Rabu, 4 Mei 2011

Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah PMR 2011

Hasil Kajian

1 Institusi Pentadbiran Tempatan:

1.1- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain

Nama tempat yang saya kaji ialah Felcra Bukit Kepong. Ianya merupakan kawasan Felcra di bawah pentadbiran wilayah Johor .

1.2 – Lokasi

Felcra Bukit Kepong terletak dalam daerah Muar, Johor . Jarak dari bandar Muar ke tempat kajian ialah kira-kira 80 kilometer dan dari bandar Segamat ialah kira-kira 35 kilometer . Oleh yang demikian kawasan ini boleh dikategorikan terletak di luar bandar.

1.3 - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan

1.3.1.Matlamat penubuhan Felcra ialah :

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menceburi bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Pengurusan Felcra memang terkenal dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan .

Pada peringkat pusat , FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan .

1.3.2. Misi & Visi

Misi Korporat

  • Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.
  • Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.
  • Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.

1.3.3.Visi Korporat

  • Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang berjaya.

1.3.4.Objektif

  • Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.
  • Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf.
  • Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini.
  • Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.

1.3.5.Fungsi

  • Memulihkan Dan Menyatukan Tanah Dengan Kelulusan dan Permintaan Pihak Berkuasa Negeri dan Persetujuan Pemilik Tanah

1.3.6.Strategi

  • FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang di antara Program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan Program Perniagaan (keuntungan).

1.4 - Carta organisasi dan senarai pentadbir

Felcra pada peringkat pusat ditadbir melalui sebuah lembaga Pengarah yang terdiri daripada seorang pengerusi , ketua pegawai eksekutif , presiden , 6 orang ahli lembaga dan seorang Setiausaha Syarikat.

Pada peringkat pejabat Felcra di kawasan kajian ianya diketuai oleh seorang pengurus kawasan dibantu dengan lain-lain perjawatan.

Berikut ialah senarai penuh nama dan jawatan ;

    1. En Mahassan Bin Ali – Pengurus Kawasan
    2. En Rahim Bin Aman – Penolong Eksekutif kawasan ladang
    3. En Md Ismail Bin Sarponin - Penolong Eksekutif kawasan ladang
    4. En Mohd Sobri Bin Abdul Wahab- Penolong Eksekutif kawasan ladang
    5. En Jaludin Bin Ali - Penolong Eksekutif pentadbiran
    6. Pn Mariani Bt Saibani Penolong Eksekutif kanan pentadbiran
    7. Pn Junaidah Bt Jamal Penolong Eksekutif kanan sosial

( catatan – buatkan carta organisasi )

2 Latar Belakang:

2.1. Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh / Pengasas)

Penduduk asal Bukit Kepong ialah orang asli. Kemudian kawasan ini di datangi oleh penghijrah dari Indonesia. Kaum Cina pula mengusahakan ladang gambir dan lada hitam. Dari segi geografi kawasan ini dipenuhi dengan kawasan yang berbukit-bukit dan ditumbuhi dengan pokok kepong. Maka kawasan ini diberikan nama Bukit Kepong.

Kawasan Felcra Bukit Kepong telah dibuka pada 1972 dengan keluasan 1,235.22 hektar. Ladang ini telah mula ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 1973 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1976.Ia melibatkan 226 peserta.

Kawasan Felcra peringkat ke 2 dan 3 pula telah dibuka pada tahun 1976 dengan keluasan 1211 hektar dan mula mengeluarkan hasil pada 1980. Ia melibatkan 152 orang peserta.

Projek ini dikenali sebagai Rancangan Tanah Belia Felcra. Pengambilan peserta adalah seramai 378 orang dengan pegangan setiap peserta seluas 10 ekar bagi setiap peserta.

Pada tahun 1980 satu perkampungan seluas 200 hektar telah diwujudkan. Nama Perkampungan Felcra Bukit Kepong diambil sempena nama Mukim Bukit Kepong. Kawasan ini dibuka dengan tujuan membantu masyarakat kampung khasnya orang Melayu bagi mewujudkan sebuah perkampungan yang baru yang terdiri daripada penduduk yang berlainan kawasan dari seluruh negeri Johor.

2.2. Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan

2.3. Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir

Pengurusan Felcra Bukit Kepong melaksanakan corak pentadbiran mengikut tata cara pengurusan yang digariskan oleh pejabat induk di Kuala Lumpur. Ianya termasuk soal kawasan ladang di Felcra Bukit Kepong sendiri bersama dengan pengurusan Projek Paya Redan ( Pagoh ), Projek Kg Tui ( Bukit Kepong ) , Bukit Kepong 2/3 ,dan Projek Bukit Kepong 1/ Sg Gatom ( Labis,Segamat ).

Pentadbiran pejabat ini juga menguruskan peserta seramai hampir 400 peneroka dan menguruskan ladang seluas 1400 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit ( 90 % ) dan getah ( 10 % )

Pengurusan Felcra juga menguruskan kira-kira 40 orang kakitangan termasuk pekerja kontrak untuk menguruskan ladang seperti mandur dan pekerja ladang.

2.4.Cara pelantikan pentadbir tempatan

Perjawatan dan pelantikan ke jawatan bagi kesemua pekerja di Felcra ini dilakukan oleh Felcra Berhad sendiri melalui permohonan , proses temuduga dan pelantikan dan seterusnya urusan penempatan pegawai atau pekerja.

3 Peranan:

3.1. Ekonomi

FELCRA pada asasnya mempunyai beberapa peranan yang dimainkan antaranya dalam bidang ekonomi ialah :

  1. sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri bagi merealisasikan program-program pembangunan rakyat di luar bandar.
  2. Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanah termasuk tanam semula .
  3. Memperkukuhkan asas ekonomi dan perniagaan teras.

Fungsi yang dijalankan oleh Felcra juga berkaitan dengan usaha menjana pendapatan melalui pembangunan ladang. Para peserta memperolehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang diwujudkan di ladang mereka disamping dividen tahunan dari keuntungan ladang. Pendapatan dari ladang memberi pulangan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah peserta. Peserta Felcra ini mendapat pendapatan antara RM 2000 – 3000 sebulan daripada keuntungan hasil mengikut keluasan ladang masing-masing.

Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) juga dilaksanakan . Bagi pembangunan IKS, empat aktiviti utama dijalankan iaitu Pembangunan Produk dan Pemasaran, Pogram Pembangunan dan Penyelidikan, Tabung Pojek Ekonomi dan Ekspo Peringkat Negeri dilaksanakan dikesemua Felcra yang terlibat.

Peserta Felcra Bukit Kepong juga terlibat dalam mengusahakan ternakan lembu dan kambing . Sebilangan peserta menggunakan ladang mereka sebagai tempat memelihara binatang ternakan ini. Hasil ternakan mereka akan dijual kepada pembeli dari kawasan Lenga , Bukit Kepong , Labis dan Segamat melalui orang perseorangan. Jualan juga semakin meningkat apabila umat Islam membeli lembu dan kambing untuk upacara korban sempena sambutan Hari Raya Korban.

Terdapat juga dalam kalangan peserta melakukan aktiviti menternak ikan dalam kolam . Antara jenis ikan yang diusahakan ialah ikan tilapia , kap dan patin.

Terdapat juga beberapa peserta mengusahakan perniagaan runcit melalui kedai runcit dan kedai koperasi. Kebanyakan kedai runcit menjual barangan keperluan harian seperti keperluan dapur , makanan , minuman , ikan, sayur-sayuran , minyak petrol dan sebagainya. Terdapat juga beberapa peniaga sambilan yang berniaga kuih-muih berbentuk warung dan kedai makanan .

Di Felcra ini juga terdapat kedai menjual papan, perabot ,membaiki kenderaan yang menjalankan perniagaan membaiki motosikal dan mengecat kereta.

3.2. Pendidikan

Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dalam usaha membentuk generasi Felcra yang berpengetahuan dan memiliki kelulusan akademik atau kemahiran yang tinggi. Pihak pengurusan Felcra melaksanakan tugas melalui peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan aktiviti tuisyen dan program motivasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di sini. Peruntukan yang disalurkan secara tahunan ini mampu memotivasikan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan awam.

Terdapat juga Program Pengukuhan Jati Diri atau PEJADI anjuran Felcra pusat yang dilaksanakan di sini. Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan supaya mereka lebih bermotivasi untuk meningkatkan ilmu, pendidikan dan kemahiran untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Dalam Program Memperkasa Ilmu Dan Kemahiran atau PMIK ianya menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik untuk memberi peluang kepada mereka pekerjaan yang lebih baik.

3.3 Keagamaan

Kawasan ini terletak di negeri Johor yang setiap masjid di negeri ini melaksanakan Program Memakmurkan Masjid. Ianya dilaksanakan oleh jawatan kuasa kampung , jawatan kuasa Gerakan Desa Wawasan dan melibatkan pengurusan Felcra sendiri. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang tahun seperti Program Mengimarahkan Masjid , Bilal Muda , Kursus memandi dan mengkafan jenazah , kuliah maghrib , kuliah isyak dan sebagainya.

Pada peringkat peserta sendiri mereka terlibat dengan pelbagai sambutan bersifat agama seperti menyambut Sambutan Maulidur Rasul , nisfu Saaban , sembahyang tarawikh dan sebagainya . Amalan membaca yassin setiap malam jumaat juga dilaksanakan pada setiap blok pada malam Jumaat. Begitu juga upacara keagamaan lain juga dijalankan seperti tahlil , kenduri arwah , qatam Quran, potong jambul sempena mendapat anak , ziarah kematian dan sebagainya.

3.4. Kebajikan

Peserta Felcra di sini telah menjadi anggota koperasi Peserta Felcra yang ditubuhkan sekitar tahun 2000. Saham anggota dibayar melalui tunai dan dijadikan modal bagi koperasi menjalankan aktiviti perniagaan. Koperasi juga membuka keanggotaan koperasi kepada generasi kedua iaitu kepada ahli keluarga

Melalui Yayasan FELCRA Berhad , setiap Felcra di negara ini mendapat peruntukan tahunan bagi melaksanakan program pendidikan tuisyen, kecermelangan pelajar, pinjaman pendidikan, biasiswa pendidikan, tabung dermasiswa, latihan dan kemahiran teknikal. Program Yayasan FELCRA adalah khusus untuk para peserta, staf dan keluarga mereka sahaja.

Salah satu program yang dilaksanakan juga ialah Program Pembentukan Generasi Wawasan . Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan anak-anak kumpulan sasar yang berumur 17 tahun ke bawah menikmati pekej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat.

Sebilangan peserta juga terlibat dengan program penanaman semula kebun kelapa sawit di Felcra ini. Pihak pengurusan melaksanakan pengurusan dengan kaedah memberi pinjaman untuk membeli benih , menguruskan kebun sehingga boleh mengeluarkan hasil. Peserta juga diberikan bantuan sara hidup sebanyak RM 700 sebulan untuk menampung keperluan keluarga. Segala bayaran untuk bantuan sara hidup dan bantuan penanaman semula akan dipotong melalui bayaran secara tahunan iaitu selama 15 tahun. Ini membolehkan peserta tidak terhimpit dengan masalah kewangan ketika menunggu kebun mengeluarkan hasil.

4 Perkembangan:

4.1.- Sumber kewangan

Dibawah Rancangan Malaysia ke 9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan bagi membantu usahawan FELCRA di dalam program Latihan Usahawan , Pemasaran/Promosi
seperti m
empromosi produk luar bandar terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian dengan menyediakan rangkaian pemasaran unuk pasaran dalaman dan ntarabangsa.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga sering mengadakan usaha untuk menambah peruntukan ke arah peningkatan taraf hidup semua peserta di sini.

4.2.- Pembangunan prasarana / fizikal

Di dalam kawasan Felcra ini pihak kerajaan memberi dan mengadakan pelbagai kemudahan awam dan infrastruktur seperti air , elektrik , jalan raya , balai raya , sekolah menengah , sekolah rendah , balai polis , masjid , dewan orang ramai dan sebagainya. Masih dalam perbincangan pula ialah projek mengganti paip air ke setiap rumah di Felcra ini bagi menggantikan paip yang lama.

4.3.- Kemajuan yang dicapai

Pada peringkat awal penubuhannya , pendapatan peneroka tidaklah begitu besar. Ini kerana masalah harga kelapa sawit yang merupakan bahan komoditi sering berubah-ubah dan menyebabkan pendapatan peserta statik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini pendapatan peserta bertambah lumayan kerana harga kelapa sawit yang semakin meningkat iaitu sekitar RM 650 setan. Hasil daripada kenaikan harga ini , sejumlah peserta mampu membeli kereta dan mengubahsuai rumah . Ada juga peserta yang telah membina rumah baru yang lebih besar dan cantik.

Sebilangan anak peserta juga telah berjaya memasuki gerbang pusat pengajian tinggi di dalam negara ini.

4.4.- Cabaran yang dihadapi

Pihak pengurusan Felcra menyatakan bahawa harga kelapa sawit yang sedang meningkat mampu meningkatkan pendapatan peserta dan pengurusan Felcra sendiri. Namun begitu dalam jangka masa panjang beliau melahirkan rasa khuatir dengan harga pasaran pada masa akan datang.

Pengurusan Felcra juga menghadapi masalah kekurangan pekerja untuk melakukan kerja pengurusan ladang seperti menuai hasil , mengangkut hasil , membaja , meracun rumput rampai dan sebagainya. Ini kerana kira-kira 60 % peserta menyerahkan tugas tersebut kepada pihak pengurusan untuk mengusahakannya. Ianya adalah disebabkan masalah umur mereka yang melebihi 50 tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini pihak pengurusan mengambil pekerja asing untuk membantu.

Para peserta pula berhadapan dengan masalah jika usia tanaman mereka melebihi 20 tahun kerana terpaksa dilakukan proses tanam semula. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan utama dan terpaksa bergantung pada wang sara hidup yang dibiayai oleh pihak Felcra pusat.

Terdapat juga segelintir peserta melahirkan kebimbangan kebun mereka sering dilanda banjir apabila hujan lebat melanda. Ini kerana jarak kebun mereka yang sangat berdekatan dengan punca sungai.

12 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu, minta kebenaran untuk mengambil sedikit isi-isi penting

    BalasPadam
  2. Cikgu saya minta izin untuk mengambil maklumat daripada hasil kajian ini untuk membuat kerja kursus sejarah. Terima Kasih cikgu.

    BalasPadam
  3. cikgu kalau kita buat psl felda kota gelanggi 4 kita kena cari psl kg 4 shj ke...(elemen 1)

    BalasPadam
  4. biasanya felda gelanggi empat tidak boleh dirujuk dalam mana-mana internet mahupun buku. jadi biasanya memadai bagi kita untuk merujuk elemen satu dengan tajuk am sahaja iaitu felcra . untuk melawat tempat kajian mesti ada gambar kita kat tempat yang kita kaji untuk dibuat sebagai bukti bagi elemen 1. dalam masa yang sama boleh buat orang sumber seperti pergi jumpa pengurus felcra tu. ambik gambar bersama dengan dia dan buatkan dialog bersama dengan pengurus. jadi kita dah ada 4 bahan untuk elemen 1 iaitu internet , buku/akhbar, melawat tempat kajian dan orang sumber

    BalasPadam
  5. Salam,cikgu..mntk izin ambk isi2 pntng skit ye..trime ksih cikgu.:)

    BalasPadam
  6. salam ckgu , mnx izin yea ambil isi2 penting . mekasih ckgu.

    BalasPadam
  7. salam cikgu...
    sy nak minta izin ambil isi2 penting sebagai contoh untuk sy menulis...
    terima kasih cikgu...

    BalasPadam
  8. cikgu nih terbaek rrr....kalu semue cikgu ginih kn sng~!!=)~!

    BalasPadam
  9. salam...cikgu boleh sye mtk izin utk ambk isi penting utk wt keja krusus sejarah? . ,itu pun lau cikgu bgi lar. . . ;-)

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam