Selasa, 31 Mei 2011

contoh elemen 3 kerja kursus sejarah

Soalan : Bagaimana institusi pentadbiran tempatan dapat mengukuhkan integrasi nasional di negara kita ?

Felcra Bukit Kepong yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan kepada warga peserta Felcra .

Walaupun matlamat utama penubuhan Felcra ialah bagi tujuan ekonomi , namun ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang dilaksanakan di kawasan ini.

Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama lain.

Para peserta yang terlibat dengan Felcra juga telah diberikan dengan sebidang tanah dan rumah untuk didiami . Para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang lokasi dan lokaliti telah hidup dalam keadaan bersatu padu dan harmoni . Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai sebuah masyarakat bagai isi dengan kuku yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Anggota masyarakat di Felcra juga melakukan kerja kemasyarakatan seperti gotong-royong , sukan rakyat dan saling bekerja sama dalam pelbagai kegiatan keagamaan. Keadaan ini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang saling bersefahaman dan bermuafakat.

Pihak pengurusan Felcra pula melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab , adil dan bertimbang rasa terhadap segala permasalahan peserta Felcra. Kebajikan dan nasib peserta tidak sesekali diabaikan. Para pengurusan sering menzahirkan nasihat agar semua peneroka rajin dan gigih dalam mengusahakan kawasan kebun masing-masing agar mampu memperoleh hasil yang lumayan terutama sekali apabila masalah kejatuhan harga komoditi seperti kelapa sawit melanda.

Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah mewujudkan sebuah institusi yang mampu menyumbang pada proses perkembangan ekonomi negara .Ini menunjukkan bahawa kepimpinan negara ini peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Perancangan ekonomi yang terancang ini membolehkan kehidupan rakyat di negara kita dapat diperrtingkat seiring dengan kemajuan negara ini.

23 ulasan:

  1. Yg atas tu Felcra ke Felda ? konpius la ~

    BalasPadam
  2. felcra. boleh pakai untuk felda juga. replace sahaja

    BalasPadam
  3. element 3 semua sekolah sama kah?

    BalasPadam
  4. apa yang saya tuliskan ialah contoh sahaja yang ada kaitan dengan tajuk kajian sekolah iaitu Felcra.
    awak boleh gunakan idea ini untuk membuat / menulis elemen 3. jika tajuk awak berlainan daripada saya ... gunakan huraian saya sebagai panduan sahaja kerana ianya mungkin tidak sesuai untuk semua tajuk kerja kursus atau tajuk kajian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahh cikgu tq tapi kan elemen yg diperlukan ni cukup kah?... saya rasa macam kurang je ? ...

      Padam
  5. Terima kasih banyak-banyak, Cikgu Razak!:D
    Jasamu dikenang!(:

    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  6. ada tak psl tun dr mahathir.. sbb cikgu suruh wad folio tuh untuk form 1.. sini ta dapat point n aidie un..

    BalasPadam
  7. ehm,cikgu razak,macam mana nak buat tajuk 'bagaimana institusi kekeluargaan membantu memupuk semangat patriotisme ?saya dah buntu dah ni.

    BalasPadam
  8. cikgu , saya pening lha pasal folio nyh

    BalasPadam
  9. assalamualaikum cikgu, ade tak contoh kerja kursus sejarah elemen 3 utk 2012 punya??

    BalasPadam
  10. assalamualaikum
    boleh tak tolong bagi sedikit isi untuk soalan pmr ini .. ? (elemen 3 sejarah pmr 2012)
    'BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA'
    SOALAN : bgaimnakah slogan diatas dapat menyuburkan semangat patriotisme dlm kalngan rakyt di negara kita?

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. bolehkah saya buat tentang proton dalam bidang pertukangan logam?

    BalasPadam
  13. proton dah terkenal tak boleh
    kalau nak cari yang sama cari pengusaha buat gril / aloi / owning

    BalasPadam
  14. cikgu sye tak faham ,,karangan belilah barangan buatan malaysia dengan karangan berunsurkan petriotisme tu satu krangan kew?? atau lain2??

    BalasPadam
  15. assalamualaikum.. cikgu,, sy brcdg nk kaji ttg nasi lemak... so sye nk kaitkn dgn nasi lemak antarabangsa..boleh x??? tapi jarak rumah dgn lokasi tersebut teramat jauh la cikgu...harap cikgu balas dgn segera..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum cikgu :)
    elemen 3 dgn tugasan 2 tu sama ka?
    1 esei utk elemen 3, 1 lagi esei utk tugasan 2? mcm tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak. elemen 3 tu ialah soalan daripada tugasan 2. maksud saya satu soalan esei aja. masukkan dalam elemen 3. itu aja.

      Padam
  17. cikgu , boleh tak tunjukkan cara itu buat elemen 3 tajuk ' Memupuk semangat cinta akan sekolah' ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada soalan ini ? awak tingkatan berapa. yang saya punya ni untuk tingkatan 3 aja.

      Padam
  18. Cikgu, boleh tolong fahamkan saya bagaimana nak buat prospek - Reaksi/penerimaan masyarakat tentang keropok lekor? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau buat keropok lekor ( kalau terengganu lagi senang )

      - reaksi / penerimaan masyarakat
      - sangat positif/ permintaan yang berpanjangan / keropok lekor dimakan pada setiap masa/ boleh dijual di mana-mana sahaja/ permintaan tetap.
      - boleh dibeli ( goreng/ mentah )
      - penglibatan banyak pihak dalam mengusahakan pengeluaran keropok lekor menjamin kelangsungan perushaaan ini
      -

      Padam