CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 Disember 2020

LATIHAN SEJARAH

 

LATIHAN SEJARAH 3


1. Apakah fungsi Agora dalam Tamadun Yunani?

A. Pusat perdagangan            B. Pusat pemerintahan

C. Pusat pertemuan                D. Pusat pertahanan

2. Apakah tanggapan penduduk Yunani terhadap binaan Polis?

A. Tanah khas golongan bangsawan            B. Tanah untuk aktiviti pertanian

C. Tanah suci kurniaan dewa                        D. Tanah tinggi yang stategik

3. Apakah sistem pemerintahan yang menggantikan sistem Oligarki?

A. Tirani          B. Monarki                  C. Demokrasi              D. Aristokrasi

4. Apa yang dilakukan oleh Pericles bagi memantapkan sistem demokrasi pada zaman pemerintahannya?

A. Penekanan kepada kuasa rakyat

B. Membenarkan kebebasan bersuara

C. Mengutamakan suara golongan pembesar

D. Menubuhkan dewan khas untuk rakyat bersuara

5. Siapa yang menyertai Dewan Perhimpunan di Athens?

A. Jeneral tentera                                B. Golongan bangsawan

C. Warganegara lelaki                       D. Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas

6. Apakah jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal ehwal penting berkaitan pemerintahan dan pentadbiran?

A. Juri              B. Majlis          C.Dewan         D.Majistret

7. Apakah yang menjadi asas perkembangan negara kota Sparta?

A. Disiplin dan taat setia

B. Kemajuan bidang pertanian

C. Kepesatan hubungan perdagangan

D. Kebijaksanaan pemimpin mengatur strategi

8. Apakah kepentingan Zaman Pax Romana?

A. Kestabilan politik                           B. Kepesatan perdagangan

C. Masyarakat bekerjasama              D. Suasana keamanan

9. " Tamadun Yunani terkenal dalam sistem pemerintahan demokrasi". Rom pula terkenal dengan...

A. Falsafah      B. Ekonomi      C. Seni bina     D. Ketenteraan

10. Apakah tujuan pembinaan Pantheon?

A. Pusat pertemuan pembesar                       B. Tempat penyembahan dewa dewi

D. Pusat perkembangan intelektual              D. Tempat tentera menjalani latihan

11. Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Magadha muncul sebagai kuasa penting yang menguasai kerajaan lain di India?

A. Kekuatan tentera                                       B. Kebijaksanaan pemimpin

C. Kedudukan yang strategic             D. Kelengkapan senjata moden

12. " Seramai 150, 000 orang kehilangan harta dan 100,000 orang mati dalam Perang Kalinga" . Setelah memenangi peperangan tersebut berlaku perubahan dalam pentadbiran Asoka. Apakah perubahan tersebut?

A. Mengelakkan peperangan                        B.Bertindak lebih lemah lembut

C. Fokus terhadap kegiatan ekonomi            D. Menjadi toleran dan bertanggungjawab

13. Peraturan dan undang-undang Asoka telah diukir pada tiang batu dan diletakkan di tempat strategik. Tiang batu tersebut dikenali sebagai...

A. Tiang Asoka                                                B. Tiang Agama

C. Tiang Perundangan                                   C. Tiang Kesejahteraan

14.Apakah kandungan buku Arthasastra yang ditulis oleh Kautilya?

A. Sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Magadha

B. Sistem pemerintahan dan ketenteraan Zaman Maurya

C.Perkembangan ekonomi dan keagamaan Zaman Nanda

D. Perluasan kuasa dan ketenteraan Zaman Gupta

15. Mengapakah Zaman Gupta dikenali sebagai Zaman Keemasan dalam agama Hindu?

A. Penekanan kepada agama Hindu             B. Kepesatan perdagangan

C. Rakyat bersatu padu                                  D. Kegiatan intelektual

16. Apakah aspek utama yang membolehkan tamadun China menjadi tamadun teragung di dunia.

A. Ketenteraan            B. Perdagangan          C. Pendidikan              D. Keagamaan

17. Siapakah pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China.

A. Maharaja Han Wu Di                    B. Maharaja Shi Huangdi

C. Maharaja Gaozu                            D. Maharaja Wu

18. Laluan perdagangan sutera merupakan laluan perdagangan daratan terpanjang di dunia yang melibatkan China hingga empayar.

A. Yunani        B. Mesir           C. India           D. Rom

19. Apakah tindakan Shi Huang di yang membolehkan sistem pendidikan menjadi lebih sistematik?

A. Menyeragamkan tulisan                           B. Melaksanakan peperiksaan

C. Meluaskan penggunaan kertas                 D. Memberi pengiktirafan pendidikan

20. Apakah tindakan sekiranya seseorang didapati meniru dalam peperiksaan dalam Tamadun China?

A. Dipenjara                           B. Dijadikan hamba

C. Dipotong tangan                D. Dihukum bunuh

21. Jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu jahala. Apakah maksud perkataan tersebut?

A. Jahil            B. Zalim          C. Lemah         D. Pengkhianat

22. Apakah maksud kabilah?

A.Kaum           B. Hamba        C. Tentera       D. Pedagang

23. Apakah tujuan orang badwi berpindah randah?

A. Mencari sumber air

B. Mendapatkan keperluan makanan

C.Mencari petempatan yang selamat

D. mencari rumput dan air untuk ternakan

24. Apakah yang disembah oleh penganut agama Majusi?

A. alam sekitar            B. Api              C. Bulan          D. Matahari

25. Antara berikut, yang manakah dikaitkan dengan sikap baik masyarakat Jahiliah?

A. Saling membantu               B. Belas kasihan

C.Menepati janji                     D. Jujur

26. Apakah tindakan Nabi Muhammad SAW untuk membentuk negara Islam yang adil dan maju di Madinah?

A. Membina kubu                               B. Menyatukan penduduk

C. Membangunkan pendidikan         D. Menggubal Piagam Madinah

27. Dimanakah Nabi Muhammad SAW mengadakan dakwah secara terang-terangan?

A. Rumah Baginda                             B. Rumah al-Arqam

C. Bukit Safa                                       D. Bukit Thur

28. Siapakah khalifah yang memerangi golongan al-Riddah?

A. Abu Bakar al-Siddiq                       B. Umar al-Khattab

C. Uthman bin Affan                          D. Ali Bin abi Tallib

29. Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Islam semasa Perang Khandak?

A. Menggali parit                               B. Serangan hendap

C. Membina kubu di bukit                 D. Penyamaran dan perisikan

30. Siapakah tokoh ilmuan yang berjaya menghasilkan 270 buah buku dalam pelbagai bidang?

A. Ibn Sina      B. Al-Kindi                  C. Al Battani               D. Ibn Batutta

 

31. "Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.

Siapakah tokoh yang memberikan pandangan di atas?

 

A.      Khoo Kay Kim

B.      Ibn Khaldun

C.      Herodutus

D.     Muhd Yusof Haslam

 

32 “Pertempatan awal manusia di Negara ini bukannya di persisiran pantai tetapi

di gua-gua di pendalaman”

-Ahli sejarah

Ahli Sejarah membuat kesimpulan tersebut berdasarkan

 

A.      sumber betulis

B.      sumber arkeologi

C.      sumber sekunder

D.     sumber lisan

 

33. Bahan tinggalan di dalam gua tersebut merupakan sumber yang…

A.      Sekunder

B.      Pertama

C.      Thirdtier

D.     Keempat

 

34. Selain sumber pertama, ahli sejarah juga menggunakan sumber kedua untuk mengkaji  sejarah. Antara yang berikut, manakah sumber kedua

 I Diari             II Jurnal           III Majalah       IV Laporan televisyen

 

A.      I,II dan III                    B. I,III dan IV              C. II,II dan IV              D. I,II dan IV

 

35. "Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-ifat masyarakat itu."

Siapakah tokoh yang memberikan pandangan di atas?

 

A.      Herodutus

B.      Ibn Khaldun

C.      Muhd Yusof Haslam

D.     Khoo Kay Kim

 

 

36. Abad

A.      100 Tahun

B.      10 Tahun

C.      15 tahun

D.     1 tahun

37. Mengapakah peristiwa tersebut dianggap sebagai fakta sejarah?

 

A.      melambangkan kemegahan Negara

B.      sebab dan akibat

C.      menjadi kenangan masyarakat

D.     tepat dan benar

 

38. Lisan     = Berkait rapat dengan tradisi rakyat

Bertulis = Sumber yang bertulis

X           = Mengkaji dengan cara saintifik

Apakah kaedah pengkajian X ?

A.      Arkib negara

B.      Arkeologi

C.      Matematik

D.     Biologi

 

39. Yang manakah tempoh masa yang mempunyai keistimewaan

A.      Masihi

B.      Zaman

C.      Hijrah

D.     Kronologi

 

40.Berikut merupakan ciri-ciri sejarah

*Fakta yang tepat dan benar

*Penting dan bermakna

*X

Apakah ciri-ciri X ?

 

A.      Alasan yang bermunasabah

B.      Betul dan tepat

C.      Catatan ataupun rekod mengenai sesuatu

D.     Sebab dan akibat

 

41.Apakah bidang yang terlibat dalam kajian terhadap perubahan bumi?

I-geologi     II-sosiologi          III-matematik    IV-paleontologi

 

A.      II dan III

B.      iii dan IV

C.      I dan II

D.     I dan IV

 

42. Bagaimanakah keadaan bumi pada 94 juta tahun dahulu?

A.      Paras air laut meningkat

B.      Wujud kehidupan seperti ikan

C.      Air laut masih tawar

D.     Rupa bentuk benua mula kelihatan

 

43.Lautan merupakan kawasan air masin yang meliputi 71 peratus bentuk muka bumi.

Antara berikut yang manakah merupakan lautan utama dunia?

 

A.      Laut China Selatan

B.      Lautan Hindi

C.      Laut Mediterranean

D.     Lautan Antartika

 

44. Garis masa manakah yang betul tentang Zaman Air Baru?

A.      Pleistosen, Holosen, Miosen, Pliosen

B.      Holosen, Pleistosen, Pliosen, Miosen

C.      Pliosen, Pleistosen, Holosen, Miosen

D.     Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen

 

45. Apakah Kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara?

A.      Gunung berapi  semakin aktif

B.      Iklim bertambah panas

C.      Pentas Sunda tenggelam

D.     Bencana alam berlaku

 

46. Apakah kemahiran manusia pada Zaman Pleistosen?

A.      Bercucuk tanam

B.      Membuat api

C.      Membuat roda

D.     Berdagang

 

47. Apakah Faktor utama berlakunya peningkatan suhu bumi pada Zaman Air Batu?

A.      Kemerosotan ekosistem bumi

B.      Pengurangan gerakan glasier

C.      Pencemaran alam sekitar

D.     Kegiatan radiasi bumi

 

48.Bagaimanakah kehidupan manusia pada Zaman Air Batu Akhir?

i-Memburu binatang                 ii-hidup secara nomad

iii-tinggal di pesisir sungai      iv-menternak dan bercucuk tanam

 

A.      I DAN IV                     B. II DAN III    C. III DAN IV  D. I DAN II

 

49. Bagaimanakah keadaan bumi apabila paras air laut dunia meningkat?

A.      Pembentukan tasik dan pulau

B.      Perubahan aras daratan

C.      Peningkatan suhu muka bumi

D.     Pergerakan arus lautan

 

50. Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu terhadap Asia Tenggara?

A.      Tenggelamnya Pentas Sunda

B.      Suhu bumi menurun

C.      Kemunculan pokok

D.     Paras air laut menjadi rendah

Tiada ulasan:

Catat Komen