Ahad, 8 Mei 2011

contoh rumusan elemen 2

RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Felcra Berhad Bukit Kepong dalam geografi di Muar yang walaupun merupakan sebuah kawasan yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota , tetapi kerajaan sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat .

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat Felcra Berhad Bukit Kepong adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia , staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap peserta Felcra Bukit Kepong. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

6 ulasan:

  1. Felcra berhad bukit kepong tu apa cikgu ??saya x paham

    BalasPadam
  2. terbaik la cikgu...kerja kursus saye siap sbb cikgu..
    izz daniel
    skudai johor
    .....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu. Cikgu banyak tolong saya. :D

    Adriana (SMK Convent Klang)

    BalasPadam