CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 2 Januari 2022

LATIHAN MEMODENKAN BAHASA MELAYU KLASIK

 LATIHAN BM KLASIK - BM MODEN

Teks klasik 1

 

Dengan tiada berapa lamanya samapailah mereka itu ke negeri Daha itu. Maka Raden Inu segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude dan Kartala masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha itu.

 

Maka tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya, sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang sudah meninggal diracuni itu. Lagi pula baharulah ia tersedar akan dirinya dan baharulah diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang kemanjurannya.

 

Senaraikan nama-nama watak:

    

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

 

 

Senaraikan latar tempat:

 

1.

2.

 

 

Senaraikan isi penting:

 

1.

 

2.

 

3.

 

4.

 

5.

 

6.

 

Jawapan (Teks moden):

 

 

 

 

 

Teks klasik 2

 

Setelah dilihat oleh isterinya Seri Rama, yang bernama Sita Dewi, keduanya bertari-tari dan melompat-lompat, maka kata Sita Dewi kepada Seri Rama:

 

“Ya, tuanku, tangkaplah kijang dua ekor itu akan permainan hamba,”

 

Maka kata Seri Rama: “Tiada hamba mahu akan dia mati, hanya hamba hendak dengan hidupnya juga,”

 

Setelah Seri Rama mendengar kata isterinya itu, maka Seri Rama pun segera mengambil panahnya lalu turun dari rumahnya. Maka kata Seri Rama memanggil Laksamana seraya berkata:

 

“Hai, Laksamana, tinggallah adinda menunggui kakanda Sita Dewi, aku pergi mengikut kijang dua ekor itu,”

 

Setelah Seri Rama berkata demikian, maka baginda pun berjalanlah. Setelah kijang itu melihat Seri Rama datang mengikut dia, maka kijang itu pun larilah. Maka diikutnya juga oleh Seri Rama.

 

§  Senarikan nama-nama watak:

 

§  Senaraikan latar tempat:

 

§  Senaraikan isi penting:

 

§  Jawapan (Teks moden):

 

 

1 ulasan:

  1. Mohegan Sun, Foxwoods Resort Casino - JM Hub
    The resort features over 의왕 출장샵 1,300 rooms and 여수 출장마사지 suites, 강릉 출장안마 including 104 deluxe-sized suites, four signature 파주 출장샵 restaurants, a 오산 출장마사지 34-story luxury

    BalasPadam