gambar bersama dengannya

      Padam
  38. salam cikgu .. contoh yg bagus tetapi lebih membantu jika ada lampiran tanpa penerangan, maksud saya lampiran contoh yg betul-ii menyerupai jawapan yg kami perlu buat supaya kami nampak bagaimana kami perlu lakukan tugas ini .. mungkin boleh dilakukan dgn tajuk yg lain drpd tajuk tahun ni (bangunan bersejarah) supaya kami boleh rujuk dan lihat konsep jawapan .. mungkin dlm bentuk pdf? terima kasih cg .. apapun, nota cg memang membantu

    BalasPadam
  39. salam cikgu .. contoh yg bagus tetapi lebih membantu jika ada lampiran tanpa penerangan, maksud saya lampiran contoh yg betul-ii menyerupai jawapan yg kami perlu buat supaya kami nampak bagaimana kami perlu lakukan tugas ini .. mungkin boleh dilakukan dgn tajuk yg lain drpd tajuk tahun ni (bangunan bersejarah) supaya kami boleh rujuk dan lihat konsep jawapan .. mungkin dlm bentuk pdf? terima kasih cg .. apapun, nota cg memang membantu

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum cikgu.Tumpang tanya,kerja khusus sejarah tuh memang kena tulis 300 patah perkataan semua kew ataupun untuk karangan sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu yang menilai tidak dibekalkan dengan arahan supaya mengira jumlah patah perkataan calon.
      mereka tengok huraian mesti lengkap dengan mengikut perkara yang calon kena buat satu demi satu.
      setiap yang kita tulis ada markahnya

      Padam
  41. macam mane nak buat kerangka kasar ..bagikan contoh boleh

    BalasPadam