CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 19 Mac 2012

kerja kursus sejarah - elemen 3

- TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan

unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?


Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara


Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu
berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.


Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa
bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.


Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak
peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

146 ulasan:

  1. Ni esei tu eh cikgu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeehhh,marhamah. anti pun baca gak ka??? ni pelajar islah ni.

      Padam
    2. Hai syifa' .Amboi muuu :) sihat ?

      Padam
    3. ana pelajar hidayah pun baca juga.

      Padam
  2. yap
    jangan salin bulat-bulat
    yang tulisan merah tu jangan buang
    gariskan masa hantar nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenape , emal pening lah nak kembang kan isi2 tu ckg ?, dari tadi pendahuluan je, isi belum uat lagi...tolong?

      Padam
    2. salam cikgu. terima kasih bnyk2 :) boleh saya minta objektif kajian tak? :D

      Padam
    3. cikgu,saya pelajar ting3 negeri Kedah.cikgu saya kata ni terlalu panjang,x payah ambil terlalu panjang.patutkah saya ambil sedikit isi shj?

      Padam
    4. betul
      ambil 4 nilai saja.
      saya tak kira masa buat ni. itu sebab panjang.

      Padam
    5. cikgu saya murid tingkatan 2.penutup karangan saya blum buat lagi bagi karangan elemen 3.saya tak dapat fikir yang penutup tu lah cikgu.tajuk karangan saya cadangan menyemai semangat cinta akan sekolah.tolong ye cikgu.:)

      Padam
    6. nanti saya cuba cari biji butirnya apa....

      Padam
  3. Cikgu saya cakap,boleh tengok internet tapi jangan ambil sebiji-biji dan ambil 4 sahaja semangat patriotisme.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..Cikgu Razak, saya mohon izin untuk dikongsi bersama pelajar2 sy yo..Terima kasih atas usaha cikgu

    BalasPadam
  5. Terima kasih ini banyak menolong saya

    BalasPadam
  6. cikgu boleh saya tanya tak bahawa berapakah unsur patriotisme yang mesti kita masukkan?

    BalasPadam
  7. tq cikgu Razak..May God Bless U :)

    BalasPadam
  8. cikgu esei nie boleh copy kan ....lagi satu ckgu
    kalo langkau tu contoh nye 2.0 tpi kite tekan enter lagi boleh x,bgi die selang stu bris...

    and lagi stu kalo kite guna tjuk besar cth nyer:PENGHARGAAN .. boleh ke kte wat huruf besar tulis penghargaan tu ...

    cikgu nak lagi kalo tersilap wat tpi kite da print bole x pandamkan apa yg salah 2 dan kte bole tulis gne pen boleh x ....<3

    BalasPadam
    Balasan
    1. double spacing tak sama dengan enter
      lagi senang double spacing

      tajuk huruf besar tak apa
      tak kacau pun
      saya suruh budak caya buat besar-besar tajuk tu sampai font 28 pun tak apa tapi tajuk aja yang lain kena ikut

      boleh liguid dan buat pembetulan
      tak salah

      Padam
    2. cikgu nak salin semua ini?panjangnya!!

      Padam
  9. CIKGU , NI KALAU SAYA SALIN BULATBULAT BOLEH TAK , LAGI SATU KENAPA KENA GARIS KAN TULISAN MERAH TU ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh
      adjust sikit pun boleh
      yang tulisan merah untuk pastikan kita ada senarai nilai yang kena tanda dan masukkan. kalau tak cukup nnti markah rendah
      paling tidak 4 nilai tak silap saya
      mungkin lima

      Padam
  10. Balasan
    1. cari cikgu geo
      saya ajar sej aja
      tak dapek den nolong

      Padam
  11. ckg,nak tnyer ckit nie..yg hasil kajian,aspek yang kaedah/cara penghasilan tuh,nak buat cmner yea?dalam bentuk karangan ke apa ?permulaan ayat cmner yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara penghasilan barangan daripada mula sampai habis
      daripada bahan mentah/ senarai bahan mentah / peralatan yang digunakan / proses pembuatan sampai packing/ hiasan dan dipasarkan

      contoh ayat
      bagi menghasilkan tudung jenama xx yang diusahakan oleh Puan Y, beliau memerlukan beberapa bahan mentah seperti x,y,z ( gambar ).
      proses awal pembuatan tudung ini ialah a iaitu ....bahan yang digunakan ialah xx dan yy... seterusnya b . Langkah seterusnya ialah c . Akhirnya ialah D.

      Padam
    2. Ceritakan daripada awal sampai habis cara barangan itu dihasilkan. Contoh kerepek ubi
      - dibuang kulit , dibersihkan , rendam dengan air garam , dipotong kecil, penyedian minyak, proses menggoreng , menyejuk , packing , jual

      buat penerangan macam biasa.

      Ayat mudah macam tadi tu pun boleh. Contoh
      Untuk membuat x pengusaha memerlukan bahan seperti a,b,c,d dan e ( ambil gambar ) proses pertama ialah aa iaitu ..... seterusnya proses bb iaitu ...... ( ambil gambar
      Tak perlu banyak sangat
      Lima dah cukup

      Padam
  12. sye nk mntk izin copy dan share an mklumat nie
    trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ckgu..knpe ayat last 2 mcm ta sedp je bunyinye..
      Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

      Padam
    2. ADJUST
      MASA TU SAYA BUAT AJA
      TAK SEMPAT EDIT
      SEKARANG PUNYA DAH EDIT

      Padam
  13. cikgu karangan tlis tgn ke taip ordua2 pun bleh??

    lg stu soalan bleh ke saya guna tulisan selain dri times roman???

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh taip
      boleh tulis tangan

      mesti times new roman font 12
      untuk tajuk besarkan sikit tak apa
      huraian font 12 sahaja

      Padam
  14. Assalamualaikum, cikgu cakap takblh salin bulat2. jadi kita kene buat mcm karangan bm ke? ada pendahuluan and penutup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam karangan bm juga
      tapi mesti masukkan nilai yang saya merahkan tu

      kalau salin adjust sikit - sikit pun tak apa. yang lain ikut saya punya pun boleh.
      saya punya panjang sikit. pendekkan

      Padam
  15. Cg.objektif kajian dan rujukan mngikut format mcm mne nk buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Objektif kajian

      1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
      2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
      3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
      4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

      ujukan – mengikut format penulisan yang diberi


      buku
      Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbit
      Contoh
      Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

      Jurnal
      Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbit
      Contoh
      Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

      Ensiklopedia
      Tajuk, jilid, tahun terbit

      Akhbar
      Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

      Orang sumber
      Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

      Melawat tempat kajian
      Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

      Majalah
      Nama majalah, tarikh , tahun

      Internet
      http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )

      Padam
    2. cikgu kalau saya salin objektif kajian ni boleh tak?

      Padam
    3. boleh
      saya punya sedikit am
      kalau nak ambil semua pun boleh

      Padam
  16. Assalamualaikum... saya minta izin nk copy, terima kasih ckgu.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum cikgu. Nak tanya macam mana nak buat rumusan lepas buat hasil kajian elemen 2. Minta tlg sbb tak berapa pasti caranya.

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum..
    cikgu gambar kalau x de bolh..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. GAMBAR APA
      KALAU GAMBAR PROSES BOLEH AMBIL DARI INTERNET SAJA

      Padam
  19. Assalamualaikum ckgu...bleh sy mtk tlong...mcm mne nk buat kaedah kajian? saya baru dapat sikit sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut macam saya tuliskan
      pilih empat sahaja ikut tajuk awak

      1. internet
      2. akhbar
      3. majalah
      4. melawat tempat kajian
      5. orang sumber

      Padam
  20. Assalamualaikum cikguu, tumpang tanya . Bahagian objektif kajian kena buat dlm esei atau point?

    TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada contoh saya masukkan kat contoh huraian

      Padam
    2. 4. Objektif kajian
      1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
      2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
      3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
      4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

      Padam
  21. tahun nih punye mcm mne ckgu razak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya tuliskan kat atas tu. nak adjust sikit-sikit pun tak apa. nak tambah pun boleh. ikut cikgu awak punya pun boleh.

      Padam
  22. Assalamualaikum Cikgu Razak . kebetulan saya terjumpa blog ni tentang karangan untuk kerja kursus sejarah . wah , panjang ye karangan ni . Cikgu , boleh tak saya pendekkan ? tapi tak kurang daripada 100 p/p .
    Terima kasih . amat berguna bagi saya .
    Semoga Allah memberkati dan membalas jasa Cikgu Razak . AMIN .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya taio macam tu aja. jadi tak kira sangat bilangan patah perkataannya.
      awak ajdust sendiri. nilai yang warna merah jangan buang. nnti gariskan cikgu nak tanda senang

      Padam
    2. Oh begitu , patutlah warna merah . nanti saya gariskan masa buat dalam MS Word . Terima kasih Cikgu Razak :)

      Padam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya. Saya buat kajian pasal bahulu. Yang hasil kajian tu, kena tulis mengenai sejarah bahulu tu ke pasal sejarah kedai bahulu tu? Terima kasih cikgu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejarah mcam mana dia mengusahakan bahulu tu daripada awal hingga sekarang.
      tak ada orang tulis sejarah bahulu

      Padam
  25. terima kasih cikgu :)
    salam singgah mencari informasi dan follow cikgu. harap cikgu dpt singgah ke blog sye dan komen mne yg menarik :)

    BalasPadam
  26. terima kasih cikgu razak...
    nk minta izin copy...
    heheee

    BalasPadam
  27. cikgu klu ada jiran menjahit baju kurung dan baju melayu..blh sy ambil sumber utk pakaian?

    BalasPadam
  28. Cikgu kalau saya salin bulat-bulat boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya punya tu ada 3 contoh. tengok alamatnya ...... kat muar ye !
      salin ikut tajuk awak
      jangan copy paste...
      bahaya

      Padam
    2. Yang mana satu number 1 yang mana number 2 and number 3?

      Padam
    3. kerepek , dodol, bahulu, gril
      dah 4 contoh

      Padam
    4. Yang kt atas ni boleh copy bulat2?

      Padam
  29. korang kne wt gne tulisan tgn ker gne comp ?? :3

    BalasPadam
  30. Cikgu . .sye x fhm tntg org sumber . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang yang kita tanyakan untuk dapatkan maklumat tentang kajian kita. contoh kita buat pasal tudung. pengusaha / orang yang buat tudung tu ialah orang sumber bagi kita. kalau kita dah pilih orang umber untuk elemen 1 kita kena ada transkrip perbualan kita dengan dia.

      Padam
  31. Assalamualaikum cikgu,.. kalau x de lesen nak bagi alasan apa ek ? boleh x kalau saya tulis, syarikat ini telah didaftarkan di SSM ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah didaftarkan dengan ssm ada dia punya nombor rujukan. itu kira lesen.

      kalau pengusaha tak ada lesen tulis sahaja dia tak ada lesen.
      boleh tak ada masalah.

      Padam
  32. Cikgu telah banyak membantu saya , terima kasihhh !!!

    BalasPadam
  33. salam cikgu saya nak tanya pasal hasil kajian dan lampiran.saya buat pasal coklat ryverra..

    dekat hasil kajian dia tulis kene letak (contoh ilustrai, carta, pelan lokasi dan sebagainya)

    dekat lampiran dia tulis kene letak (gambar, peta, dokumen atau bahan lain yang berkaitan)

    SOALAN SAYA: KENE LETAK KE SMUA TU? BKN KE TU BENDA YG SAMA? ATAU KENE LETAK DKT LAMPIRAN SAHAJA? DKT HASIL KAJIAN KENE LETAK JUGAK KE ?

    SAYA NAK LETAK GAMBAR(tapi gmbr kedai tu saya ambil dkt internet je),PETA LOKASI, KATALOG( tapi klau katalog tu tak original x pe ke?saya cuma print/fotostat je?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah ada benda - gambar / lesen / peta kat bahagian huraian pada bahagian lampiran masukkan yang lain

      ataupun letakkan macam ni

      lampiran 1. peta - rujuk muka surat ...
      lampiran 2. gambar - rujuk muka surat..

      Padam
    2. peta kalau boleh buat sendiri
      jangan photostat

      lesen boleh photostat

      gambar boleh photostat
      katalog boleh photostat

      Padam
  34. asslammualaikum cikgu.
    kalau buat pasal bingkai pintu keluli yang diusahakan di kilang oleh mesin boleh tak?

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. Terima kasih cikgu! Esei ni sangat membantu. Semoga cikgu mndapat pahala hingga ke syurga. Hehe :)

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum..
    Cikgu,cikgu !

    Hasil kajian tu kena wat dlm bentuk esei ea?
    Kalau wat point tak boleh ke?

    ada kawan saya dia wat dlm bntuk point..
    saya tnya sbb takut nnti cikgu sej saya tolak markah.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  40. salam cikguu. objektif kajian nak buat mcm mna kalau bahulu??

    BalasPadam
  41. assalamualaikum cikgu..saya pelajar dari sabah.boleh x kalu saya copy nthen tukar kn ayat2 cikgu sikit.saya nak jadikan iya lebih gramatis..anyway thank a lot cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat appa-apa


      bahasa saya tak berapa tersusun kalau awak baca betul-betul
      . saya tulis macam tu aja kemudian masukkan sebagai contoh. kalau nak edit , rombak atau tukar pun boleh. tak ada masalah

      Padam
  42. cikgu lagi satu soalan untuk esei mau salin kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salin boleh

      taip boleh

      saya punya tu contoh sahaja

      Padam
  43. Cikgu, borang kaji selidik tu mau transfer dalam nota form atau karangan form? THX

    BalasPadam
    Balasan
    1. temu bual
      macam kita buat karangan wawancara tu

      Padam
  44. cg...elemen 1 nk buat mcm mna ea?
    elemen 3 tu kan cg kata kena ambil skurng krangnya 4 nilai shja kan ..blh x cg tlg tunjukkn 4 nilai iut dekat sya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tanda merah tu .
      pilih lima aja nilai

      yang elemen satu saya dah huraikan.
      rujuk balik apa yang saya dah keluarkan sbelum ini.

      Padam
  45. *hrap cg blas secpat mungkin ..sya sgt berhrap pda cg..tima ksih...assalamualaikum...

    BalasPadam
  46. Assalamu'alaikum !
    terima kasih banyak-banyak...
    saya copy 2 perenggan kat atas tu~

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum cikgu . Objektif kajian tuh , Kalau tak buat dalam esei pun takpe ke ? Sebab saya dah print semua tuh . Dah nak siap dah pun . Lagi satu . Yang perincian tuh semua , saya buat dalam keadaan CENTER . boleh ke ? Hope sangat ia boleh . *berharap*

    BalasPadam
  48. cikgu..hasil kajian tu kena buat macam esei ke atau buat point point....

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam contoh yang saya dah masukkan.
      ikut aja macam tu
      adjust ikut awak punya tajuk

      Padam
  49. assalamualaikum cgu,
    bleh ke tiru sebijik dgn yg cgu bgi ni??

    BalasPadam
  50. cikgu, x pyh msukkn sume isi kecil ke? contohnye, BERBANGGA SEBAGAI RKYT MALAYSIA. kat bwh ye bri 6 isi lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nilai yang warna merah tu mesti ada 5

      boleh pendekkan esei saya
      atau buat sendiri

      Padam
  51. terima kasih cikgu , sbb tulis esei nie mempercepatkan keja saya

    BalasPadam
  52. saya ambil sedikit maklumat. Tq cikgu.

    BalasPadam
  53. assalamualaikum ,cgu..lesen perniagaan / pendftaran perniagaan ni kena ltak dekat mna ??lampiran atau hasil kajian ?


    *harp cgu blas secpat mungkin...trma ksih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lampiran boleh

      kat hasil kajian pun boleh. pada ruangan lesen

      Padam
  54. cgu elemen 1 tu kan kalau kita reka bolh dak ? atau kena rujuk ?

    BalasPadam
  55. cg ...rujukan kena plih semua ka ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekuarng-kurangnya empat

      berdasarkan pada elemen 1 yang kita pilih tu. mesti ada empat

      Padam
  56. cikgu, borang temubual nak wt camne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bukan borang.
      kena buat transkrip perbualan antara awak dengan pengusasha yang kita kaji tu. ayat macam kita buat karangan wawancara tu. buat yang ada kaitan dengan apa yang kita huraikan pada elemen 2

      Padam
  57. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  58. cikgu.. kalau tak garis boleh ka.?

    BalasPadam
  59. Cikgu, Saya murid tingkatan 3 tahun 2013. Saya hendak contoh esei elemen 3

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum buat lagi. tunggu. dalam sebulan lagi. saya belum confirm lagi tentang elemen dua. nnti kalau saya dah dengar taklimat baru saya tuliskan dalam blog untuk kerja kursus.
      ambik masa sikit. hantar bulan jun selewat-lewatnya.

      Padam
  60. cgu...contoh kerja kursus thn 2013 mcm mna ckgu...sa xda dpt gambarkanlah cg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulasan pertama saya dah keluar hari ini. 20/3/2013

      Padam
    2. macam mana nk buat elemen 1 tentang batik....

      Padam
  61. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  62. cikgu razak..tajunk sekolah saya perikana ikan air tawar ..boleh bagi esei contoh element 3?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak kaitkan dengan tajuk perikanan air tawar susah sikit. buat tajuk sistem ekonomi tradisional secara am aja. kaitkan dengan nilai. itu lebih senang

      Padam
  63. Cikgu saya nak contoh esei untuk makanan tradisional boleh ?

    BalasPadam