CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 Disember 2020

LATIHAN SEJ

 

LATIHAN SEJARAH 4

1. Istilah sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu "syajaratun". Apakah maksud perkataan tersebut? 

A. Syarat   B. Kawan  C. Pokok   D. Bangunan

2. Antara yang berikut yang manakah merupakan karya yang ditulis oleh E.H Carr?

A. History        B. The History             C. What is History      D. The Real History

3. Apakah yang menjadi asas pengkajian masa silam dalam pengajian sejarah?

A. Pengajaran             B. Kronologi    C. Sumber       D. Nilai

4. Antara berikut, yang manakah kategori yang sesuai bagi sumber sejarah seperti akhbar dan ensiklopedia?

A.  primer        B.  artifak        C. sekunder     D. bukan artifak

5. Apakah fungsi daun lontar kepada masyarakat feudal di Asia Tenggara?

A. Bahan penulisan    B. Bahan kraftangan  C. Rempah ratus         D.Ubat-ubatan

6. Antara bahan berikut yang mana merupakan sumber primer?

A. Risalah        B. Majalah      C. Ensiklopedia           D. Dokumen rasmi

7. Apakah yang dapat dibuktikan melalui penemuan candi di Lembah Bujang?

A. Kegiatan perdagangan                  B. Pengaruh Hindu dan Buddha

C. Sistem pentadbiran awal               D. Struktur sosial masyarakat

8. Apakah maksud epigrafi?

A. Ilmu mentafsir maklumat                         B. Ilmu mengkaji dan menganalisis

C. Ilmu mengarang secara sistematik           D. Ilmu mempelajari tulisan pada tugu dan bangunan

9. Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terangganu?

A. Islam datang dari Arab                  B. Islam sebagai agama rasmi

C. Islam bertapak di negara kita       D. Penggunaan tulisan jawi

10.Apakah tujuan penandaan grid dilakukan?

A. Mengelakkan pencerobohan         B. Mendapatkan maklumat

C. Menanda kawasan                                    D. Mengumpul artifak

11. Apakah maksud geologi?

A. Ilmu mengkaji hidupan lampau   B. Ilmu mengkaji budaya silam

C. Ilmu mengkaji alam sekeliling      D. Ilmu mengkaji pembentukan bumi

12. Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?

A. Iklim           B. Manusia      C. Haiwan       D. Bencana

13.Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku?

A. 25 hingga 23 juta tahun dahulu              B. 23 hingga 5 juta tahun dahulu

C. 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu      D. 10,000 tahun dahulu

14.Pada zaman bilakah  manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian?

A. Pleistosen    B. Pliosen         C. Holosen       D. Mieosen

15. Apakah maksud penglasieran?

A. Pembentukan air batu                   B. Pemecahan air batu

C. Kecairan air batu                           D. Perlusan litupan air batu

16. Pada zaman bilakah   berlaku kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring?

A.  Miosen       B.  Holosen      C. Pliosen        D. Pleistosen

17. Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?

A. 8,000 tahun dahulu          B. 8,500 tahun dahulu

C. 8,800 tahun dahul             D. 8,900 tahun dahulu

18. Di manakah binatang seperti mamot berbulu dan kuda tinggal semasa zaman air batu berakhir?

A. Gua                                                 B. Gunung

C. Tanam pamah yang sejuk             D. Kawasan litupan ais

19. Apakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara?

A. Laut China Selatan                                    B. Laut Pasifik

C. Selat Melaka                                   D. Pentas Sunda

20. Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara?

A. Terjadi sungai dan tasik                             B. Terbentuk tanah pamah yang luas

C. Terbentuk kawasan tanah tinggi              D. Terjadi teluk yang panjang

21. Apakah maksud zaman prasejarah?

A. hidup berpindah randah                           B. belum tahu bertani

C. belum mengenal tulisan                            D. belum tahu membina rumah

22. Pada zaman bilakah  manusia mula menangkap ikan sebagai sumber makanan?

A. Paleolitik                 B. Mesolitik                 C. Neolitik                   D. Logam

23. Apakah asas teknologi pada zaman logam?

A. Batu                        B. Tulang binatang     C. Besi dan gangsa                 D. Besi dan tembaga

24. Apakah tujuan binaan Stonehenge di Britain?

A. Mengkaji bintang                           B. Tembok pertahanan

C. Kawasan petempatan                    D. Kawasan pembuatan barangan

25. Di manakah lokasi tapak Zaman Besi paling menonjol di Asia Tenggara?

A. Sa Hyun, Vietnam                          B. Lenggong, Malaysia

C. Gua Liang, Indonesia                     D. Ban Ching, Thailand

26. Mengapakah pada zaman Neolitik aktiviti pengumpulan makanan semakin berkurangan?

A. Manusia mula berdagang                         B. Berlaku ancaman bintang buas

C. Sumber makanan berkurangan                D. Manusia menjalankan pertanian

27. Apakah maksud nomad?

A. Manusia menghasilkan makanan            B. Manusia mencipta peralatan

C. Manusia berpindah randah                      D. Manusia mula menetap

28. Mengapakah manusia pada Zaman Neolitik menguruskan mayat dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna?

A. Menghormati si mati                                 B. Percaya kehidupan selepas mati

C. Menjalankan tanggungjawab                   D. Mengelakkan sumpahan

29. Apakah istilah yang dikaitkan dengan kepercayaan terhadap alam semula jadi?

A. Ritual                      B. Realisme                  C. Animisme               D. Simbolisme

 

30. Apakah kepentingan penemuan peralatan logam di Klang Selangor?

A. Membuktikan kewujudan Zaman Logam di negara kita

B. Menonjolkan kebolehan dan kemahiran manusia

C. Menunjukkan wujud kasawan petempatan awal

D. Membuktikan kewujudan kegiatan perdagangan

31. Perkataan "Civitas" berasal dari Yunani. Apakah maksud perkataan tersebut?

A. Daerah        B. Kampung                C. Bandar                    D. Negara

32. Apakah pengertian tamadun dalam Bahasa Melayu

A. Pemodenan             B. Peradaban               C. Pencapaian             D. Perjuangan

33. Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?

A. Pembangunan lahiriah                  B. Pembangunan rohaniah

C. Pembangunan insaniah                 D Pembangunan lahiriah dan rohaniah

 

34. " Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasa sistem politik, ekonomi dan sosial serta kesenian dan kebudayaan" . Siapakah tokoh yang menjelaskan konsep di atas?

A. Ibn Khaldun                                               B. Arnold J. Toynbee

C. Muhammad Yusof Ibrahim                       D. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

35. Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk di suatu kawasan. Apakah kesan daripada situasi tersebut?

A. Pengkhususan pekerjaan                          B. Penciptaan tulisan

C. Peningkatan teknologi                               D. Perkembangan perdagangan

36. Apakah tulisan yang digunakan semasa tamadun Mesopotamia?

A. Ideogram    B. Hieroglif                  C. Kuneiform              D. Piktograf

37.Apakah tujuan masyarakat tamadun awal membina tempat ibadat?

A. Arahan pemerintah                       B. Lambang kesenian

C. Tempat beribadat                           D. Meghormati tuhan

38. Apakah bandar pertama yang dibina di Lembah Sungai Nil?

A. Kish             B. Lagash                    C. Thinis                      D. Memphis

39. Bagaimanakah kelas sosial masyarakat tamadun awal ditentukan?

A. Pengaruh    B. Kediaman    C. Kemahiran              D. Kecantikan

40. Siapa yang berada pada kedudukan paling rendah dalam struktur sosial Mesir Purba?

A. Artisan        B. Karyawan               C. Petani                      D. Hamba

41. Sungai Tigris dan Sungai Euphrates dikaitkan dengan tamadun...

A. Mesir           B. Indus                       C. Huang He               D. Mesopotamia

42. Apakah maksud Mesopotamia?

A. Tanah yang subur                          B. Tanah di antara dua sungai

C. Tanah di kawsan sempadan          D. Tanah yang mendap

43. Apakah fungsi binaan Zigurat dalam tamadun Mesopotamia?

A. Kota pertahanan                            B. Pusat pemerintahan

C. Tempat beribadat                           D. Pusat ekonomi

44. Mengapakah Herodotus mengatakan bahawa 'Mesir Hadiah Singai Nil'?

A. Membekalkan sumber air              B. Membekalkan makanan

C. Membawa lumpur subur              D. Memudahkan perhubungan

45. Siapakah raja yang terkenal semasa Zaman Kerajaan Baru Mesir?

A. Menes         B. Ramses        C. Imhotep                  D. Tutankhamun

46. Apakah tanaman yang diusahakan oleh penduduk di Lembah Sungai Indus?

A. Gandum dan barli              B. Kapas dan oat        

C. Barli dan padi                     D. Kapas dan padi

47. Apakah faktor yang mempercepatkan kejatuhan Tamadun Indus?

A. Pergerakan plat bumi                    B. Gempa bumi dan banjir

C. Kelemahan pemerintah                 D. Serangan orang Aryan

48. Mengapakah masyarakat tamadun Huang He tidak menjalankan perdagangan dengan orang luar?

A. Mengamalkan dasar tertutup                   B. Kedudukan yang terpencil

C. Kelemahan sistem pengagkutan               D. Kekurangan barang dagangan

49. Apakah kesan kemajuan sistem pertanian dalam tamadun Huang He?

A,. Perkembangan perdagangan                   B. Ciptaan kayu dan logam

C. Pertambahan jumlah penduduk               D. Perkembangan sistem pengairan

50. Tamadun yang menghasilkan kertas dan menggunakan dakwat hitam ialah...

A. Mesir           B. Indus           C. Huang He   D. Mesopotamia

Tiada ulasan:

Catat Komen