CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 15 September 2016

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

Peribahasa Sama Maksud

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. 

- carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
- air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

- belut pulang ke lumpur
- haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

- api dalam sekam
- gunting dalam lipatan
- musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

- membuka pekung di dada
- menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

- seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
- kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

- sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
- habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

- lain padang lain belalang
- banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
- lain dulang lain kakinya
- rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

- bagai isi dengan kuku
- bagai aur dengan tebing
- bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

- hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)





- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

- masuk telinga kiri keluar telinga kanan
- mencurah air ke daun keladi
- mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

- genggam bara api biar sampai jadi arang
- alang-alang mandi biar basah
- alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

- mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
- burung terbang dipipiskan lada
- belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

- telur dihujung tanduk
- retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

- embun dihujung rumput
- abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

- menangguk di air keruh
- menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

- bagai pinang di belah dua
- bagai cincin dengan permata
- seperti cincin terlekat dijari
- tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

- sarang tebuan jangan dijolok
- lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)





PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua

Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang

Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya

Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering


Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua




62 ulasan:

  1. BERMANFAAT. T.KASIH. SAYA GUNA

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Bermanfaat saya guna untuk buat kerja rumah....

    BalasPadam
  4. Bermanfaat saya guna untuk buat kerja rumah....

    BalasPadam
  5. harap keluar exam untuk trial spm 2018 apa yg saya baca ni,aminnnnn

    BalasPadam
  6. Sangat berguna. Izinkn saya guna.

    BalasPadam
  7. Apakah peribahasa yg sama maksud bagai itik pulang petang

    BalasPadam
  8. bermanfaat untuk exam sya terima kasih

    BalasPadam
  9. Seperti ulat lupa akan daun peribahasa lain sama maksud

    BalasPadam
  10. Iler mattt boleh dapat A ah camniii

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian ilmu pengetahuanY cgu Razak👍

    BalasPadam
  12. Bagus...kerja sekolah pun boleh selesai dengan cepat

    BalasPadam
  13. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

    Sebutir jadi segunung..

    Bagai tin kosong berbunyi..

    Bagai layang2 terputus tali nya..

    Bagai harimau hilang taring nya..

    Carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua..


    Tolong beri jawapan di atas

    BalasPadam
  14. Sngt bermanfaat...thnks utk prkongsian anda👍

    BalasPadam
  15. Sngt bermanfaat...thnks utk prkongsian anda👍

    BalasPadam
  16. Sngt bermanfaat...thnks utk prkongsian anda👍

    BalasPadam
  17. peribahasa sama maksud bagai kucing dan anjing

    BalasPadam
  18. Terima kasih banyak banyak sngt berguna... Semoga dapat membantu saya dalam exam.. 😊

    BalasPadam
  19. Apa peribahasa yg sma maksud dgn " harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama" ?

    BalasPadam
  20. Terima kasih buat peribahasa ni.amat berguna untuk bdk sklh

    BalasPadam
  21. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

    BalasPadam
  22. apa peribahasa yg sama dengan "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak" ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.

      Padam
    2. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

      Padam
  23. Terima kasih😍perkongsian yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  24. sama maksud berat sama dipikul ringan sama dijinjing

    BalasPadam
  25. apa peribahasa yang sama maksud dengan pilih kasih ?





    BalasPadam
  26. Apakah peribahasa sama maksud bagai dihiris dengan sembilu?

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah dpt jawab triall exam terimah kasih ��

    BalasPadam
  28. Apa peribahasa yang sama maksud dengan Laki pulang kelaparan,dagang lalu ditanakkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan

      Padam
  29. Ouhh mudahnya cari di sini, semoga membantu saya dlm spm 2021

    BalasPadam